Hari ini ialah hari Lahir Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya semua orang dah tahu tentang sejarah kelahiran Baginda s.a.w. dan kewafatan baginda yang berlaku pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabiulawal. Baginda lahir pada Tahun Gajah manakala wafat pada 11 Hijrah bersamaan 632 Masihi pada usia 63 tahun. Bila baca kisah pemergian baginda memang sangat sedih, terutama bila membayangkan situasi sahabat-sahabat baginda yang berada bersama baginda ketika itu.
Bagi aku, persahabatan yang Nabi tinggalkan untuk sahabat-sahabat Baginda memang takkan dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Sahabat-sahabat rapat Nabi kebanyakannya semua dijamin menjadi ahli syurga.
Dari sahabat Abu Dzar r.a., bahawa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah r.a. dan bersabda:''Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?”
Aisyah menjawab :“Tentu, ya Rasulullah.”
Lalu Nabi SAW bersabda,”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu (Abu Bakar) masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk syurga dan kawannya Nuh; Uthman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakaria; Thalhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud; Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.