Sekarang pukul 3. Nak membebel kat blog jap je.. Jap je. Padahal kerja tak siap lagi.. Layan pula lagu *mat salleh* yang si dia pernah bagi sebelum ni.. Wah... Dia tu memang pandai ambil hati. Tadi chat sekejap di Facebook boleh pulak dia bagi lagu *Sudirman*.. Siap panggil kita *jantung hati.* Ok. Jangan marah. Orang *bercinta* memang macam ni... Jiwang tak kena masa. Haha.
Banyak yang berlaku beberapa minggu ni. Banyak sangat benda kena fikir. Semalam mak tiba-tiba tegur. Agaknya pelik tengok aku termenung jauh. Dia ingat aku nak *menangis*. Haha. Padahal kepala tengah sibuk fikir itu ini.
Aku rasa, makin maju teknologi, makin sibuk manusia ni kan. Baru-baru ni tengok cerita Hindustan (Tak ingat tajuk apa.) Lama tak layan Panggung Sabtu. Tau-tau tengok Saif Ali Khan berlakon dengan Rishi Kapoor kot, layan. bagus cerita tu. Banyak pengajaran. (Kecuali part joget-joget tu. Haha) Tapi betullah yang dia kata, makin maju teknologi, kita makin sibuk...
Disebabkan teknologi pun aku serabut gak. PC kesayangan yang dah banyak berbakti semenjak aku belajar di UIA, telah menamatkan riwayatnya. Wargh! Serius sedih. Banyak kali nangis. Sempat ambil gambar lagi masa nak melepaskannya pergi... Masa PC tu rosak, satu-satunya orang yang aku terbayang ialah arwah Zaini. Teringat masa dia datang KL dari Johor semata-mata nak betulkan PC aku. Masa tu kami lepak berdua je kat ruang tamu rumah aku. Kami borak-borak. Cerita pasal PC. Ya Allah, sumpah rindu gile kat dia... (Ok, nak nangis balik.)
*Selamat pergi. Jasamu kukenang T_T*
Untuk pengetahuan korang dulu aku memang gile pasal *IT* ni disebabkan arwahlah. Dulu aku rajin pergi *Low Yat* dengan arwah, usha-usha Software. (Masa software *pirate* dijual sesuka hati di Low Yat.) Aku banyak belajar tentang komputer daripada arwah. Kalau berborak dengan dia memang selalunya pasal komputer la. Dia siap bagi aku banyak gile movie yang dia download (yang sampai sekarang aku tak nak buang) dan banyak ajar aku pasal benda-benda di internet ni. Mungkin *jodoh persahabatan* kami bermula dari internet (zaman chatting MIRC dulu) maka sebab itulah kami terlalu *click* bila part internet dan komputer ni.
Jadi bila PC aku rosak hari tu, hanya dia yang aku ingat dan dia yang aku rindu... Aku tahu mesti Hafiz terasa. Tapi Hafiz lah yang tenangkan aku... Dengar aku membebel dan menangis. Tak pasal-pasal kan... Orang tu dah takde Ezdiani, terimalah kenyataan. Ok. Kena redha. Kena selalu doakan dia...Astagfirullah... Semoga sahabatku itu berada dalam peliharaanMU Ya Allah..amin~
Tutup cerita pasal dia. Apa aku buat depan komputer (monitor lama, tapi CPU baru) ni pun aku dah hampir lupa kenapa. Ok. Nak siapkan 3D untuk satu client ni. Sebenarnya dah siap tapi *design director* ku yang *mata seni* ni tak suka design aku. Mana tak nya, dia punya stail design *minimalis*, aku punya stail *warna-warni*. Serius memang susah nak masukkan ciri-ciri design yang dia nak ke dalam stail design aku. Tapi nak buat macam mana kan, aku baru dua minggu kat company baru ni. Belum confirm lagi. takut tak sempat confirm, aku dah kena pecat sebab design tak *capai piawaian* company baru aku ni.
*Lihatlah betapa 'warna-warni' design ku..*
Aku memang suka kerja company baru ni. Banyak sangat benda yang aku belajar. Bos-bos baik, pekerja-pekerja yang lain pun kebanyakannya peramah, tempat aku kerja cantik cuma terlalu sejuk! Masuk pukul 2 ke atas tangan aku dah cramp bila pegang mouse sebab sejuk sangat! Tapi takpela, dah rezeki aku kat situ. Harap-harap kekal lama la. Doakan ye. Terima kasih.
Rasanya kena sambung kerja balik ni. Baca ayat kat atas ni, kerisauan kerja tak siap timbul kembali. Haha. Terima kasih kerana sudi singgah blog ni. Selamat menonton bola semua. Haha. (Dah mula frust Portugal kalah, Spain seri, England pun sama.. Apa kes ni? Uiks..)
P/s: Berita gembira hari ni sebab ada orang dah beli *cincin pertama*. Dia ikut saiz *jari kelingking* dia pulak tu. Semoga Allah s.w.t. permudahkan semua.. Amin~ ^________^
ORANG KATA, KALAU DESIGNER MACAM AWAK NI, BAGUS GUNA JENAMA APPLE..
ReplyDeleteDesigner kat malaysia ni selalu yg pakai *Mac/Apple* ialah *Graphic Designer*. ID jarang sebab software lagi mesra *Windows*..huhu..tapi apple punya memang features lagi cantik...
Deletemoga arwah ditempatkan dkalangan org beriman..yg ptg u dberi peluang tuk kenal insan baik mcm arwah..bertuah kan...kt yg masih hidup ni perlu teruskan perjuangan..btw, wawahhh..awak, dah beli cincin! hepi for u..huhu...all the best for ur job! bertuah bila ada passion dlm job yg kita buat...(^_^) moga Allah murahkan rezeki awak ye! - sekian dari saya, najwa..=p
ReplyDeleteThanks Najwa..cincin tu baru *part 1* punya cincin..haha..Moga Allah murahkan rezeki awak juga! (rindu nak luah macam2 kat u!)
Deletesalam aira...
ReplyDeletewah wah da masuk fasa pertama nampak. Moga dipermudahkan:)
Thanks Amy...Masya-Allah..serius bru teringat Amy...tiba2 buka komen blog,Amy ada kat sini...huhu
DeleteWah hebat la kakak ni...designer rupenye hehe...
ReplyDeleteTak hebat mana pun..biasa2 je..:)
DeleteSalam Aidilfitri...
ReplyDeletesy Lieza.... my co tk besar.. just enterprise.. tp buat kitchen cabinet dan sikit2 interior cm divider, cornice.. sumer lah termasuk cat, bilik tidur dsb...
tp kdg2 client nk lakaran.. masalahnyer kami lom mampu nk hire permanent worker utk job ni..
kami try utk cari part time worker utk kerja2 ni..
kami lakarkan, awk realkan dlm lukisan awk...
klu awk setuju, boleh bincang lagi thru email..
my mail qash.maju@gmail.com
thx
Terima kasih atas tawaran Cik. saya dah balas email. :)
Delete