Agak-agak korang tau tak Stail Retro tu macam mana? Ops, bukan stail rambut orang yang mengerbang dan *gulung-gulung* tu ya! Haha. Sebenarnya Stail Retro ini adalah gabungan kepelbagaian antara gaya baru dan lama atau rekaan baru yang menggunakan elemen dan material baru dan lama. Rekaan stail retro ini juga diadaptasi dari gaya pada tahun 1950-an, 1960-an, 1970-an dan sedikit pengaruh rekaan pada tahun 1980-an.
Berminat nak jadikan kediaman atau tempat korang bekerja mempunyai stail retro? Mari baca ciri-ciri Stail Retro ini:
Corak dan Warna
Untuk corak pula, jika korang sukakan corak bersaiz besar, korang boleh beli wallpaper atau kertas dinding yang mempunyai corak-corak sebegini. Selain itu, kalau korang rajin, boleh juga berkarya di dinding sendiri, melukis corak-corak geometri berskala besar menggunakan cat atau mural mengikut kreativiti anda sendiri.
Jika anda mahu Stail Retro anda nampak teratur dan kemas, gunakan corak saiz kecil dan bentuk geometri yang berulang-ulang. Cuba aplikasikan warna-warna pastel pula untuk corak ini atau adakan tona warna daripada warna gelap ke warna terang. Gunakan corak-corak ini dalam skala yang kecil selain menggunakan warna-warna neutral di bahagian lantai dan dinding. Hakikatnya gabungan corak-corak ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan Stail Retro yang korang mahukan.
Anda juga boleh juga aplikasikan Stail Retro di perabot anda. Bagaimana? Pilih perabot yang mempunyai fabrik berwarna terang dan gabungkan perabot-perabot tersebut dengan permaidani atau langsir yang sesuai dengan perabot tersebut.
Selain itu, ciri-ciri klasik yang mempunyai gaya retro ialah perabot yang bercorak bulat. dan berbentuk lengkungan atau curvilinear. Kombinasi perabot sebegini akan lebih mencerminkan stail retro bila korang gabungan dengan perabot moden yang diperbuat daripada kulit dan kayu.
Kepada mereka yang ada datuk dan nenek yang masih menyimpan barang-barang antik dan mahu membuangnya, sila katakan 'nanti dulu' kepada mereka. Lemparkan segaris senyuman kepada mereka sebelum minta perabot-perabot lama itu dan angkut pulang ke rumah korang secepat mungkin! Perabot-perabot lama itu boleh keihatan baru bila korang tukarkan fabrik yang lama kepada fabrik baru. Seterusnya, gaya retro yang korang mahukan boleh dijelmakan apabila fabrik yang dipilih mempunyai warna terang dan funky. Menarik kan?
Apabila melibatkan alat perkakas rumah yang mempunya Stail Retro, bentuk, material dan warna perkakas itu perlu diambil kira. Semasa zaman 50-an dan 60-an terutamanya, kebanyakan alatan elektrik dan perkakas rumah mempunyai bucu yang melengkung. Kalau tak percaya cuba tengok cerita zaman gambar hitam putih dulu. Huhu.
Memandangkan sekarang agak sukar untuk dapat peralatan elektrik yang berwarna-warni, warna chrome atau krom boleh juga 'masuk' dengan gaya retro. Kalau korang ada bajet lebih, cuba cari peralatan elektrik zaman dulu-dulu yang ada warna-warna terang seperti kuning dan jingga. (Kalau adalah, kalau takde jangan pandai-pandai cat barang elektrik korang tu pula!)
Ciri-ciri lain yang boleh diaplikasikan bagi melengkapkan Stail Retro ialah:
Lampu berbentuk bulat
Permaidani berbulu tebal
Lantai jubin hitam dan putih atau merah dan putih.
Bean Bag Chair
Jika korang adalah peminat Stail Retro, aku harap apa yang aku kongsikan ini boleh membantu. Kalau tak membantu juga, silalah pergi cari inspirasi melalui filem, buku, majalah atau apa-apa sumber lain yang memaparkan Stail Retro ok. Selamat ber-Retro! ^_^
P/s: Petang ni akan jumpa client yang mahu Stail Retro ni. Aku tahu design aku tak berapa nak jadi. But hopefully everything will turns out ok. Amin~
NANTI BUAT STYLE ZAMAN KLASIK PULAK..
ReplyDeletemak aih...juling mata tgk sbb lawa sesangat-sangat..kalo dpt cam gini mmg sayang nk keluar rumah..
ReplyDeleteVery nice article! I can't agree with you more, I love your blog so much! This blog worth reading, I hope the blog owner keep updating.
ReplyDelete@Fairus
ReplyDeleteInsya-Allah..nanti..
@Tenafly Landscape Designing
ReplyDeleteHey there..Thank you for visiting my blog.Thought that u don't understand what i'm mentioning above,but I hope u'll enjoy the pictures that i shared.Will update if i got time.Thank You again..
@D_la
ReplyDeleteHuhu..Cantik2 design Retro ni..harap one day boleh apply kat rumah sendiri kan?