Wednesday, February 15, 2012

Susahnya...



Susahnya nak update blog.  Susahnya nak karang ayat.  Susahnya nak luah rasa.  Susahnya nak kongsi idea. Susahnya nak mulakan cerita. Susahnya nak tunjuk rasa.  Susahnya Susahnya...

Dalam hidup ni apa yang tak susah cuba cakap kat aku sikit? Kalau kita teliti kehidupan kita hari-hari, kita akan sedar betapa susahnya kita hendak bangun awal pagi. Bila dengar azan Subuh berkumandang adakah sepantas kilat kita bangun untuk menghadap Ilahi? Bila jam handphone berbunyi berapa kali kita tekan-tekan HP tu supaya bunyinya berhenti?



Dah bangun dan mandi, kita nak kena bersiap pergi kerja pula. Susahnya nak pilih baju yang matching dengan tudung! Kalau baju tu warna purple, takkan nak pakai tudung warna kuning pulak kan. Nanti orang kata 'buta warna' pulak! Susah. Oh, susah! Lepas tu nak gosok baju lambat pula seterika panas. Susahnya nak hilangkan kedut kat baju! (Bukan kedut di muka ye.)

Lepas tu masa pergi kerja, kena hadap jalan raya yang banyak kereta. Selalu kena pecut kereta sebab takut tak lepas lampu isyarat. Susahnya nak lepas berapa banyak traffic light di kawasan Bandar Sri Permaisuri tu! Kadang-kadang rasa nak hon je kereta yang lembab kat depan. Dah nampak traffic light warna hijau lagi nak ajak kura-kura lumba kat sebelah. Tak faham betul!

Sampai ofis pagi-pagi perut dah lapar. Nak fikir sarapan pagi apa pun susah. Entah apa-apa kan? Selalu ada masalah nak makan apa. Itu baru sarapan, makan tengah hari apatah lagi. Susah betul nak fikir makanan yang bertepatan dengan bajet dan menyihatkan ni. Tambah-tambah nak diet, tak makan nanti lapar dan tak boleh buat kerja pula. Susahnya nak kurus! (Tiba-tiba terasa gemuk. Uiks.)





Sibuk sangat pasal hal makanan, lupa nak cerita kisah di ofis yang sentiasa ada kesusahan. (Bukan takde masa kesenangan, tapi masa kesenangan selalunya berlaku tatkala bos tiada. Hehe.) Susahnya nak mulakan kerja design kalau idea takde di kepala. Susahnya nak buat sales sebab client kata harga yang kita bagi melebihi bajet mereka. Susahnya nak deal dengan supplier bila material yang kita nak urgent takde stock. Susah. Susah.


Hari-hari aku mengeluh susah. Hari-hari aku bertanya kat Tuhan, kenapalah hidup aku tak senang macam orang lain? Kenapa susah sangat aku nak dapat duit nak kahwin? Kenapalah banyak sangat ujian DIA bagi kat aku dalam hidup ni?



Dalam asyik mengeluh, dalam serabut memikirkan kesusahan yang kita ada, bila tiba-tiba Allah s.w.t bagi kita nikmat, serius masa tu kita akan rasa bersyukur sangat dengan nikmat yang DIA bagi tu kan. Daripada muka masam terus rasa nak senyum je. Sebab tu bila kita susah, kita kena selalu fikir positif sebab kita kena sedar, kalau kita tak pernah rasa susah, kita takkan hargai rasa senang itu bila saat senang itu datang.


Awal-awal tahun ni memang banyak sangat kesusahan yang datang dalam hidup aku. Tak mampu aku nak cerita dalam blog ni. Kalau aku cerita mesti korang pun menangis sama. (Haha. Nampak sangat aku suka tengok korang menangis gakkan?)





Sejujurnya masalah yang aku hadapi tu masih belum selesai. Tapi alhamdulillah, di sebalik susah tu, Allah bagi juga aku nikmat yang sangat besar. Salah satunya ialah DIA murahkan rezeki aku. Masa Tahun Baru Cina hari tu orang cuti aku tak cuti langsung sebab aku dapat kerja freelance untuk design proposal dua outlet di LCCT. Kerja yang aku dapat tu nak kena hantar urgent. Bayangkan, nak kena buat design concept + layout + 3D dalam tempoh dua hari je!


Memang stress sangat aku masa tu. Ditambah kerenah client yang contact aku waktu malam, selepas subuh, etc. Aku ingatkan client aku yang berstatus *Datuk* tu takkan bayar. Tapi alhamdulillah, dia bayar cepat dan siap offer aku kerja dengan company dia lagi. (Tapi aku terpaksa tolak tawaran kerja dia tu sebab aku tak berminat nak buat projek komersial. Ya, saya suka buat design rumah orang daripada buat kedai orang. Huhu.)


Jadi kat sini aku nak kongsi rahsia utama kenapa rezeki aku bertambah sejak akhir-akhir ni. Rahsianya ialah...


Kredit gambar: Facebook Ustaz Zamri

Aku tak tipu koranglah, sejak buat Solat Dhuha ni, rezeki tu bertambah dengan penuh keajaiban daripadaNYA. Kalau korang baca entri aku sebelum ni iaitu lagu Dhuha, doa selepas solat Dhuha tu nampak simple je, tapi penuh dengan isi tersuratnya.

Korang tak perlu buat hari-hari Solat Dhuha ni. Cukuplah seminggu sekali (pagi hari Sabtu atau Ahad kalau korang bekerja). Macam aku ni masuk kerja pukul 10. Jadi sempatlah pagi-pagi aku curi masa beberapa minit masuk bilik solat. 

Aku kongsi benda ni supaya korang juga akan mendapat manfaat daripada kunci kepada rezeki - Solat Dhuha ni. Dalam kehidupan yang terlalu banyak ujian dan dugaan ni, seeloknya kita selalulah bergantunglah kepada ALLAH S.W.T. Semoga ALLAH S.W.T. murahkan rezeki semua pembaca blog Airaniez's Life. Amin~




15 comments:

  1. JANGAN KITA HARUS TERUS MENGELUH.. PEKERJA BAWAHAB SAYA KALAU SUKA MENGELUH, MEMANG SAYA MARAH (NASIHAT).

    KALAU KITA ANGGAP KERJA-KERJA YANG KITA LAKUKAN SUSAH, MAKA SUSAHLH JADINYA. KALAU KITA RASAKAN SENANG, MAKA AKAN SENANG DAN SEGALA KERJA AKAN MUDAH DILAKUKAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.Thanks Encik Fairus.Betul gak,kena fikir semua kerja *senang*,maka senangla kerja yg dibuat tu.Insya-Allah. ^___^

      Delete
  2. kalau tak susah kita tak ingat bila senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu sangat susah sampai dah lupa apa itu 'senang'... :-)

      Delete
  3. rasa motivated lah baca entry ni kak.

    sekarang ni sy tengah usaha nak apply sambung part 2 Master. mula2 tak pernah terfikir langsung nak sambung di luar negara. entah kenapa tiba2 rasa nak apply. huhu. tp kalau x dapat, saya akan apply uitm. kiranya, daripada haritu rasa mcm urgh, nak quit je archi, tp entahlah, masih ada kekuatan & kesemangatan nak sambung belajar. hehe.. doakan saya dalam doa akak eh. *kot2 ada link hati masa akak berdoa.heheheheheheh..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sophie..insyaAllah adalah *link hati* akak doakan sophie dapat sambung master archi tu.usaha sampai habis ok.i know u can do it...doa byk2 k..semoga dipermudahkan..amin...

      *miss u too sis..xoxo*

      Delete
  4. Salam aira...

    Amy dulu pun pernah alami 'kesusahan' yang Aira sebutkan. 'Dia' uji Amy dalam pekerjaan. macam-macam kerja Amy buat lepas amy grade. Kedai yang amy jaga tu kena masuk perompak dan macam-macam dugaan. Amy down giler sampailah kawan amy ajar buat solat Dhuha. Alhamdulilah, lepas tu sedikit demi sedikit Allah permudahkan urusan Amy. Ujian-ujian macam tu jugalah buat Amy makin dekat dengan Allah sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Amy kalau Amy pernah juga buat solat dhuha ni..mmg solat tu pembuka rezeki sbb kita bergantung kepada DIa je..Kite doakan Amy bahagia selalu..amin..take care dear..:-)

      Delete
  5. (Bukan takde masa kesenangan, tapi masa kesenangan selalunya berlaku tatkala bos tiada. Hehe.)

    LOL,so true

    -wan thu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..wang, adakah boss kamu juga selalu tiada?fb masih takleh 'menyala'ke?

      Delete
    2. lama aku pikir apa maksud menyala,hahaha!

      bos masuk biasa around 4,5jam sehari. pastu semua duk berebut2 nk jumpa dia la. time is precious.hahaha!

      eh, mana entry google?

      -wan thu

      Delete
    3. oh..bos ko kira cam *hot stuff* la kat ofis ye?macam time nak berebut lecturer nak consult dulu je?haha...

      entri google maksud ko yg ni ke?

      http://airaniezlife.blogspot.com/2011/01/tips-google-menggunakan-google.html

      Delete
    4. aaa..lupa aku tgk link entri google dr fb group aad, so bila aku cari balik, aku ingt tu entri latest :)

      -wanthu

      Delete
  6. pnh gak rs ssh ni tp mstilah ada sbb kenapa kita diuji kan..mmg respect rr sape wat solat Dhuha ni, rs smgt lak jap bc entry aira ni..dla mmg tensen kat opis skang ni, tp bkn psl kerja, psl perangai manusia yg meloyakan usus..risau gak takut hilang sbr kdg2..hope dla pun dpt bertbh gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.baca entri baru Dla tu rasa nak tolong,tapi tak tahu nak tolong macam mana.Kalau Dla bukan kerja dengan gov,mungkin penyelesaiannya ialah pindah tempat kerja.Apa-apapun kita doakan Dla sabar dan bertabahlah dengan orang2 macam tu.Semoga mereka sedar gak satu hari nanti..amin~

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!