Wah! Baru berapa hari tak tulis blog dah rindu. Sebenarnya semalam aku demam. MC dan terbaring di atas katil lantas tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling. Ada juga buka-buka blog ni tengok apa aku patut tulis lepas ni. Bulan lepas hampir hari-hari aku tulis dan so far ada *kemajuan* dalam diri aku untuk terus tulis blog. Cuma sayangnya, mood nak menulis novel masih belum *datang* lagi. Aiyak! (Maafkan saya kawan-kawan!)
Tadi tengah drive seorang diri aku tiba-tiba terfikir nak dengar lagu daripada CD aku. Selalu aku buka CD lagu *nasyid* atau dengar radio je sebab takut time aku dengar tu azan berkumandang, tak sedap weh nak dengar lagu-lagu merapek time tu! Tapi tadi dah pukul 7 lebih macam tu, dalam perjalanan balik apa kata layan lagu dalam CD pula?
Buka-buka keluar lagu Siti Nurhaliza lagu *Biarlah Rahsia* dan lepas tu lagu *Cuba Untuk Mengerti* pula. Masa tu mulalah terasa, *Gile Jiwang aku ni!* Lagu semua tahap *syahdu-syahdan* punya stok! Macam orang hilang suami pun ada gak... (Tak hilang suami, tapi *bakal suami* hilang malam ni entah pergi mana. Huhu)
Jadi masa tu terfikirlah juga kan, kenangan-kenangan masa banyak *skandal* dulu. Ada je lagu tema untuk setiap skandal. Haha. Terus-terang dan malas nak sorok-sorok, aku ni dulu memang jarang atau tak suka *couple* dengan orang. *Skandal* atau main-main tu ramai tapi takdelah sampai ajak jumpa mak bawa balik rumah. Maklumlah, zaman tak *matang* dulu. Huhu. Tapi betullah, bila ada *crush* atau minat-minat kat orang tu kadang-kadang mesti ada lagu tema tak pasal-pasal. Hai, jangan tipulah korang pun takde lagu tema ye. Mesti dengar lagu ni (klik) ^_^, teringat pakwe korang masa darjah satu dulukan? Kan kan?
Aku teringat *skandal* yang agak meninggalkan kenangan untuk aku masa aku sekolah menengah. Lagunya ialah lagu ni.
Sebab apa lagu ni ditujukan untuk skandal tersebut? Sebab penyanyi utama kumpulan ni muka dia lebih kurang muka *skandal* aku tula. Haha. Serius sampai sekarang aku dengar lagu ni aku teringat mamat yang aku panggil *Tom Cruise* tu. (Tapi aku sedar sekarang, muka Tom Cruise beribu-ribu lagi kacak daripada dia ok. Hoho.)
Sebenarnya bukan skandal kedua. Tapi kira skandal yang berkaitan dengan yang di ataslah. Selepas *frust terduduk* (bukan menonggeng ya) dengan *Tom Cruise* celup, adalah skandal dengan seorang lagi mamat yang baik hati memujuk hati. Bila dengar lagu ni, teringatlah kat dia yang sudi mendengar tatkala frust tu. Huhu. Tapi silapnya aku ialah, aku tak hargai dia sangat sebagai kawan, lebih kepada menggunakan dia untuk melupakan yang 1st tu. Aduh, syahdu!
Avril Lavigne menyanyikan My Happy Ending ni tepat pada masa aku break dengan 1st couple dulu. Haha. Nak gelak jap. Ok. Lagu ni mengingatkan aku pasal dia yang banyak cakap-cakap belakang pasal aku kat kawan-kawan dia. Memang sakit hati bila dikenangkan. Tapi aku dengan dia sekarang dah takde hal. Kira dah berdamaila. Dia pun nak kahwin dah tak lama lagi. (Oh, siapa dia? Adala... Hihi)
Oh, mesti tertanya-tanya, takkan lagu *mat salleh* je yang aku layan kan? Taklah. Lagu ni *Renungan Terakhir* nyanyian Nora (yang sudah bertudung sekarang, alhamdulillah) mengingatkan aku kepada seorang *skandal* yang meninggalkan aku bersama *renungan terakhir* yang payah untuk diertikan. (Ewah, belajar sastera pula lepas dengar lagu ni ya!) Tapi memang sedihlah lagu ni. Lagi-lagi bila mengenangkan skandal tersebut langsung tak hargai friendship yang aku bagi kat dia. Berapa tahun baru aku dengan dia dapat berbaik. Tapi, lupakanlah benda yang pahit itu. Yang pergi usah dikenang..Huhu...
Lagu terakhir pada malam ini ialah lagu *Puisi Cinta* nyanyian kumpulan *Ilusi*. Sebenarnya aku suka sangat lagu ni sebab lirik dia ada maksud nama aku iaitu *hiasan* (Ya, maksud Ezdiani ialah Hiasan ok). Jadi setiap kali bila lagu ni berkumandang di mana-mana, Cik Haslinda @ Lyn merangkap ex-studiomate dan roommate akan kata, "Ezd, lagu kau!" Jadi aku pun akan menyanyi sikit-sikit lagu ni pada detik itu. Malangnya lirik dia agak *confusing* sikit sebab berulang-ulang ritma yang sama.
Lalu pada ketika aku dan Hafiz mula bersama, aku suarakan kepada dia aku suka lagu ni. Mamat *kaki karok* (karaoke) ni bila tahu setiap kali *karok* mesti nyanyi lagu ni sebagai tanda mengingati akulah (konon!). Last-last Hafiz je yang hafal lirik lagu ni. Jadi lagu ini juga ialah *lagu tema* buat aku dan Hafiz! Yeah!
P/S: Jadi, apa *Lagu Tema* korang?
No comments:
Post a Comment
Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!