Saturday, February 5, 2011

Dia. Sahabat. Terbaik.


Aku jarang bercerita pasal dia dalam blog aku ni. Aku pun tak tahu kenapa. Hafiz pun pelik sebab aku jarang bercerita tentang dia dalam blog aku. Padahal dia antara sahabat yang paling lama tahan bersahabat dengan aku yang banyak kerenah ni. Huhu.

Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat sangat dengan dia. Dia satu sekolah menengah dengan aku kat Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, kami tak pernah berada dalam satu kelas tapi pernah duduk satu dorm setengah tahun masa tingkatan lima. Aku tak ingat dorm berapa, tapi aku masih takkan lupa tarikh kami berpisah dorm. 1hb Mei 2002. Macam hampeh sebab adik dorm kami mengadu kat warden kena buli (buli suruh susun kasut je ok). Sebab dia, habis satu asrama kena rombak! 

Friday, February 4, 2011

Menulis Dari Hati


Menulis itu satu cabang seni yang senyap tapi bernyawa..
Menulis  itu satu kepuasan yang kental daripada keinginan yang menebal..
Menulis  itu satu kondisi yang kadangkala mahu diri diingati daripada karya dihargai...
Menulis  itu satu pisau yang tajam, yang membuatkan suara hati menyakiti yang lain, atau disakiti tanpa disenangi..
Menulis  itu satu realiti yang terjadi atau satu mimpi yang tercipta sendiri...
Menulis  itu satu ilmu yang diekspresikan dalam baris tulisan yang indah lagi bermadah...
Menulis  itu satu perkongsian yang mengiyakan atau menidakkan satu kebenaran...
Menulis  itu satu pencapaian yang tak terjangkal akal yang dangkal dan akal yang bijak melawan sengal..
Menulis  itu satu kesaktian daripada jari-jemari yang pantas menulis baris ayat dan bait kata yang diyakini asli atau mencuri hasil orang lain...
Menulis  itu satu kerinduan untuk menciptakan kegembiraan atau kesedihan untuk si pembaca yang mahu berfikir terus daripada otak dan menilai lurus daripada hati...
Menulislah dan berkongsilah...
Kerana Menulis  itu satu keistimewaan dalam diri yang asli, yang unik lagi yang dikurnia oleh DIA Ilahi...