Saturday, October 1, 2011

Kediaman Stail Inggeris Moden




Sejak akhir-akhir ni ada begitu ramai pelanggan yang berminat dengan Stail Inggeris Moden atau Modern English Style. Stail Inggeris Moden ni bagi aku sesuai untuk mereka yang mempunyai kawasan dan ruang yang luas dalam rumah. Kalau rumah kita kecil, mungkin agak sukar kita nak aplikasikan stail ini kerana kekurangan ruang untuk meletakkan perincian seperti cornice dan beading.


*Siling yang tinggi juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri rekaan Stail Inggeris*

Aku sebenarnya agak berat hati masa mula-mula diberi tugasan untuk buat Stail Inggeris Moden ni. Bagi aku stail ni agak susah nak dibuat sebab aku ingat stail ni sesuai untuk *orang kaya* je. Tapi lama-lama setelah aku berusaha buat research dan cari gambar banyak-banyak sebelum design, aku rasa stail ni menarik juga. Kalau tengok cerita-cerita zaman dulu macam dalam filem Pride & Prejudice atau drama bersiri yang aku suka tengok sekarang - Downton Abbey, korang boleh tengok rumah mereka menggunakan stail Inggeris ini. Tapi stail Inggeris yang mereka gunakan tu nampak klasik dan agak ketinggalan zaman. Kot.

*Klasik sungguh!*

So, kali ni aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar Stail Inggeris Moden yang boleh membuka mata korang dan betapa stail ini, boleh tahan cantik juga kalau nak diaplikasikan di rumah korang.

*Pink wall with Beading and Plaster Ceiling*

*Bathroom with light green wallpaper *

*Simple Walkaway*

*Yellow wall with panelling*

*English Classical Modern Bedroom


*Light blue living*

*English Classical Modern Bathroom*

*Green Kitchen*

*Modern Classical Dining*

Oh, yang terakhir ialah design saya...


Sila doakan client ni sanggup bayar lagi 13K Designer's Fees ok. Thank You!

12 comments:

  1. salam kak Aira..

    cantik lah akak design. simple but elegant. Amy doakan semoga di permudahkan urusan. Amin:)

    ReplyDelete
  2. mmg cantik , kte suke stail inggeris moden ni ,

    ReplyDelete
  3. SEKALI SEKALA PROPOSE DESIGN RUMAH MELAYU TRADISIONAL.. :)

    ReplyDelete
  4. @Kimmy
    amin..Thank Amy..nanti bg akak design rumah Amy k..huhu

    ReplyDelete
  5. @Fairus
    Depends on client. So far takde client yang nak rumag melayu tradisional..tapi saya pun lagi suka umah camtu dari yang moden camni..huhu

    ReplyDelete
  6. Love it, specially the yellow wall with panelling.

    ReplyDelete
  7. AIRANIEZ : KALAU LAH ADA DUIT BANYAK.. SAYA NAK BUAT RUMAH MELAYU TRADISIONAL.. CANTIK.. MENARIK.. BANYAK FALSAFAHNYA...

    ReplyDelete
  8. @Fort Lee Masonry
    Hey,thanks for stopping by..like it too..^_~

    ReplyDelete
  9. @Fairus
    Nak buat rumah Melayu traditional selalunya kena pakai kayu.Material lain yang saya cadangkan ialah buluh..semoga murahla rezeki nak ada rumah idaman.amin~

    ReplyDelete
  10. saya dpt bayangkan bila kak aira dah ada rumah sendiri mesti rumah kak aira cantik giler..hehehe..

    ReplyDelete
  11. @Sophie
    haha..Bilalah nak ada rumah sendiri agaknya.apa2 pun terima kasih atas doanya Sophie..amin~

    Rumah AR. Sophie pun mesti gempak gak kan..wee~

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!