Friday, July 8, 2022

Projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman Rumah - Aman Putri, Sungai Buloh

Assalamualaikum.

Minta maaf baru berkesempatan untuk update blog. Hidup sangat sibuk sejak Malaysia dah takde PKP. Alhamdulillah masih ada projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman atau Interior Design yang company kami dapat.

Kali ni nak kongsikan projek ID di Aman Putri, Sungai Buloh. So far ini projek ID paling jauh kami pernah buat. Kebetulan client ni ialah junior saya di UIA. Jadi disebabkan hubungan baik kami sebagai junior & senior, saya usaha sehabis baik siapkan projek ni hingga selesai.

Rekaan dalaman rumah ni sangat unik sebab ada banyak 'features' atau elemen menarik di ruang yang berbeza. Disebabkan client kami ni memang belajar Interior Design sama macam saya, jadi beliau sukakan sesuatu yang lain daripada lain supaya 'fit' with her designer's taste.

Ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih

Client sukakan stail industrial & rustic, jadi beliau mahu gunakan ventilation block di kawasan balkoni & ruang penghadang mesin basuh atau laundry area. Raw element  daripada stail tersebut juga ditambah di bahagian batu-bata yang tidak perlu plaster, cuma dicat dengan warna putih supaya tekstur bata kelihatan jelas dari luar.

Laundry Area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih

Pemandangan dari luar ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih

Pemandangan dari belakang laundry area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih

Laundry Area / Ruang Dobi

Satu lagi elemen atau karektor unik dalam rumah ini ialah tingkap ram atau folding louvers yang kami pasang di bahagian depan tingkat bawah. Louvers windows ini kami gabungkan dengan grille dengan rekaan floral yang client pilih coraknya sendiri. Hasilnya memang menarik kerana louvers yang nampak seperti kayu sebenarnya diperbuat daripada besi.


Window Louvers digabungkan dengan grille bercorak florak dari pandangan luar

Window Louvers dibuka & dilipat separuh dari pandangan dalam ruang tamu

Window Louvers ditutup penuh dari pandangan dalam ruang tamu

Sebenarnya sebelum menghasilkan semua rekaan ini, kami telah menyediakan 3D Visual untuk beberapa ruang di dalam rumah seperti Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur & Bilik Tidur Utama. Jadi daripada 3D Visual tersebut client dapat visualize design rumah terlebih dahulu & kami juga sertakan Interior Design Drawings sebagai rujukan kontraktor & carpenters sebelum memulakan renovasi rumah.


3D Visual Living Area/ Ruang Tamu


3D Visual Kitchen Area/ Ruang Dapur


Hasil rekaan Ruang Dapur yang hampir sama dengan 3D Visual

Design yang paling mencabar untuk rumah ini semestinya ialah Ruang Dapur kerana ruangnya yang tidak begitu luas & hanya muat untuk dapur kering atau Dry Kitchen. Namun mujurlah client gemar memasak menggunakan Thermomix, maka client tidak memerlukan dapur yang terlalu besar untuk memasak.


Jubin bercorak di Ruang Dapur

Rekaan dapur juga sangat menarik disebabkan corak jubin yang dipilih oleh client. Jubin dengan corak ini diaplikasikan di ruang lantai dan sedikit di bahagian backsplash dapur. Kabinet dapur pula menggunakan material pintu melamine yang digabungkan dengan quartz kitchen top berwarna putih. Hasilnya memang mengagumkan kerana corak jubin digabungkan dengan tona warna kabinet dapur yang cerah nampak ringkas & kemas.






Aksesori Corner Revolving Saucer

Bilik Tidur Utama juga direka dengan almari baju & meja solek. Nak bagi lebih berseri, kami turut menambah wallpaper atau kertas dinding di bilik tidur utama & bilik anak perempuan.





Kami nak ucapkan terima kasih kepada client kami Ku Shazwani yang sangat baik & mudah untuk berkomunikasi sepanjang proses menyiapkan ID rumah beliau. Tambahan projek ini mengambil tempoh yang terlalu lama disebabkan kilang carpenter kami terlalu sibuk menyiapkan tempahan yang tertangguh disebabkan PKP.


Kami sentiasa berdoa untuk dapat client yang baik hati & mempunyai kewangan yang kukuh untuk buat Interior Design di rumah mereka. Kami memang terpaksa memilih client yang betul-betul mampu buat ID supaya dapat membayar pekerja-pekerja dan suppliers yang terlibat dalam setiap projek ID syarikat kami.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


























No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!