Monday, January 31, 2011

Tips *Google* Menggunakan *Google*



Masa aku jadi student dulu benda yang boleh dikatakan hari-hari aku buat ialah research atau mencari maklumat di Internet. Zaman aku dulu takde Internet Wifi lagi kat bilik. Jadi tempat favourite aku mestilah Lab Komputer free kat KAED (Kulliyyah of Architecture & Environmental Design) atau kalau aku kaya sikit, aku pergi CC. Huhu.

Aku bukanlah nak kata aku ni rajin sangat buat research. But as design student, every design must have some issue and backup information that can link with the design itself. (Speaking jap) Bermakna, ingat main design taram cakap konsep design ni ialah ayam, tiba-tiba rupanya nampak macam ikan, tak ke susah orang nak faham?  (Hihi. Apa kaitan aku pun tak tahu)

Aku rasa semua orang akan buat research juga kalau korang pernah jadi *best student*. Haha. Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak enjin carian, enjin carian atau search engine favourite aku ialah Google. Korang tau apa makna Google ni? Klik sini. Nak tahu sejarah atau salasilah GoogleKlik sini.


Disebabkan selalu sangat buat research guna Google, kat sini aku kongsi rahsia atau tips-tips terbesar aku menggunakan enjin Carian Google ni. Cara-cara yang aku gunakan ni akan memudahkan korang search benda kat Internet dengan skop yang lebih cepat dan mudah. Korang kira orang bertuah sebab aku jarang share rahsia ni kat orang tau. Bukan kedekut ilmu tapi orang tak tanya. Siapa suruh? ^_^

Tips 1: Menggunakan simbol + diantara setiap kata kunci
Tips ni aku belajar daripada seorang studiomate aku, Ider. Dia pun belajar daripada seorang lecturer part-time yang ajar dia Flash dan Multimedia. Aku tak join kelas tu, jadi aku tak kenal lecturer tu. Ok, cara nak search dia macam dalam gambar ni.


Maksudnya bila kita nak cari maklumat tu, kita Google menggunakan *kata kunci* utama untuk maklumat penting yang kita mahu cari. Tanda + pula digunakan di antara kata kunci utama itu dan Google akan cari laman Web yang berkaitan dengan kata kunci tu saja untuk kita. Jadi daripada kita mengarut panjang-panjang taip:

Bagaimanakah tips membuat blog menjadi laju? Seeloknya gunakanlah kata kunci yang lebih mudah dan Google dengan mudah juga akan membantu mencari website untuk soalan anda itu.


Tips 2: Gunakan Google.co.uk untuk English Search
Ok. Aku bukan tak sokong barang buatan Malaysia. Anda silap sama sekali. Tapi masa aku kat UIA, ada lecturer *British* yang ajar English aku sarankan kami guna Google.co.uk sebab maklumatnya lebih luas dan banyak. Tak percaya? Cuba korang bandingkan gambar carian melalui Google.com.my dan Google.co.uk. Ada perbezaan tak?

*Google.com.my*

*Google.co.uk*

Selain tu, korang juga boleh gunakan website Google dari negara lain seperti Google.com.id (Indonesia) atau Google.com.au (Australia) untuk meluaskan lagi research korang. Dah guna Google negara lain tu, faham-faham jelah bahasa yang keluar dari website tu mestilah bahasa yang kadang-kadang korang tak faham. Jadi gunakanlah tekanlah butang translate kat atas tu untuk tukarkan bahasa ke Bahasa Inggeris.

*Google.co.jp*

Tips 3: Save Favourite Website to Bookmark This Page
Aku rasa ramai tahu tentang fungsi Bookmark This Page ni. Nampakkan simbol bintang kat atas tu? Klik je kat bintang tu untuk save website yang korang suka atau nak simpan dalam memori komputer korang. Lepas tu nak cari balik page yang korang dah bookmark tu, tekan saja dua butang >> kat tepi tu. Atau kalau masa tu tengah buka page lain, pergi kat simbol *spanar* tu dan pergi ke Bookmark Manager.

*Bookmark This Page- Hari-hari buka Nuffnang!*

*Senarai website Favourite- Sengal banyak!*


Takde komputer sendiri tapi nak save website tu? Pergi je ke simbol spanar tu dan pergi ke *save page as* atau pergi ke tajuk website tu atau  right klik- save link as. Simpan link tersebut ke dalam pendrive atau disket. (Haha. Zaman bila orang pakai disket lagi ni?)

*Save Page As*

*Save Link as*

Tips 4: Mencari kata kunci atau keyword dengan right click
Aku rasa pun, ramai orang tahu tips ni. Tapi aku beritahu gak sebab benda ni aku belajar daripada adik aku. Selalu aku highlight kan perkataan yang aku nak Google tu dan copy ke Google dan tekan butang search. Tapi sebenarnya ada cara yang lebih senang iaitu selepas bold atau highlight kan benda yang kita nak cari tu, terus right-click dan pergi ke *search Google for...*



Tips 5: Google Maps and Get Direction
Korang tahu tak nak guna Google Maps? Kalau tak tahu, meh aku ajar. Pergi je kat main page Google.com.my (Kalau nak cari jalan kat Malaysia contohnya) dan klik kat *maps* kat sebelah kiri skrin. Pastu pergi kat *Get Direction* dan akan keluar dua kotak yang minta korang isi dari A: mana lokasi korang berada dan B: ke mana korang nak pergi.

*Mentang-mentang esok nak shopping kat area tu. =P*

Dah dapat? Lepas tekan butang Get Direction warna kelabu kat bawah tu pula, akan muncullah petunjuk jalan berwarna biru di atas peta. Ha, kan senang! Ikut saja arah yang mereka beri tu dan boleh juga pilih jalan yang kita nak ikut. Aku selalunya akan hafal landmark yang ada kat dalam peta tu supaya aku tak sesat teruk. Hihi. Kadang-kadang aku print terus direction tu iaitu dengan dengan tekan butang *print Screen* kat keyboard computer dan paste kat Photoshop atau Microsoft Word.

*Direction*

*Maps Direction*

*Maps direction dengan gambar*

*Satelite Direction*

Jadi korang rasa tips aku Google guna Google ni boleh pakai tak? Aku harap tips-tips ni membantu korang terutama golongan student yang nak buat thesis. Thesis aku dulu A- ok. Huhu. 

Akhir sekali aku ucapkan *Selamat Bercuti* kepada semua yang mula bercuti esok termasuk aku! Hoyeah! Selamat malam! Wassalam.

13 comments:

  1. ni entry bodek google eh? hehe... kidding jer... nice reading :)

    ReplyDelete
  2. @papabear
    oh,maaf..sy tak reti bodek Nuffnang dpt Tunetalk rm100..*wink*

    ReplyDelete
  3. bagus gile maklumat ni !
    hehe , mekase sys ! :DD

    ReplyDelete
  4. wahhh..bagus2...hebatnye dia thesis dpt A- ^__^

    ReplyDelete
  5. google maps paling convenient :)

    ReplyDelete
  6. haha memang, sekarang ni, apa-apa google saja...google dulu baru ke library..melampau je macam..hehe

    ReplyDelete
  7. wow..good info. banyak lagi yg sophie tak tahu sebenarnya. haha.

    tp akan mencuba yg Google UK tu.

    ReplyDelete
  8. @Fairus
    terima kasih.sila gunakan maklumat ini.*wink*

    @Imran
    Ye.Sila bookmark.dan sila study elok2 k.*wink*

    @teyqahd
    Good,study elok2 tau...

    @d_LA
    Haha.tesis tu dp a- sebab byk gambar..haha

    @ken
    yup.paling convenient but sometimes sesat gak..haha

    @fasha
    thnks.sy suke gak..^_^

    @FasiHaH SupiaN
    eh.jgn refer google je.buku kat library UIA kan byk..kn dig kat buku gak tau..

    @Sophie Al-yahya
    yup.Google.co.uk tu patut cuba.google.com.au?hihi

    ReplyDelete
  9. zaman matriks dulu, gua masih pakai disket.gangster kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..masa matrik kita masih guna disket dan bila masuk *Gombak* baru kenal apa itu *pendrive* haha...

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!