Thursday, March 29, 2012

Rindu UIA! Tau tak?



Ahad yang lepas aku ke UIA ajar seorang junior 3D. Saja buat *part time* kongsi ilmu dengan orang lain. Pastu masa jalan-jalan kat dalam bangunan KAED tu macam ada perasaan *sayu* dan *rindu* je dengan suasana belajar kat Kuliyyah tu... Dah berapa tahun tinggalkan UIA, barulah nak rindu kan!


*Gambar UIA masa aku 1st year*

Enam tahun belajar di UIA memang banyak kenangan yang manis dan pahit masa belajar kat sana. Perkara paling best ialah bila dapat jumpa ramai *sahabat-sahabat* yang baik yang ukhuwahnya berkekalan hingga sekarang. Aku takkan lupa, walaupun aku jalan sorang-sorang dalam UIA tu mesti tengah-tengah jalan tu akan terserempak dengan orang yang aku kenal. Tak kira course apa dan mahallah mana, kalau baru tegur sekali, mesti akan tegur sapa lagi buat kali kedua.


*Sahabat-sahabat terbaik di UIA*

Suasana kat UIA juga best sebab ada banyak pokok-pokok dan dikelilingi bukit terutama di belakang Mahallah (asrama) aku, Mahallah Asma. Masa aku duduk kat Blok H dulu, bangun pagi aku boleh nampak dari tingkat bilik aku matahari terbit di balik bukit-bukit tu. Pergh! Cantik betul pemandangan tu. Pastu UIA kalau pagi-pagi memang sejukla. (Walaupun belum mandi lagi!. Haha)


*Pemandangan salah sebuah Mahallah. Aku tak ingat ni Mahallah aku ke atau Mahallah lain.*

Di UIA juga aku belajar *survive* dan jadi berdikari. Disebabkan aku ambil course yang sibuk dan selalu lepak studio, aku dengan selamba selalu balik mahallah malam-malam dengan roommates aku Lyn dan kadang-kadang balik seorang diri. Pernah sekali pagar mahallah aku tutup jadi nak tak nak aku ajak Dekna, studiomates aku tidur kat masjid UIA. Haha. (Siap ada akak ni kejut Qiamullail lagi tuh!) 


*Rindu kepada studiomates AAD!*


Pastu apa yang aku suka, makanan di UIA boleh kira murah jugala. RM2 boleh dapat nasi + lauk ayam. (Kalau sekarang area Bandar Sri Permaisuri ni jangan harap dapat harga camtu.) Pastu banyak kemudahan-kemudahan yang UIA bagi free contohnya internet free (zaman aku dulu selalu pergi Lab KAED download model 3D, lagu, etc..Haha) dan Library UIA boleh tahan banyak bukunya. Aku paling suka masa 1st Year, 1st Sem masuk UIA aku semangat study kat library sampai tertidur-tidur. Pergh! Masa tu *single* so adala ajak geng-geng nakal- Fatimah @ Timi dan Lyn usha-usha *pemandangan menarik* kat library tu. (Haha. Gile nakal!) Alhamdulillah senakal-nakal aku, aku berjaya gak grad daripada UIA dengan pointer above. Huhu...

Masa belajar di UIA juga aku join macam-macam event walaupun aku ni takdela *aktif* sangat macam orang lain. Banyak event aku join pun event yang kulliyyah dan department aku buat je. Contohnya macam KAEDfest, TigaBelas dan event paling besar yang aku incharge ialah APSDA - Asian Pasific Space Designers Association. Event ni melibatkan Interior Design Student dari serata benua Asia. Pada tahun 2006, APSDA ni buat event di Malaysia dan UIA jadi tuan rumah, maka ramai student dari Filipina, Indonesia, Korea dan Malaysia join event ni. Kenangan terbaik masa tu ialah sebab aku belajar incharge event besar dan jadi *multitasking* sebab event tu dihadiri lebih 200 orang, committee kitorang 25 orang je. Kiki...



*APSDA 2006*

Banyak kali aku cakap kat *bakal suami aku*, kalau ada anak nanti aku akan suruh dia belajar di UIA. Tak kesahla, kalau dia nak ambil Medic ke, Law ke, dan nak ikut jejak bonda dan ayahanda dia ambil Architecture kena masuk UIA gak! Aku tak peduli! Hahaha...



Terima kasih kepada tukang buat video ni - EDAYlead kerana buat video tentang UIA. Oh, rindu UIA dan orang-orang yang pernah ada di UIA dengan aku, tahu tak?



P/s: Mari singgah tengok portfolio terbaru aku dan Hafiz! Sila klik sini - Ilusi Hafiezd

17 comments:

  1. rindu gak...sy boleh kata selalu gak g uia,terutamanya tahun awal tahun pas, bulan 2 ritu pon ada lepak sana lagi..cepat masa berlalu kan...huhuhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalu pergi UIA ajar orang 3D atau jumpa junior je.Tapi junior pun mostly dah final.Lepas ni tak tau sebab nak pergi sana.haha

      Delete
  2. ENTAH KENAPA SAYA TAK RINDU KAT UITM.. TAPI KALAU BERLALU KAT UITM SHAH ALAM TU, RASA MACAM NAK MASUK JUGAK.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat belajar kan?huhu

      Delete
  3. sangat2 rindu ok? lame dh tak jejak uia. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantilah aku ajak ko jalan2 UIA.Mengimbau kenangan lalu..ewah...

      Delete
  4. zmn study mmg plg best..serius!dla zmn skolah pun smpai skang dok rindu2 lg..huhu..nk lyn video xleh lak sbb kene block kat opis..nsb bek blog x kene block..hehe..

    ReplyDelete
  5. orang selalu rindu kat UIA sebab banyak aktiviti keagamaan kot..macam, ada ketenangan ke apa kat UIA.hehe.. kat UiTM Shah Alam? errrr..sesak gilerr. Tp UIA punya design bangunan memang cantiklah.pernah pergi =)

    Kak Aira, saya dah tukar template demi akak tau.hahahahah.x boleh blah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti Keagamaan tu memang banyak.Tinggal rajin ke tak kita ni nak gi.Selalu aktiviti yang paling aktif ialah *qada' tidur* di bilik.Haha.

      Oh,dah tukar ke?jap g akak serang blog Sophie..hihi

      Delete
  6. Saya bakal masuk AAD september ni, insyaAllah! :D Maka, haruslah diberitahu saya akan stalk blog akak. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya?alhamdulillah..masuk Interior ke industrial ke conservation?kalau ada apa2 nak tanya contact akak k..all the best sis...:)

      Delete
  7. alhamdulillah.. dapatlah jgk tawu serba skit psal uia ni.. lagi bpe hari je nk mendaftar... btw thanks to sis Airaniez cz berkongsi crite.. hehe.. n ur blog is so cool sis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis..selamat menjadi warga iium..enjoy your study life ok!

      Delete
  8. assalamualaikum!Sis,nak tanya ilik dekat mahallah asma'.macam mana rupa dia ye?saya bakal masuk uia,Insha allah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumsalam.Wah..masuk mahallah asma' ke?mahallah tu lama,time akak furniture kayu,warna pink/purple.Tapi lepas akak keluar dah jadi perabot besi.Ok la mahallah ni...dekat jugak dgn blok kuliyyah.

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!