Tuesday, November 23, 2010

ADUAN yang Dilayan

Secara jujur, aku sebenarnya adalah orang yang paling susah nak puji *kerajaan* Malaysia sekarang. Lagi-lagi bila melihat situasi negara yang konon nak *maju*, tapi rakyat bagai *mengemis* di negara sendiri. Sangat susah nak survive dalam keadaan ekonomi yang menunjukkan orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin manakala orang yang sederhana (macam aku), hidup hanya *cukup-cukup makan*.

Ditakdirkan minggu lepas. Hari Jumaat. Aku sangat lapar. Isteri bos dan bos bagi kerja bertubi-tubi. Taip quotation, scan, fax, buat 3D, macam-macamla. Jadi pukul 3 camtu, aku baru berpeluang nak pergi lunch. 

Aku gerak laju-laju, pergi kat Restoran Nana Cafe, yang terletak sebaris ofis aku. Aku sebenarnya dah berapa bulan tak pergi situ. Satu sebab takde kawan nak makan sama. Lagi satu sebab servisnya sangatlah lembab padahal pekerja sikit punya ramai. Tapi yang paling tak puas hati, harga makanan sangatlah MAHAL!

*Sempat ambil gambar balik tadi pakai telefon*


Aku mengidam nak makan french fries, RM3.50. Oklah, mahal. Makanan barat. *Mamak* mungkin tak biasa nak goreng. Haha. Dalam bekas pun, isinya pun tak banyak. (Silap aku tak ambil gambar) Paling tak puas hati, air limau ais dia teka berapa? RM1.70! Tak ke mahal? Selalu setahu aku, paling mahal patut jual RM1.20. (Redha harga barang makin mahal). Bila aku mengadu kat kawan-kawan Facebook, ada yang siap kata, mungkin dia pakai *limau organik* atau dia penat tanam kat belakang kedai. Erk.

Jadi dalam keadaan tak puas hati sangat-sangat tu, aku taip kat Google, taip *aduan makanan mahal*. Pastu jumpalah laman web milik kerajaan ini.



Aku yang memang tengah *angin* menaip dengan laju borang kat bawah ni. Siap tak peduli letak nama penuh, alamat rumah tapi bila nak letak alamat restoran, aku pakai bantai nama area ofis aku sajalah, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Heh.


*Maaf, kualiti borang tak berapa jelas. Boleh pergi website untuk lagi jelas*

Lepas tekan butang hantar, dia bagi kita peluang untuk *upload* gambar juga untuk tunjukkan bukti. Sayangnya aku tak sempat nak ambil gambar french fries yang sikit tu (Sebab lapar sangat, nak dekat pukul 4 baru dapat makan!)

Selain aduan pasal makanan mahal, ada juga aduan-aduan lain yang boleh dibuat. Borangnya sangat ringkas untuk diisi. Daripada sini, kita berhak menyuarakan pendapat kita sebagai pengguna. Kita sebagai rakyat, berhak bersuara, bila kita tak puas hati dengan barang yang kita beli dan guna. Itu penting.

Aku sebenarnya, tak yakin sangat, aduan aku ni, akan dilayan ke? Setakat nak mengadu air limau ais mahal kan? Tiba-tiba, pagi tadi dalam pukul 9 pagi, ada nombor asing masuk. Rupa-rupanya orang KPDNKK ni terima aduan aku.

Dia tanya, kedai tu ada letak *tanda harga* ke tak. Aku cakap, tanda harga hanya kat *menu* makanan. (Tapi kalau setakat limau ais yang mesti ada, takde kerja aku nak tengok menu. Silap aku.) Dia kata, jadi tak salah mereka letak harga tu. Satu, sebab harga dah tercatit. Dua, sebab limau ais bukan *barang kawalan*. Jadi dia nasihatkan aku, *boikot* kedai tu. Huhu.

Akhir kata, dia ucapkan, "Jadi kita tutup *kes* ini ya." Haha. Tutuplah kes. Tapi aku ambil pengajaran. Lain kali, jangan beli makanan tanpa tanya harga. Kedua, jangan beli limau ais, baik bancuh sendiri! Ketiga, BOIKOT Nana Cafe tu sampai aku *pencen* daripada ofis tu!

Apa-apa pun, walau KPDNKK tak dapat selesaikan *kes* aku tu, aku respek cara kerja mereka yang tak ambil mudah aduan orang. Walaupun setakat harga limau ais mahal. Haha. Tahniah. Jap check, siapa menteri?


*Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob! (atau Bapa Dafi..huhu)*



1 comment:

  1. SEBELUM SAYA PUJI KERAJAAN, saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih di atas kesudian cik puan membaca/menelaah atau pun menjeling blog saya. Saya amat meghargainya dan saya harap cik puan tidak jelak untuk singgah di blog saya seperti sebelum ini. Saya kagum dan menghargai. ikhlas dari saya

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!