Tuesday, April 19, 2011

Rekaan Kabinet Dapur - AVL Living Concept


Dah lama nak kongsi salah satu projek Kabinet Dapur yang dihasilkan oleh aku dan company tempat aku cari rezeki - AVL Living Concept. Tahun ni alhamdulillah projek agak banyak dan kami masing-masing dah mula diberi kepercayaan untuk uruskan projek seorang diri tapi masih dalam pantauan bos. Maklumlah, ni company dia. Kalau salah nanti yang rugi dia gak. Hoho.

Lokasi projek ni dekat je dengan ofis aku iaitu di Kondominium Vista Amani, Cheras. Jadi hari tu client ni datang, hari tu gak aku pergi ukur saiz dapur dia. Nak tengok gambar asal dapur? 

*Gambar dapur asal*

Dapur ni asalnya kecik je tapi setelah dinding yang menutup stor di sebelahnya dirobohkan, maka dapur menjadi bertambah luas dan lebih praktikal berbanding sebelumnya. Selain kabinet dapur, client ni juga request untuk buatkan kabinet atau tempat simpan barang-barang dia. Jadi kabinet tersebut direka sebagai tempat simpan barang dan juga 'dinding baru' yang memisahkan ruang dapur dan stor baru yang lebih kecil. Tak faham? Cuba tengok plan ni.

*Layout Plan - Susunan Pembahagian Dapur*

Maaflah, rupa kabinet tu aku tak dapat tunjuk kat sini. Lagipun kalau tunjuk nampak barang-barang je kot. Huhu. Anyway, dapur client ni direka khas untuk client bersesuaian dengan saiz dapur dan bajet yang beliau ada. Material yang digunakan juga murah tapi tahan lasak, sesuai untuk aktiviti masak-memasak di dapur. 

*Melamine Chipboard. 1-Kabinet Dapur. 2- Exposed Panel. 3- Kabinet/ dinding baru*

*Solid Surface Top*

Pemilihan material dan design dilakukan bersama-sama dengan client yang super cool dan tak cerewet ni. Serius aku suka client ni dan boleh melepak dengan dia borak-borak dan gosip-gosip bersama-sama. Haha. Bila dah kamceng camni proses pengubahsuaian pun tak banyak masalah dan berjaya disudahkan dalam masa yang sepatutnya.





Atas permintaan client, rekaan dapur berukuran lebih 20 kaki panjang ini juga tingginya hingga ke paras siling. Bila dah ada kabinet dinding atau wall unit yang tinggi maka bertambahlah tempat untuk simpan barang dan takdelah nak simpan habuk kat atas tu lagi! Hehe.


*Banyak koleksi tupperware akak ni.*

Selain kabinet dinding yang tinggi, rekaan kabinet juga ditambah dengan unit kabinet tinggi atau tall unit. (Susah juga nak translate ya. Lain benor bunyinya.) Client ni gunakan tall unit untuk barang-barang laundry dia, sesuai dengan kedudukan tall unit yang bersebelahan dengan mesin basuh.

*Tall Unit.*

Nak tahu apa lagi yang istimewa tentang dapur ni? Selain tall unit dan wall unit  yang tinggi, rekaan dapur untuk unit kondominium ini juga diserikan dengan penambahan kabinet pulau atau island. Mana-mana dapur yang ada island ni boleh dikatakan ada class sebab selain digunakan sebagai meja makan, island ni banyak kegunaan lainnya tau. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni.


*3 feet long storages*


*3 feet long extra shelves*


*Pull-out Utility Storage*

Mungkin bagi sesetengah orang, rekaan dapur ni taklah grand macam rumah orang-orang kaya. Hihi. Tapi bagi pendapat aku dan client, kami sama-sama bersetuju bahawa dapurnya agak luas dan praktikal dari segi penyimpanan barang-barang dapur setelah adanya aksesori-aksesori tambahan begini.

*180 degree swivel basket 
- Memudahkan ambil barang-barang tersorok di hujung kabinet*

*High Drawers*

Kesimpulannya, rekaan dapur yang bermutu tinggi tidak semestinya dilihat berdasarkan pandangan luaran sahaja. Dapur yang bagus juga mempunyai susun letak yang baik (good space planning), menggunakan material yang baik dan sesuai untuk aktiviti dapur dan yang paling penting, selesa dan praktikal untuk mereka yang menggunakannya. Bagi aku yang dapur yang bagus ialah dapur yang ada banyak tempat simpan barang! Macam dapur ni? Hehe.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk ubahsuai dapur bolehlah hubungi aku melalui email. Nak bagi nombor telefon kat sini takut terborak hal-hal duniawi yang lain pula. Haha. Sebarang pertanyaan tentang dapur kalau korang nak tanya, boleh tanya kat email juga. Sekian, assalammualaikum dan selamat malam! 


26 comments:

  1. rumah saya dapur dah siap.. kabinet je belum siap lagi.. tak lah mahal mane pon.. biasa2 punya je.. Lainlah kalau airaniez nak sponsor.. :)

    ReplyDelete
  2. @Fairus.
    Heh.Saya punya umah pun dah siap.tapi belum berkesempatan nak buat kabinet utk umah sndri.nanti saya buka company di Melaka Encik Fairus dtgla.sy bg diskaun.^_~

    ReplyDelete
  3. nak buat kat melaka.. baguslah.. :)

    pasal imam muda tu, bukan xnak masuk, tapi ilmu belum cukup mantap lagi..

    ReplyDelete
  4. aira, dla suke la kabinet pulau tu..suke tgk dapur yg cantik2..smgt je nak masak nt..hehe

    ReplyDelete
  5. @Dla
    Kabinet pulau@Island tu tpt gosip2 sambil kupas bawang & potong sayur.haha

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaaaa... rasa macam nak buat utk rumah sendiri nanti! but now rumah kerajaan xboleh buat suka hati.. :(

    ReplyDelete
  7. @Sis Ummi Rania Raffel
    oh,rumah kerajaan pun boleh buat cabinet pasang siap..tapi if u're moving u can still take the door out

    ReplyDelete
  8. saya amat tertarik ngn "kabinet pulau atau island"
    yang tu berape harga nya?

    ReplyDelete
  9. @Anon
    Terima kasih kerana menyinggah. Island tu menggunakan material *melamine board* sebagai pintu dan rangka kabinet. Manakala Top atau permukaan menggunakan *Solid Surface Top*. Harga lebih kurang 2K ++

    ReplyDelete
  10. klu saya nk buat kabinet, boleh kasi anggaran harga x?melaka area mane?ade kdai ke?

    ReplyDelete
  11. @Anon
    Saya punya company area KL.Sila email saya di airaniez62@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.Tq

    ReplyDelete
  12. saya tengah cari orang untukbuat kabinet dapur....saya orang melaka...Durian tunggal

    ReplyDelete
  13. 180 degree swivel basket ngn dick rack harga lebih kurang berapa ek... sye tgh survey kat mana ada harga yang murah sebab tgk kat kedah ni dish rack pon dah dekat 6 7 ratus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dish rack dalam rm180 saya boleh dapatkan untuk Puan. tapi materialnya *aluminium chrome* (made in china). 180 swivel basket dalam RM500 atau kurang daripada tu la..kalau nak beli,boleh email saya lokasi Puan. (airaniez62@gmail.com)

      Delete
  14. Salam..harga island 2rbu lbih tusiap ngan aksesri ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..harga Island tu 2 ribu lebih tapi tak campur aksesori...

      Delete
  15. Sy dah ada kabinet cuma x ada aksesori can tray basket, leh pag kemudian x

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf..sy tak faham apa yang encik/cik taip..boleh taip balik soalan tak?terima kasih

      Delete
  16. salam.

    nice la yg u buat..how to contact u??
    intereted nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... Please email to airaniez62@gmail.com for any info. Thanks

      Delete
  17. tumpang tanye, full set pasang siap kabinet kat atas ni berapa harga nye.. termasuk island tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Full set 10k ++ sbb table top solid surface and kabinet full height

      Delete
  18. nak Tanya ada buat untuk moden tv wall unit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. Sila email detail dan bajet anda ke airaniez62@gmail.com

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!