Secara jujur, aku sebenarnya adalah orang yang paling susah nak puji *kerajaan* Malaysia sekarang. Lagi-lagi bila melihat situasi negara yang konon nak *maju*, tapi rakyat bagai *mengemis* di negara sendiri. Sangat susah nak survive dalam keadaan ekonomi yang menunjukkan orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin manakala orang yang sederhana (macam aku), hidup hanya *cukup-cukup makan*.
Ditakdirkan minggu lepas. Hari Jumaat. Aku sangat lapar. Isteri bos dan bos bagi kerja bertubi-tubi. Taip quotation, scan, fax, buat 3D, macam-macamla. Jadi pukul 3 camtu, aku baru berpeluang nak pergi lunch.
Aku gerak laju-laju, pergi kat Restoran Nana Cafe, yang terletak sebaris ofis aku. Aku sebenarnya dah berapa bulan tak pergi situ. Satu sebab takde kawan nak makan sama. Lagi satu sebab servisnya sangatlah lembab padahal pekerja sikit punya ramai. Tapi yang paling tak puas hati, harga makanan sangatlah MAHAL!
*Sempat ambil gambar balik tadi pakai telefon*