Monday, January 10, 2011

Warna & Konsep Kediaman Impian (Bahagian Kedua)



Seronok kan tengok rumah kita ada *warna*? Lagi-lagi kalau tema warna yang kita pilih ialah warna kegemaran kita. Selepas artikel pertama mendapat sambutan yang menggalakkan, aku sambung Bahagian Kedua pula. (Bahagian Pertama, Klik Sini). Untuk bahagian kedua ni, aku paparkan konsep kediaman impian melalui warna KUNING, JINGGA dan COKLAT.

KUNING



Kebaikan
-Warna yang ceria, menyeronokkan dan memberikan kegembiraan.
-Dapat membantu menghilangkan letih dan sedih.
-Mudah diadaptasi dan fleksibel kerana sifat warnanya yang positif dan neutral.
-Membantu meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.

Ruang Pilihan
Ruang Kerja: Dapat memberikan idea dan mengaktifkan otak kiri untuk berfikir. 
Ruang Berhias / Make-up: Energi warna kuning agak unik kerana dapat membantu membersihkan pori-pori kulit wajah.
Kamar Mandi: Bantu mengurangkan sembelit dan gangguan pencernaan.









Tips
-Warna Kuning Lemon boleh membuatkan ruang dalam rumah menjadi terang sama ada ruang tamu yang sudah diterangi matahari atau pun ruang yang tidak mempunyai tingkap. Jadi terapkan sedikit warna kuning di salah satu dinding dalam sesebuah ruang yang kurang cahaya supaya membantu memberi sinar kepada rumah anda.




-Seperti matahari, terlalu banyak warna kuning juga menyebabkan kesakitan kepada mata. Ada kajian psikologi mengatakan bahawa, dinding yang dicat dengan warna kuning yang terlampau terang boleh menyebabkan minda mudah keliru dan kita akan jadi cepat marah! Selain itu juga, warna kuning yang terlalu terang boleh mengundang rasa loya.
-Kombinasi kuning dengan warna-warna seperti krim, coklat gelap dan perang boleh menghasilkan suasana yang tenang dan damai. Demi menghasilkan kombinasi yang lebih padat dan menarik, cuba terapkan perabot ringan yang diperbuat daripada kayu ke dalam ruang tersebut.





-Warna kuning juga ialah kombinasi terbaik untuk warna emas. Lokasi terbaik ialah ruang yang kerap dijadikan tempat untuk bersosial seperti ruang makan, ruang tamu dan dapur. Tapi kombinasi warna ini juga sesuai diterapkan ke atas aksesori seperti sarung bantal, kerusi kecil dan langsir.



-Kombinasi kuning dan putih boleh menaikkan seri terutama di bahagian dapur.






JINGGA



Kebaikan
-Warna yang membantu mengatasi kesepian dan kebosanan.
-Penerapan warna jingga dapat meningkatkan rasa gembira, kreativiti dan menghiburkan hati yang sedang gusar.
-Selain dapat memberikan rasa akrab dan hangat, warna jingga juga mendorong meningkatkan rasa percaya kepada diri seseorang.
-Energi daripada warna jingga baik untuk meredakan penyakit asma dan rasa sakit perut dan ginjal.

Ruang Pilihan
Ruang Dapur/ Ruang Makan: Membantu meningkatkan selera makan.
Ruang Kerja: Meningkatkan kreativiti idea dan semangat bekerja!
Ruang Keluarga: Menggalakkan interaksi antara keluarga.








Tips
-Terlalu banyak warna jingga akan menimbulkan perasaan gugup. Oleh yang demikian, cuba seimbangkan dengan warna biru dan hijau kerana kombinasi ini akan menciptakan garis yang sangat moden dan eksotik.




-Kombinasi jingga dan kuning juga meninggalkan impak yang positif dan ceria. Dua warna ini senada bila diterapkan di ruang makan.



-Mahukan kombinasi yang moden dan futuristic? Cuba gabungkan warna jingga dan perak atau silver dalam sesebuah ruang contohnya di ruang dapur. Kombinasi jingga sesuai diterapkan kepada warna kabinet dapur manakala perak adalah warna aksesori dapur yang lain. Cantikkan?





COKLAT


Kebaikan
-Warna coklat sering dikaitkan dengan warna-warna semulajadi seperti warna tanah lantas menghasilkan kesan hangat dan tenang.
-Warna ini bukan sahaja menimbulkan rasa aman, malah meningkatkan rasa yakin kepada tanggungjawab yang dipikul.
-Warna coklat juga mampu memberikan impak kediaman moden kepada rumah yang didiami.

Ruang Pilihan
Pintu Masuk: Memberi makna *selamat datang* kepada tetamu ketika masuk ke dalam rumah.
Bilik atau ruang yang besar: Sesuai diterapkan kepada dinding dengan tona yang gelap manakala di siling dengan tona yang terang dan lembut. Warna lantai kayu yang cerah juga membuatkan ruang tambah tenang dan kemas.









Tips
-Kombinasi warna coklat dan hitam memberikan gaya moden kepada sesebuah ruang itu.
-Terlalu banyak warna coklat boleh menimbulkan rasa bosan.




Sources:

6 comments:

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!