Thursday, April 26, 2012

Kursus Inspirasi Dekorasi


Sebelum ni cerita pasal kisah sedih, kali ni biarlah aku kongsikan kisah gembira pula ye. Kisah ni berlaku awal bulan April yang lalu bila aku telah dijemput untuk bagi ceramah tentang perkara yang berkait rapat dengan bidang Interior Design, bidang yang aku dah hadap bertahun-tahun ni. Huhu.

Pertama sekali aku bersyukur sangat kerana terbabit dengan penulisan blog ni walaupun aku dah jarang sangat update blog ni. Tapi alhamdulillah, blog ni masih dikunjungi disebabkan orang baca banyak entri aku yang dulu-dulu, terutama yang berkaitan dengan interior design atau hiasan dalaman. Kadang-kadang kita takkan sangka apa yang kita buat dulu berguna untuk orang lain pada masa akan datang. Sebab tu sejak dulu aku akan sedaya-upaya pastikan apa yang aku kongsi dalam blog bukan entri untuk *syok sendiri*, sebaliknya entri yang boleh memberikan *ilmu* atau *pengetahuan* yang bermanfaat untuk diri aku sendiri dan orang lain.  Insya-Allah.


*Gaya masa bagi ceramah. Gaya muka comot tak letak kat sini. Haha*

Berbalik kepada ceramah tadi, nak dikisahkan macam mana aku boleh dipanggil untuk bagi ceramah ni disebabkan seorang pensyarah di Kolej Komuniti Selandar, Kak Lynn telah terbaca blog aku. Kebetulan kolej mereka nak adakan kursus tentang hiasan dan dekorasi, dia jemput aku untuk bagi kursus kepada staf di kolej kat Melaka tu. Mula-mula aku pun rasa lawak juga nak bagi talk kat orang sebab selama ni, aku mana ada pengalaman nak bercakap kat depan orang ramai-ramai. Jumpa client atau present depan lecturer dulu pernahlah. Tapi peluang macam ni bukan selalu ada kan? Peluang untuk pergi ke Melaka juga dimanfaatkan untuk bertemu kekasih hati dan arwah mak kekasih hati itu juga. Alhamdulillah.



*Antara pemandangan di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Cantik juga kolej ni.*

Ceramah atau kursus yang aku bentangkan selama dua hari itu bertajuk Kursus Inspirasi Dekorasi. Antara tajuk-tajuk yang aku bentangkan ialah Hiasan dan Dekorasi, Susun atur dan Perancangan dalam Ruang, Inspirasi Warna, Material Dekorasi dan Hias dan Mampu. Pada waktu pagi aku bagi ceramah mengenai tajuk-tajuk di atas manakala waktu petang lebih kepada aktiviti praktikal yang seolah-olah *kelas pendidikan seni* bagi mereka. Haha.



*Memo Board yang mereka hasilkan sendiri semasa kursus.*

Ceramah yang aku bagi ni lebih berkisar kepada dekorasi dalam ruang (Interior Decoration) berbanding hiasan dalaman (Interior Design) sebab kedua-dua perkataan dekorasi dan hiasan itu sendiri boleh memberi maksud yang berbeza. Semasa kursus, aku bagi penerangan secara ringkas dan mudah tentang contoh-contoh barang dekorasi sama ada yang boleh dibeli atau buat sendiri (DIY- Do it yourself), bagaimana nak susun perabot dalam ruang secara betul atau space planning, pemilihan warna dan material dan aku juga tolong mereka bagi cadangan untuk susun semula barang-barang mereka di pejabat.


*Mengajar orang susun perabot. Huhu*

Untuk aktiviti praktikal pula, aku ajar mereka buat memo board menggunakan polystyrene, sugar paper dan benang. Kemudian pada hari berikutnya aku ajak mereka balut kotak untuk mereka simpan barang masing-masing dengan sugar paper dan hiaskan dengan butang atau mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali aku ajar mereka buat bekas letak alat tulis atau stationary holder guna majalah lama. Bersemangat betul mereka buat semua tu. Tak percaya tengok gambar-gambar kat bawah ni. Haha.



*Aktiviti membuat Memo Board*


*Aktiviti membalut dan menghias kotak. Macam persiapan kenduri pun ya gak.Huhu*

*Abang-abang yang kusyuk membalut kotak mereka*

*Akak yang kusyuk menghias kotaknya*


*Aktiviti membuat Stationary Holder*

Memang seronok dapat bagi talk atau ceramah begini kat orang luar sebab selain dapat berkongsi ilmu dan tips-tips yang kita ada, dapat juga berkenalan dengan ramai orang yang berbeza bidang daripada kita. Terus-terang, staf-staf Kolej Komuniti Selandar ni kebanyakannya ramai yang peramah dan baik hati. Walaupun aku datang seorang (walaupun pergi-balik ada *driver hensem* hantar dan ambil) tapi aku tak rasa janggal langsung bila datang sana. 


*Staf-staf yang bertuga yang peramah dan baik hati.^_^*

Tambahan, walaupun kursus ni agak sempoi bagi mereka, jumlah peserta yang datang boleh tahan juga ramainya. Aku ingatkan mereka bosan dengar aku bagi talk, tapi alhamdulillah, aku tengok hari pertama dan kedua lebih 20 orang juga yang datang mendengar dan join aktiviti kelas pendidikan seni pada waktu petang. Huhu.



Pengalaman untuk bagi ceramah kepada orang ramai ni memang buat aku jadi tambah yakin dengan apa yang aku buat selama ni. Bermula daripada ceramah ni, insya-Allah aku akan berusaha dengan lebih gigih untuk bina nama dalam bidang hiasan dalaman ni. Soalnya bukan untuk giler glamour ke apa, tapi nak orang hargai hasil kerja aku dan gembira dengan apa yang aku dah buat untuk tempat tinggal atau tempat kerja mereka.


*Gaya apatah masa dapat pegang microphone. Huhu*

Akhir sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua staf Kolej Komuniti Selandar yang mesra dan peramah, yang layan aku baik sangat masa kat sana. Terima kasih ye. Pastu hikmah di sebalik pemergian ku ke Melaka selama beberapa hari membolehkan aku melawat arwah mama Hafiz sebelum dia pergi Ahad lepas. T_T (Sedih tak hilang lagi ni.)

Kalau nak tengok gambar lagi banyak, sila klik Facebook Airaniez's Life. Di bawah ini aku kongsikan salah satu video yang aku tunjuk masa talk hari tu.

*Semua orang boleh jadi KREATIF!*

17 comments:

  1. terima kasih kerana sudi menerima pelawaan kami.
    lepas ni, bolehlah kami minta jd pengajar utk kursus akan datang~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih & sama-sama Intan.Insya-Allah kalau ada kesempatan lagi dan kalau dijemput bolehlah datang lagi ke sana.^__^

      Delete
    2. no problem. kalau ada nak buat kursus lagi, saya akan roger

      Delete
  2. Ya Allah..Kak Aira!!! Serius rasa macam nak join je talk akak ni!!! Huwaaaaaaaaa! bestnyaaaaa ada kelas pendidikan seni! Sebenarnya, akak buatkan saya berminat dengan interior jugak. cuma, apa2 hal pun, saya kena habiskan part 2 dulu then mungkin boleh juga belajar ID =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sophie,cepat sambung part 2!Nanti akak buka company ID & Archi Sophie join kerja ngan akak ye.Mari kita membuka empayar bersama.hahaha..(Pasang impian dulu. Kalau ada rezeki insya-Allah,takde yang mustahil kan?hihi)

      Delete
  3. thanks a lot for this blog & mention my cute name!!hahaha..alhamdulillah kursus nie success even byk sgt halangan nak carik date yg sesuai..anyway!!jgn serik dtg KKSL...KKSL always the best!!!:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Lynn..Nama Kak Lynn mmg patut dipaparkan di sini.Kalau Kak Lynn tak singgah baca blog ni,memang tak bertemulah kita di KKSL.huhu.

      Delete
  4. wah..kak ezd jadi penceramah? da maju sekarang! tahniah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Dik Huda.Ceramah kecil2 je.Pengalaman baru...

      Delete
  5. bestnye kursus ni. kalau la dpt join..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursus ni sempoi je Amy..orang jemput,kita datangla..huhu

      Delete
  6. wahhh..kagumnye dla ngan aira dh siap bleh bg ceramah dah..best2..
    sori sgt, xtaw kisah sedih aira, lame sgt x blogging..
    pepun, takziah utk hafiz & keluarga ye..semoga arwah mak hafiz tenang di sana..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..thanks Dla.faham,Dla mesti bz berbisnes sekarang kan?semoga sukses dengan bisnes tu..amin~

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!