Tuesday, March 22, 2011

Jepun: Gempa Bumi & Tsunami.


Walaupun peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun ni dah berlalu iaitu pada 11 Mac lalu, tapi aku nak tulis juga entri tentang malapetaka ni. Ternyata apa yang berlaku ni ujian daripada Allah dan petunjuk buat kita yang kadangkala sibuk mengejar hal dunia ni je. Tak percaya? Bacalah ayat ni:


Apabila berlaku hari kiamat itu, 
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. 
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). 
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. 
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, 
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran..
(Surah Al-Waqiah Ayat 1-6)

Dalam Al-Quran, memang banyak petunjuk Allah s.w.t. nak bagi supaya kita beringat kepada apa yang mungkin akan berlaku. Tapi nasi sudah jadi bubur. Setinggi mana pun ilmu seseorang itu, takkan dapat lawan ilmu DIA. Jepun yang memang mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi masa depan dan bergelar negara maju juga akhirnya tewas dengan kuasa Allah s.w.t.

Apa-apa pun aku tetap respek dengan negara Jepun yang mempunyai teknologi dan persediaan yang boleh tahan hebatnya dalam menghadapi malapetaka seperti gempa bumi dan tsunami. Bukan negara je, malah rakyat mereka juga dah diajar tentang latihan keselamatan bila berlaku kecemasan. Lebih hebat bila berlakunya gempa bumi berskala 9 masih ada bangunan yang tetap berdiri kukuh dan tak rebah serta-merta! Respek dan tabik aku dengan mereka, lagi-lagi bila tengok video ni: 


Sepanjang aku belajar dalam bidang membabitkan bangunan, aku memang banyak kali didedahkan tentang skema pembinaan bangunan yang terbaik oleh negara Jepun. Ada cerucuk dikorek dalam tanah yang membantu bangunan tetap berdiri utuh walaupun gegaran berlaku di situ. Struktur bawah tanah itu juga disokong oleh satu tapak sokongan atau base isolation pads yang membantu bangunan daripada tumbang serta merta ke tanah.


Sunday, March 20, 2011

Antara Kemalasan Dan Kerajinan.



Ini adalah status aku di Facebook malam semalam. Aku tulis status macam tu sebagai peringatan kepada diri sendiri. Aku sedar aku dah jarang update blog. Serius rindu blog ni. Tapi aku tetap kena buat pilihan. Kadangkala aku kena korbankan blog demi kerjaya aku. Lagi pun aku tulis blog sebagai hobi. Tapi kerjaya aku... Separuh daripada hidup aku sekarang.


Aku pernah cerita pasal dilema kerja aku dulu. Alhamdulillah, sekarang aku dah tetapkan pendirianku. Aku akan terus berada dalam bidang aku sekarang. Tahniah buat diri sendiri sebab dah tiga kali tolak tawaran jadi pensyarah atau lecturer. Huhu. Orang lain beria dan berebut-rebut nak jadi pengajar. Tapi aku...

Kepuasan bekerja sekarang bukan sebab duit. Serius aku cakap kat korang. Gaji aku tak sampai RM2000. Hidup kat Kuala Lumpur ni, gaji di bawah RM3000 berada dalam golongan *miskin tegar*. Maknanya aku kerja sekarang bukan sebab duit semata-mata. Tapi kepuasan dalam bekerja itu penting. Daripada kepuasan itu juga mendatangkan pekerjaan yang ikhlas. Insya-Allah.



Kerjaya Interior Designer ni orang kata glamour. Dapat design rumah orang-orang kaya. Dapat travel jauh-jauh kalau kerja dengan company besar. Betul. Tapi kepuasan dalam kerja aku sekarang bukan datang daripada design rumah orang kaya. Tapi...

Kisahnya bila ada walk-in customer datang ofis aku. Akak ni datang nak buat kabinet dapur. Untuk grab pelanggan, kena cepat bagi harga atau cepat tawarkan servis supaya pelanggan tak lari. Jadi aku terus tawarkan diri untuk pergi buat ukuran di rumah dia. Sampai sana aku tengok dapurnya agak kecil. Maklumlah, tinggal di apartment jenis rekaan lama. Di dapurnya cuma ada concrete top untuk dia letakkan dapur dan sink. Kabinet dapur langsung takde, jadi bahagian bawah dapur hanya ditutup dengan kain langsir.