Tuesday, June 12, 2012

Suara Hati


Sekarang pukul 3. Nak membebel kat blog jap je.. Jap je. Padahal kerja tak siap lagi.. Layan pula lagu *mat salleh* yang si dia pernah bagi sebelum ni.. Wah... Dia tu memang pandai ambil hati. Tadi chat sekejap di Facebook boleh pulak dia bagi lagu *Sudirman*.. Siap panggil kita *jantung hati.* Ok. Jangan marah. Orang *bercinta* memang macam ni... Jiwang tak kena masa. Haha.


Banyak yang berlaku beberapa minggu ni. Banyak sangat benda kena fikir. Semalam mak tiba-tiba tegur. Agaknya pelik tengok aku termenung jauh. Dia ingat aku nak *menangis*. Haha. Padahal kepala tengah sibuk fikir itu ini. 


Aku rasa, makin maju teknologi, makin sibuk manusia ni kan. Baru-baru ni tengok cerita Hindustan (Tak ingat tajuk apa.) Lama tak layan Panggung Sabtu. Tau-tau tengok Saif Ali Khan berlakon dengan Rishi Kapoor kot, layan. bagus cerita tu. Banyak pengajaran. (Kecuali part joget-joget tu. Haha) Tapi betullah yang dia kata, makin maju teknologi, kita makin sibuk...

Disebabkan teknologi pun aku serabut gak. PC kesayangan yang dah banyak berbakti semenjak aku belajar di UIA, telah menamatkan riwayatnya. Wargh! Serius sedih. Banyak kali nangis. Sempat ambil gambar lagi masa nak melepaskannya pergi... Masa PC tu rosak, satu-satunya orang yang aku terbayang ialah arwah Zaini. Teringat masa dia datang KL dari Johor semata-mata nak betulkan PC aku. Masa tu kami lepak berdua je kat ruang tamu rumah aku. Kami borak-borak. Cerita pasal PC. Ya Allah, sumpah rindu gile kat dia... (Ok, nak nangis balik.) 

*Selamat pergi. Jasamu kukenang T_T*

Untuk pengetahuan korang dulu aku memang gile pasal *IT* ni disebabkan arwahlah. Dulu aku rajin pergi *Low Yat* dengan arwah, usha-usha Software. (Masa software *pirate* dijual sesuka hati di Low Yat.) Aku banyak belajar tentang komputer daripada arwah. Kalau berborak dengan dia memang selalunya pasal komputer la. Dia siap bagi aku banyak gile movie yang dia download (yang sampai sekarang aku tak nak buang) dan banyak ajar aku pasal benda-benda di internet ni. Mungkin *jodoh persahabatan* kami bermula dari internet (zaman chatting MIRC dulu) maka sebab itulah kami terlalu *click* bila part internet dan komputer ni.

Jadi bila PC aku rosak hari tu, hanya dia yang aku ingat dan dia yang aku rindu... Aku tahu mesti Hafiz terasa. Tapi Hafiz lah yang tenangkan aku... Dengar aku membebel dan menangis. Tak pasal-pasal kan... Orang tu dah takde Ezdiani, terimalah kenyataan. Ok. Kena redha. Kena selalu doakan dia...Astagfirullah... Semoga sahabatku itu berada dalam peliharaanMU Ya Allah..amin~

Tutup cerita pasal dia. Apa aku buat depan komputer (monitor lama, tapi CPU baru) ni pun aku dah hampir lupa kenapa. Ok. Nak siapkan 3D untuk satu client ni. Sebenarnya dah siap tapi *design director* ku yang *mata seni* ni tak suka design aku. Mana tak nya, dia punya stail design *minimalis*, aku punya stail *warna-warni*. Serius memang susah nak masukkan ciri-ciri design yang dia nak ke dalam stail design aku. Tapi nak buat macam mana kan, aku baru dua minggu kat company baru ni. Belum confirm lagi. takut tak sempat confirm, aku dah kena pecat sebab design tak *capai piawaian* company baru aku ni.

*Lihatlah betapa 'warna-warni' design ku..*

Aku memang suka kerja company baru ni. Banyak sangat benda yang aku belajar. Bos-bos baik, pekerja-pekerja yang lain pun kebanyakannya peramah, tempat aku kerja cantik cuma terlalu sejuk! Masuk pukul 2 ke atas tangan aku dah cramp bila pegang mouse sebab sejuk sangat! Tapi takpela, dah rezeki aku kat situ. Harap-harap kekal lama la. Doakan ye. Terima kasih.

Rasanya kena sambung kerja balik ni. Baca ayat kat atas ni, kerisauan kerja tak siap timbul kembali. Haha. Terima kasih kerana sudi singgah blog ni. Selamat menonton bola semua. Haha. (Dah mula frust Portugal kalah, Spain seri, England pun sama.. Apa kes ni? Uiks..)

P/s: Berita gembira hari ni sebab ada orang dah beli *cincin pertama*. Dia ikut saiz *jari kelingking* dia pulak tu. Semoga Allah s.w.t. permudahkan semua.. Amin~ ^________^

Friday, May 25, 2012

Berubah


Berubah. Kehidupan kita mesti ada perubahan. Kalau hari ini kita di belakang, mungkin esok atau lusa kita akan maju ke hadapan. Kalau hari ini kita di bawah, mungkin selepas ini kita akan bangkit ke atas. Setiap hari kita mesti berubah dan kalau boleh, setiap perubahan itu membawa kebaikan buat kita dan orang-orang di sekeliling kita, insya-Allah.

Perubahan itu ada pelbagai cara. Salah-satunya ialah dengan berhijrah atau bertukar tempat kita tinggal atau kerja. Maka, selepas dua tahun lebih bekerja di AVL Living Concept, akhirnya aku berubah angin dan berhenti kerja dari situ. Insya-Allah minggu depan dah mula bekerja di tempat baru. ^_^

Bukan senang nak pindah tempat kerja. Lagi-lagi bila kita dah *selesa* dengan tempat dan suasana bekerja di situ. Aku dahla sangat rapat dengan bos. Masa nak berhenti tu rasa serba salah sangat, tak sampai hati pun ada. Tapi kalau fikir keadaan dia saja, memang gelap masa depan aku. Dalam hidup ni kita memang kena ambil risiko ya. Aku berpegang kepada satu kata-kata:

*Gambar 'pakcik' yang cakap ayat ni aku dah crop. Haha*

Betul kan kata-kata ni? I'm seriously loving my job, my career and my FUTURE. AVL memang dah banyak tolong bentuk kerjaya aku. Daripada aku *kosong* dalam bidang pembuatan kabinet atau cabinetry, alhamdulillah sekarang aku dah belajar banyak pasal benda-benda tu terutama tentang kabinet dapur. Bagi sesetengah orang mungkin hal ni nampak remeh, alahai, kabinet dapur je. Tapi kalau korang nak buat kabinet sendiri, pilih material sendiri, kira harga sendiri, tahu aksesori apa nak pakai untuk buat kabinet dapur korang praktikal, mesti korang buntu takde idea. Huhu.

Aku percaya, ramai yang nak sangat tahu tentang macam mana nak ada kabinet dapur yang bagus. Sebab tu ramai pembaca blog aku sekarang selalu buka entri Rekaan Kabinet Dapur - AVL Living Concept. Selalu juga orang email aku tanya tips untuk buat dapur dan kabinet. Ada sesetengahnya yang minta aku bagi layout atau space planning untuk dapur mereka dan aku bagi servis percuma untuk semua tu. (Tapi kalau nak design tu memang kena charge la ye. Sebab selalunya idea ni tak datang serta-merta. *wink*)

*Salah satu design saya*

Sebelum nak berhenti ni pun ada akak ni datang buat kabinet selepas baca blog aku ni. Asalnya nak buat kabinet dapur sekali. Tapi sebab ada masalah sikit, aku sempat buat meja belajar je untuk dia. Alhamdulillah dia okay dengan design dan servis kami. Paling dia puas hati dengan hasil kerja atau *workmanship* kabinet tu. Terus-terang aku memang dari dulu respek dengan hasil kerja carpenter atau cabinet installer bawah bos aku. Kalau tengok harga memang mahal. Tapi apa salahnya bayar lebih sikit untuk hasil kerja yang kemas dan tahan lama kan?

*Meja Belajar di Cengal Apartment*