Wednesday, March 7, 2012

Rekaan Ruang Masuk Rumah / Foyer



Persoalan tentang Rekaan Ruang Masuk atau Foyer Design ini ditanya oleh adik Da Yah pada bulan lepas. Kesian adik ni. Lama dah soalan dia tergantung di Facebook Page AiraniEz's Life. Tuan punya blog ni pula asyik buat-buat sibuk je. Walhal tangan ni tak sibuk, cuma otak yang *sibuk* berfikir masalah yang tak pernahnya kurang. Huhu.


 

Berbalik kepada rekaan ruang masuk rumah atau foyer, ruang tersebut kini menjadi semakin berfungsi bagi kebanyakan orang yang mementingkan kecantikan dalam segenap ruang dalam rumah. Pada masa kini, ruang masuk ini menjadi ruang yang penting bagi memelihara privasi tuan rumah kerana apabila ada tetamu datang, mereka takkan sesuka hati masuk ke dalam ruang rumah yang lain sebelum dibenarkan oleh tuan rumah.

Selain itu, ruang masuk atau foyer ini juga boleh memberikan impresi positif terhadap tuan rumah kerana sebaik tetamu masuk ke ruang masuk yang cantik dihias elok, sekelip mata membuatkan tetamu rasa senang dan selesa untuk datang ke rumah kita.


Terus-terang, bukan semua rumah ada ruang masuk yang besar kecuali rumah tersebut dibina dia atas tapak yang luas. Pada pandangan aku juga, tidak banyak rumah di Malaysia ini yang mempunyai ruang masuk yang sempurna. Selalunya ruang yang ada agak sempit dan hanya muat-muat untuk meletakkan rak kasut atau kabinet yang rendah.

Jadi bagi mereka yang ingin menghias ruang masuk mereka untuk nampak lebih cantik, di sini aku kongsi beberapa tips untuk korang semua.

Cat 

Korang patut cuba mengecat warna ruang masuk dengan ruang lain dengan warna yang berbeza. Warna panas seperti merah atau coklat boleh membuatkan ruang nampak mesra, umpama menjemput tetamu masuk.




Lampu

Kalau nak guna lampu di ruang masuk, pastikan lampu yang digunakan ialah lampu yang boleh dilaraskan tahap kecerahannya. Walaupun kita nak ruang masuk kita nampak cerah, tapi kalau boleh elakkanlah daripada terang sangat ya. 


Selain itu, kalau kita nak ruang tersebut nampak mewah atau ada class, kita boleh tambah chandelier di tengah-tengah siling ruang itu. Walau bagaimanapun, kalau ruang masuk kita itu sempit, jangan gunakan lampu chandelier, sebaik-baiknya gunakanlah designer lamp atau lampu yang simple tapi ada ciri-ciri designer gitu. Aku rasa itu lagi bagus kot.



Cermin

Disebabkan ruang masuk mempunyai keluasan yang terhad, penggunaan cermin juga merupakan salah satu idea yang baik untuk rekaan ruang masuk rumah korang. Cermin yang tergantung di dinding boleh memantulkan imej menarik ruang yang bertentangan dengan ruang masuk selain boleh membuatkan ruang tampak luas dan cantik.



Dekorasi

Kalau korang rasa korang orang yang berseni, apa kata  korang  paparkan lukisan yang menarik, gambar-gambar keluarga atau barang-barang dekorasi kecil yang lain. Amatlah tidak digalakkan meletakkan doorgift yang  korang  dapat daripada kenduri-kendara yang pernah  korang  hadiri. Tolong ya. Tahulah suka pergi kenduri kahwin, tapi janganlah sampai habis tayang semua doorgift yang ada di depan pintu masuk rumah!




Tumbuhan Hiasan
 

Penggunaan tumbuhan hiasan membuatkan ruang masuk rumah nampak *hidup*. Adalah lebih ideal menggunakan tumbuhan yang tinggi (ala-ala paras pinggang gitu) dan gunakan tumbuhan yang tidak memerlukan ruang yang banyak terutama jika ruang masuk itu sudah sedia maklum sempit.

 


Perabot

Perabot seperti meja, tempat duduk, rak kasut dan tempat menggantung payung memang sesuai diletakkan di ruang masuk rumah. Namun, pastikan perabot yang dipilih tidak terlalu besar dan mengambil ruang terlalu banyak dalam ruang tersebut. Tambahan, jangan beli perabot yang terlalu mahal untuk diletakkan di ruang masuk rumah. Takut nanti perabot tersebut overshadow perabot-perabot lain dalam rumah korang pula.



Penghadang atau Divider

Dalam entri aku sebelum ni, aku ada tunjuk beberapa design penghadang atau divider. Selalunya penghadang ini sesuai diletakkan antara ruang masuk dan ruang tamu yang tidak punya dinding pemisah antara kedua-dua ruang tersebut. Korang boleh pilih divider yang tertutup terus atau tidak tapi pastikan apabila penghadang itu ada, ruang yang sedia ada tidak kelihatan bertambah sempit berbanding sebelumnya.



Kemasan Dinding atau Lantai
 

Untuk menampakkan ruang masuk nampak welcoming, korang juga boleh tambahkan kemasan dinding seperti wallpaper atau waveboard. Korang juga boleh tambah karpet atau tukar kemasan lantai rumah untuk jadikan ruang masuk nampak unik dan menarik.  


Kemasan jubin secara menegak membuatkan ruang nampak luas dan inviting. Apa-apa pun tips yang aku bagi ni korang boleh buat kalau ada bajet lebihlah sebab nak tambah kemasan dinding dan lantai ini mungkin memerlukan kos yang banyak.


Rekaan ruang masuk rumah atau foyer ini kadangkala penting untuk memberikan imej pandangan pertama terhadap keseluruhan ruang dalam rumah. Rekaan ruang masuk rumah yang cantik sebenarnya bukanlah hanya untuk tatapan tetamu saja tapi ruang ini perlu nampak menarik untuk kita, tuan rumah yang akan menghadap rumah kita hari-hari! 

Jadi aku harap tips-tips yang aku bagi ni membantu mereka yang mahu mengubahsuai ruang masuk rumah mereka. Pesanan terakhir aku, jangan lupa baca doa keluar-masuk rumah atau paling senang, baca ayat Kursi bila nak keluar rumah supaya kita dan rumah kita selalu di bawah lindungan daripadaNYA. Wallahualam.

Jumpa lagi!

Sumber atau Sources

20 comments:

  1. IMPIAN SAYA NAK BUAT RUMAH SAYA NI DEPANNYA MACAM RUMAH MELAYU MELAKA.. EH, BOLEH KE? RUMAH SAYA RUMAH TERSE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.Tapi rumah Melayu Melaka selalunya kena pakai kayu.Masalahnya kayu sekarang mahal gile kot.

      Delete
  2. power gila kakak aku ni...jeles gila babun T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power aponya Dye?Ni akak buat research + based on experience punya fakta je ni...huhu

      Delete
  3. blh tlg design dapur akak x?ida

    ReplyDelete
  4. Assalam.. Sy dan suami teringin nak buat foyer ni kt rumah kami tp xde idea sangat..cume husband memanv nk ade devider tu..boleh tolong kami tak ida?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruang foyer atau ruang masuk rumah ni selalunya ruangnya kecil. kalau nak letak divider kena ada ruang yang besar.Boleh beli divider yang boleh mudah alih/lipat dan jangan pasang yang *fix*. Cadangan lain ialah gunakan cermin untuk jadi titik fokus bila masuk rumah.

      Delete
  5. salam, nak mntak advise camna nk design entrance rumah sy sbb bila buka pintu straight nampak tangga(landing tangga). Plan nak naikkan dinding, ke ade idea lain yg lagi menarik? plz..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kat sebelah wall entrance ada dinding kosong tak?cuba try letakkan apa2 features yg boleh jadikan wall sebelah tu sbg *titik tumpu* atau *main features* supaya org pandang wall tu dr pandang tangga.contohnya letak big painting atau mirror atau console table

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam..nak tanya admin buat ID kan?brp ye bayaran utk kalau nk upah admin buat ID utk rumah sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh email detail pertanyaan ke email sy. airaniez62@gmail.com

      Delete
  8. Suka sgt auntie baca entry awak..
    Anak auntie, baru masuk UITM dalam bidang ID..hopefully she can cope :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Auntie sudi singgah blog saya. Yup, hopefully she can do her best too!

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    1st time singgah .banyak info Dan idea menarik .tq ya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    1st time singgah .banyak info Dan idea menarik .tq ya.

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!