Friday, May 25, 2012

Berubah


Berubah. Kehidupan kita mesti ada perubahan. Kalau hari ini kita di belakang, mungkin esok atau lusa kita akan maju ke hadapan. Kalau hari ini kita di bawah, mungkin selepas ini kita akan bangkit ke atas. Setiap hari kita mesti berubah dan kalau boleh, setiap perubahan itu membawa kebaikan buat kita dan orang-orang di sekeliling kita, insya-Allah.

Perubahan itu ada pelbagai cara. Salah-satunya ialah dengan berhijrah atau bertukar tempat kita tinggal atau kerja. Maka, selepas dua tahun lebih bekerja di AVL Living Concept, akhirnya aku berubah angin dan berhenti kerja dari situ. Insya-Allah minggu depan dah mula bekerja di tempat baru. ^_^

Bukan senang nak pindah tempat kerja. Lagi-lagi bila kita dah *selesa* dengan tempat dan suasana bekerja di situ. Aku dahla sangat rapat dengan bos. Masa nak berhenti tu rasa serba salah sangat, tak sampai hati pun ada. Tapi kalau fikir keadaan dia saja, memang gelap masa depan aku. Dalam hidup ni kita memang kena ambil risiko ya. Aku berpegang kepada satu kata-kata:

*Gambar 'pakcik' yang cakap ayat ni aku dah crop. Haha*

Betul kan kata-kata ni? I'm seriously loving my job, my career and my FUTURE. AVL memang dah banyak tolong bentuk kerjaya aku. Daripada aku *kosong* dalam bidang pembuatan kabinet atau cabinetry, alhamdulillah sekarang aku dah belajar banyak pasal benda-benda tu terutama tentang kabinet dapur. Bagi sesetengah orang mungkin hal ni nampak remeh, alahai, kabinet dapur je. Tapi kalau korang nak buat kabinet sendiri, pilih material sendiri, kira harga sendiri, tahu aksesori apa nak pakai untuk buat kabinet dapur korang praktikal, mesti korang buntu takde idea. Huhu.

Aku percaya, ramai yang nak sangat tahu tentang macam mana nak ada kabinet dapur yang bagus. Sebab tu ramai pembaca blog aku sekarang selalu buka entri Rekaan Kabinet Dapur - AVL Living Concept. Selalu juga orang email aku tanya tips untuk buat dapur dan kabinet. Ada sesetengahnya yang minta aku bagi layout atau space planning untuk dapur mereka dan aku bagi servis percuma untuk semua tu. (Tapi kalau nak design tu memang kena charge la ye. Sebab selalunya idea ni tak datang serta-merta. *wink*)

*Salah satu design saya*

Sebelum nak berhenti ni pun ada akak ni datang buat kabinet selepas baca blog aku ni. Asalnya nak buat kabinet dapur sekali. Tapi sebab ada masalah sikit, aku sempat buat meja belajar je untuk dia. Alhamdulillah dia okay dengan design dan servis kami. Paling dia puas hati dengan hasil kerja atau *workmanship* kabinet tu. Terus-terang aku memang dari dulu respek dengan hasil kerja carpenter atau cabinet installer bawah bos aku. Kalau tengok harga memang mahal. Tapi apa salahnya bayar lebih sikit untuk hasil kerja yang kemas dan tahan lama kan?

*Meja Belajar di Cengal Apartment*

Berbalik kepada kisah hari-hari terakhir di AVL. Ex-studiomate aku, Najwa yang sempat bekerja dengan AVL selama setahun berhenti dulu dua minggu sebelum aku. Najwa kena berhenti sebab nak balik Kedah jaga mak dan ayah dia. Baikkan dia? Sekarang Najwa tengah berusaha cari kerja di Kedah. Hopefully dia takkan tinggalkan bidang ID yang dia dah *master* selama setahun ni. Aku rasa bersyukur dapat dia jadi officemate aku. Walaupun hanya setahun, tapi Najwa memang banyak sangat tolong aku dan dia dah *top up* banyak ilmu ID dalam kepala dia. Sayangla kalau dia tak kerja ID dah. So, siapa yang baca blog ni, tolong doakan dia dapat kerja ya? Thank you. ^_^


*Kitchen Promoter. Haha*

Kalaulah bos aku baca blog aku ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat dia kerana sudi berkongsi *ilmu* yang sangat banyak dengan aku. Walaupun kami berlainan *bangsa* tapi bos tak pernah layan aku teruk. Bos juga hormat design aku. Kami memang selalu *sekepala* bila nak mengenakan orang lain dan aku memang boleh sesuka hati bagi pendapat aku. Dia juga hormat kami sebagai Muslim, malah dia siap bagi kami *bilik solat* khas yang luas berbanding ofis aku sebelum ni. Haha. (Kalau officemate lama baca, habis aku!) Sebelum nak berhenti tu memang sedih, lagi-lagi bila isteri bos atau aku panggil dia *madam* telefon aku suruh kami jangan lost contact, sebab dia kata aku ni *kawan dia yang baik*. Hahaha. (Tak tahu nak gelak atau nangis.=P ) 

*Some of my 'design'*

Aku doakan AVL, bos dan keluarganya terus success selepas ini. Amin~ Untuk aku pula, doakan aku dapat meneruskan kerjaya aku dengan jayanya di tempat baru. Nama company baru terpaksa dirahsiakan buat masa ni cuma lokasinya aku boleh beritahu di Viva Home (tepi Jalan Loke Yew). Sesiapa yang berminat tentang Hiasan Dalaman bolehlah pergi ke situ. Harga barang-barang memang agak mahal tapi kalau nak cari idea, memang situ adalah lokasi yang tepat untuk anda. (Cet, sejak bila aku jadi duta untuk Viva Home ni? Hihi)

Terima kasih kepada semua pembaca blog AiraniEz's Life. Terima kasih kerana sudi membaca blog ni dan singgah usha-usha blog ni. Sekian, semoga hidup anda semua ceria-ceria selalu! ^_____^

15 comments:

  1. BAGI PANDANGAN MATA SAYA, AWAK MEMPUNYAI BAKAT YANG BESAR.. DENGAN BAKAT YANG ADA, AWAK SEMETINYA BOLEH DEMAND. TAK MACAM KERJA DI SEKTOR KERAJAAN... NAK DEMAND MACAM MANA, TANGGA GAJI MEMANG SUDAH DITETAPKAN.. SAYA SAMA SEPERTI KAMU, MAHU YANG LEBIH BAIK.. SEKARANG INI ADA JUGA SAYA SURVEY2 TEMPAT KERJA YANG LAIN.. SUDAH 5 TAHUN DI MUZIUM.. INGIN MENCUBA ANGIN BARU.. KALAU TIDAK DAPAT DI TEMPAT LAIN,DUDUKLAH SAYA SAMPAI PENCEN DI MUZIUM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa awak beruntung sangat dapat kerja di Muzium. Lagi2 muzium Melaka.banyak info yang orang lain tak tahu,awak tahu.pastu bila awak share di dalam blog,memang menarik la..Jarang orang dapat peluang macam awak Fairus.Kalau saya jadi awak,saya akan terus kerja di situ dan kalau nak buat sesuatu yang baru,apa kata pilih satu hobi yang boleh mendatangkan duit (selain tulis blog).Daripada situ hidup awak akan lebih terisi tanpa memikirkan masalah kewangan *kakitangan swasta* macam saya ni..haha

      Delete
  2. Kak ezd..Good luck di tempat baru!
    moga lebih banyak rezeki di situ insyaAllah. moga Allah permudahkan segala urusan. take care! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. atas segala doanya..thanks Huda..Semoga Allah swt permudahkan juga pelajaran Huda di sana...Balik Malaysia boleh dapat gaji riban2 ye..hihi

      Delete
  3. tterima kasihhhh..puji tggi sgt tu..haha..blog ni pmangkin semangat!! Semoga sukses! Rindu suasana di avl jugak..=) Boss dgn madam mmg baik..

    ReplyDelete
  4. tqvm for the doa..puji melangit tu..rindu suasana kt avl..boss n madam mmg baik..hahaha..part rahsia tmpt keje tu x tahan..haha..dan lg,may Allah bless u for what u have give dan segala jasa baik u menolong i dan org2 lain, hanya Allah yg paling layak memberi yg terbaik..totally got lots of experience n knowledge..semoga sukses ezd! bsemangat baca blog ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga untukmu Cik Najwa.I tahu,rezeki you akan terus bercambah untuk masa akan datang..Selalu positif ok..^__^

      Delete
  5. kak, setiap kali baca cerita akak pasal ID, mesti buatkan saya teringin nak study ID. cuma, saya nak habiskan dulu lah Part 2 ni. Ada advice tak untuk orang mcm saya ni yang berminat dgn ID & archi at the same time. Sebab archi kat Malaysia ni tak menarik sebenarnya. Kerja teruk. & sangat ambil masa yang lama nak tengok hasil bila bangunan siap. Nak tunggu submission by submissions pun bertahun2..huhu..

    Oh, pasal kawan yang nak cari kerja tu. Try lah kat company saya kerja =) pun ada ID department.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali baca blog Sophie pasal Archi,teringin sangat nak ambil Archi..haha...Tapi cik abe akak kata,jangan sibuk kat bidang orang lain..(sengal kan?) Kalau Sophie minat ID,boleh je tukar ke bidang ni.Tak jauh pun archi dengan ID.Tapi akak yakin Sophie boleh pergi lagi jauh dengan Archi..akak doakan one day Sophie akan dapat *title AR* tu..amin~

      Delete
  6. wah, suka sangat kata-kata hikmah tu,huhu.nak salin,hahaha

    siap rahsiakan nama company, tapi xpe, nanti tulis pasal company baru dlm blog ni yea

    -wanthu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang, kau yang berhijrah dulu sebelum aku..aku rasa kau lagi *pantas membuat keputusan* daripada aku...Company takleh reveal selagi belum confirm..hihi

      Delete
  7. hijrah = proses pembelajaran...
    do your best!
    insyAllah, semoga segalanya smooth gitu...winkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik marikh atas doanya..may ALLAH bless you..amin..:-D

      Delete
  8. msti tmpat baru lg cerah ms depan kan..pepun dla doakan yg terbaik wat aira dan juga kwn aira tu..InsyaAllah beliau dpt cr keje kat Kedah nt..sukelah keje bhgian ID ni..suke tgk idea org yg gile2..best2
    anyway tahniah ye dah berhijrah..keje leklok kat sn nt..citelah nt suasana tmpt baru lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Dla..so far tempat baru mmg ok..tapi nak cerita hal tempat baru ni kena ambil masa 3 bulan,bila dah confirm,baru sedap sikit nak cerita kan..Thanks for the prayer..Semoga Dla pun terus sukses dengan kerja Dla..amin~

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!