Ok. Hari ni super duper *malas* nak buat kerja sebab pagi-pagi tadi dah kena pergi rumah bos ada meeting. Biasala, orang kerja design rumah, maka meeting company pun kat *rumah* la. Hoho.
So apa cerita hari ni? Result SPM dah keluar? Macam mana result *adik-adik* semua. (Panggil adik-adik ya. Sedar diri dah *tua*. Ouch!) Harapan akak adik-adik dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang la ye. Hihi.
Keputusan SPM yang cemerlang tak semestinya apabila dapat berbelas-belas A wahai adik-adik sekalian. Kalau adik-adik dapat *A yang lurus* (Straight A's) tapi masa periksa adik tiru kawan-kawan kat sebelah atau dapat soalan bocor sebab cikgu sekolah adik-adik antara orang yang buat kertas peperiksaan pun tak guna gak. (Heh, cakap macam ada pengalaman pula. Uiks.)
Cemerlang maksudnya di sini ialah adik-adik berhempas pulas belajar dan stay up waktu malam. Adik rajin buat latihan, nota dan buat kerja sekolah yang cikgu berikan. Bangun malam buat solat hajat, tahajjud dan taubat minta tolong DIA. Baca Yassin. Lalu bila adik dapat keputusan, tengok-tengok subjek yang adik selalu gagal (contohnya Add Math atau Matematik Tambahan) tiba-tiba adik LULUS!
Keputusan yang cemerlang juga maksudnya adik-adik hormat ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang bantu adik semasa belajar dulu. Sebab kadang-kadang dalam kelas ilmu susah nak masuk, jadi bila tanya kawan-kawan barulah adik faham apa yang diajar di dalam kelas sebelumnya. Lantas kecemerlangan yang adik peroleh hakikatnya adalah kecemerlangan adik dan orang-orang yang ada bersama dengan adik sewaktu adik belajar dahulu.
Heh. Akak ni pun pandai *cakap* je kan. Terus-teranglah adik-adik sekalian, keputusan SPM akak pun dulu tak setinggi mana. Akak cuma dapat A untuk subjek-subjek *Teras* macam Bahasa Melayu (kau tak dapat BM A, jangan duduk Malaysia la Dik.. Gulp!), BI, Matematik Moden dan Agama. Huhu. Kalau tanya keputusan yang lain menangis adik-adik tengok. Haha.
Akak dulu tak berapa bijak dalam subjek Sains. Terutama Kimia atau Chemistry. Masa kelas Kimia akak selalu tidur kat makmal Kimia. Bila cikgu tanya unsur-unsur Kimia kat Jadual Berkala tu sumpah akak tak ingat. Kecuali o2, Oksigen. (Itupun akak tanya ofismate ni ha. Ada ke aku ingat H2o tu Oksigen. Padahal itu air! Adui. Tiba-tiba dilanda amnesia pula.)
*Heh, ni bukan 'Jadual Berkala Kimia' ye adik-adik. Ini Jadual Code Internet!*