Melihat trend terkini dalam Interior Design atau reka bentuk dalaman, kebanyakan rumah banyak yang suka menggunakan Wainscoting sebagai Feature Wall. Walaupun Ilusi Hafiezd Design jarang gunakan design wainscoting atau wall beading dalam design rumah client kami, tapi selalunya client berminat dengan cara kami menggabungkannya dengan wallpaper.
3 contoh projek ID rumah kami dah buat gunakan wainscoting dan wallpaper dalam gambar-gambar di bawah. Pertama untuk ruang Bilik Tidur (Projek Sunway Cheras). We used wall 'beading' instead of typical wainscoting to makes it looks modern & fresh.
Kedua kami gabungkan wainscoting dan wallpaper bercorak Damask untuk projek dekorasi di Vista Mahogani, Kajang. Rekaan berkonsep ala Inggeris moden ini turut menggabungkan tona biru laut sebagai warna tema dalam ruang. Ini adalah salah satu projek kegemaran kami kerana gabungan wainscoting, wallpaper dan warna biru menjadikan ruang tenang dan cosy.
Manakala yang terakhir untuk projek Banglo di Bandar Seri Putra, Bangi. Wainscoting di ruang makan nampak mewah bila digabungkan dengan pintu kayu, meja makan kayu dan lampu chandelier klasik pilihan client kami.
Nak gabungkan wainscoting dengan wallpaper ni nampak mudah. Tapi sebenarnya perlukan research dan kepakaran designer's eye to chose suitable wallpaper to combine with the panels.
Corak wallpaper paling sesuai digabungkan dengan wainscoting semestinya corak Damask atau bunga klasik. Cuma bila nak aplikasikan corak sebegini, perabot dan barang dekorasi di sekeliling mestilah mempunyai konsep yang sama.
Contohnya kalau gunakan wainscoting dengan kayu yang mempunyai corak yang berat atau sophisticated, perabot yang dipilih mestilah jenis klasik juga.
Trend terkini gabungan wainscoting adalah dengan wallpaper bercorak abstrak atau geometri. Corak begini buatkan ruang tidak terlalu statik dan fleksibel, tidak terikat dengan satu jenis konsep sahaja.
Ruang akan nampak lebih moden bila ada gabungan wainscoting dan wallpaper dengan corak lebih segar berbanding corak Damask yang agak berat. Pelbagai perabot rekaan terkini seperti perabot kayu dan sofa fabrik sangat sesuai diletakkan dalam ruang tersebut.
Kalau anda berminat untuk gabungkan wainscoting dan wallpaper bolehlah hubungi Ilusi HafiEzd Design melalui email : ilusihafiezd@gmail.com
Salam Sis. Saya ada terbaca posting sis tahun 2011 tentang Degree ID di UIA. Sis ada cerita sis masuk UIA melalui matriks. Boleh tak saya nak tahu matriks apa? Saya tahub ni ambil SPM. Saya nak tahu syarat untuk masuk matriks jika nak ambil bidang ID. Saya minat sangat nak ambil ID.
ReplyDeleteCantik² reka bentuknya.. ����
ReplyDelete