Friday, August 12, 2011

Rekaan Bilik Tidur / Bedroom Design


Assalammualaikum w.b.t. Salam Jumaat semua. Hari ni kerja sebenarnya sangat banyak. Tapi sebab idea tersekat di kepala otak tak mahu keluar-keluar, maka aku mengambil masa yang singkat ni nak tulis blog. Oh, malas nak tulis panjang-panjang juga. Korang tengok sajalah gambar-gambar design aku kat bawah ni.


*Bedhead in wallpaper and PU fabric backing. Side table and bay window seating in PU Spray paint finish*


*Bedhead in veneer and PU fabric backing. Side table and bay window in PU Spray paint finish*



*Bedhead in veneer and PU fabric backing. Side table and bay window in PU Spray paint finish*

Kalau aku beritahu korang yang semua design di atas ni adalah design yang ditolak atau rejected korang percaya tak? Huhu. Semua design di atas adalah design Master Bedroom atau Bilik Tidur Utama. Design kat atas ni ialah yang ketiga ditolak oleh client. 

Mengapakah design tersebut ditolak? Jawapannya ialah kerana client mengalami masalah tidak tahu apa yang dia mahukan. Dia juga tak dapat nak buat keputusan atau cuba nak beritahu apa yang dia suka. Haha. Sehinggalah design yang terakhir yang aku baru submit minggu lepas. (Tiada di sini.) Barulah dia terima. Adoi, pening-pening...


*Wardrobe door in melamine chipboard and glass sticker. Side table, display & study table in melamine chipboard.*


*Bedhead in melamine chipboard backing. Side table and bay window in PU Spray paint finish*

Design di atas pula adalah untuk bilik ahli keluarga yang lain. Ya. Juga ditolak kerana tak cukup bajet. Hoho.

Inilah realiti kehidupan kita. Tak semua yang kita suka, orang akan suka. Tak semestinya apa yang kita buat tu betul, orang lain rasa betul. Sekian saja entri ringkas pada hari ini (Ringkas ke? Erk.) 

Selamat menunaikan ibadah puasa!

P/s: Tolonglah jangan datang komen kat blog aku kalau setakat nak *promote blog sendiri* atau *paksa orang lain follow*. Tolonglah jadi *ikhlas* dalam memberikan komen. Terima kasih. ^_^

25 comments:

  1. BAK KATA PEPATAH MAT SALEH, BEAUTIFUL IS IN THE EYE OF BEHOLDER.... SUBJEKTIF LER...

    ReplyDelete
  2. Kenapa bedroom yang first tu warna ungu? haha klien tak suka ungu kot..

    ReplyDelete
  3. cantik design blk tdr...warna ungu yg 1st mmg cntk bg ku..

    ReplyDelete
  4. sangat cantik...wahh paling suke yg kaler purple tu..thumbs up :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya design2 yang ada
    bestnya kalau dapat bilik tido mcm nie kan

    ReplyDelete
  6. dla suke kalo bilik ada wardrobe..huhu..nantilah bila ada rmh sndiri..InsyaAllah^^

    ReplyDelete
  7. alamak..
    cantik2 lah design ni.
    Sophie amik archi so tak tahu sgt pasal ID.
    huhu..
    teringin nak make over bilik sendiri ala2 mcm dlm gambar2 nih.hikhik..

    ReplyDelete
  8. ohhh!! lagi satu, pasal material untuk interior pun Sophie kureng jugak.

    Nak kena tanya pendapat Kak Aira lah nanti.

    ReplyDelete
  9. cantek la...actually amy baru je cat separuh bilik tidur kaler purple. nak design bilik mcm gambar kat atas tak byk idea pasal bilik tak ckup besar. huhu

    ReplyDelete
  10. @Fairus
    "Beautiful is in the eye of the beholder" tu kadang2 boleh memakan diri juga. Di mata kita cantik,di mata orang tak.Akhirnya ada sesetengah yg tak dpt terima perbezaan ajak *bertekak*. Huhu. =(

    ReplyDelete
  11. @Adlan
    Bedroom yg 1st warna ungu sebab *presiden Kelab Ungu* KAED yg design. Ko bendahari sila senyap2 k..haha

    ReplyDelete
  12. @asnizaziz
    Terima kasih. Saya suka warna purple. Tapi client tak suka. Sebab tu kena reject.=(

    ReplyDelete
  13. @Anum
    Thanks.Bulan2 pose ni mmg best kalau tdo.huhu

    ReplyDelete
  14. @d_LA
    Bilik kalau nak ada wardrobe paling best kalau ada *walk-in wardrobe*. Orang ppuan ni mmg byk baju kan Dla..hehe

    ReplyDelete
  15. @Sophie
    Archi & ID tak jauh sgt pun beza.Cuma Archi byk focus on facade & outdoor. Id interior & space planning. Kalau nak tanya pasal material insya-Allah akak leh bagitau.Tapi untuk residential je la akak byk tau.commercial pject kureng skit.huhu

    ReplyDelete
  16. @Kimmy Kazuma
    Wah,bagusla Amy ada bilik sendiri.Bolehla design skit2 bilik tu.Tak perlu perabot mahal.Perabot *do-it-yourself* pun ok. =)

    ReplyDelete
  17. cococomel kot!
    kalau mai jadik client dah lama stuju angguk-angguk kepala kira dah deal. hehe
    dah la kaler purple which is sangaaaat lah sesuai untuk bedroom.

    nway, congrats.
    bukan semua orang ada bakat nak buat design ni.
    hehe

    bui-bui.

    ReplyDelete
  18. oh my god!!! kalau lah nisa kan menggelabah tak tahu mana nak pilih, semuanya cantik2... gud job!!

    ReplyDelete
  19. @Maicher
    Thanks.mai la jd client.msti sng nak *close deal*.haha

    ReplyDelete
  20. @Ummi Rania Raffel
    Thanks Kak.Design is subjective.Akak suka, bagusla.^_^

    ReplyDelete
  21. airaniez

    yg design bilik tidur (kanak2)warna purple tu agak2nya brape kos nya? ->ultra‑modern‑wall‑paint‑decor.jpg

    ReplyDelete
  22. @Anon
    More than 10K i can say.especially kalau customize katil..

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!