Setiap graduan atau pelajar yang sudah tamat belajar sememangnya tidak sabar-sabar untuk melangkah ke alam pekerjaan. Seterusnya bila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri sudah pasti kita mengimpikan kehidupan yang selesa, selain dapat menebus hutang pinjaman dan membalas jasa ibu bapa kita, betul tak? (Sila angguk.)
Aku terfikir nak tulis entri tentang Persediaan Pelajar Sebelum Menjadi Pekerja ni sebab aku nak kongsi pengalaman yang aku pernah lalui sebelum ini. Walaupun aku baru bekerja dekat 2 tahun, tapi aku rasa apa yang pernah aku alami akan terus berlarutan walaupun dikatakan *ekonomi negara* kini semakin pulih. Erk.
Jadi buat bakal-bakal graduan, sila catat nota ini. Heh.
Sebelum graduasi, bila ada masa terluang, cuba search atau Google kat Internet market kerja untuk bidang korang. Daripada asyik main game kat PC, layan movie atau main Facebook, apa kata korang buka laman-laman web seperti Jobstreet, Careerjet.com, Jawatan Kosong Kerajaan dan banyak lagi website cari kerja yang ada di Malaysia ni. (Surat khabar pun banyak ok.) Tujuannya supaya korang sudah ada target syarikat untuk bekerja atau korang tahu kehendak pasaran semasa sebaik korang bekerja nanti.
2. Ada Keputusan yang Baik
Kalau korang rasa pointer korang sekarang belum capai 3 pointer, berusahalah pada akhir semester untuk sampai 3 sekurang-kurangnya. Bukan apa, pointer tu juga menjadi 1st impression korang juga bila nak minta kerja nanti. Tapi kalau dapat 4 pointer jangan terlalu angkuh pula. Tak semestinya pointer korang tinggi, majikan akan terus ambil. Keputusan pelajaran mesti seimbang dengan perwatakan. Cuba jadi humble sikit walaupun dipuji. Korang ingat bos korang *ikhlas* ke puji? Heh.
Kepada yang susah nak datang awal kelas, kena belajar jadi punctual. Kepada yang susah nak bekerja di bawah orang atau bekerja sebagai satu pasukan, sila turunkan ego anda. Kepada yang tak boleh terima arahan, sila belajar mendengar dan mematuhi arahan. Sikap atau attitude sangat penting bila kita mula bekerja. Tanpa sikap yang baik, kita takkan dapat bertahan lama dalam sesebuah syarikat itu dan kalau asyik tukar syarikat juga menandakan kita tak sesuai bekerja dengan orang! Nak jadi bos? Modal ada ke?