Friday, December 14, 2018

Proses Rekaan Kabinet Kasut & Perhiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dah tengok Rekaan Kabinet Kasut dan Perhiasan yang kami berjaya hasilkan di rumah client kami di Serene Heights, Bangi. Tapi mesti ada yang tak tahu, bagaimana proses rekaan kabinet ini dibuat sehingga berjaya dihasilkan di site.

Sebenarnya idea asal konsep rekaan kabinet ini datangnya daripada idea client sendiri. Client akan bagi gambar dan kami akan olah semula design tersebut mengikut ruang dalam rumah, saiz, material dan bajet client.

*Idea asal gambar yang diberi oleh client*

Berdasarkan idea gambar yang client beri, kami sediakan pula 3D visual mengikut ruang dalam rumah client tersebut di Serene Heights. Ketika itu, client masih belum dapat kunci. Jadi ukuran kabinet yang kami design adalah mengikut saiz layout plan yang diberi oleh client atau diambil daripada website company developer.

*1st 3D Visual*

Design 3D yang kami hasilkan kemudiannya diubah mengikut kehendak client. Contohnya ruang kabinet yang terbuka dibesarkan untuk memuatkan helmet milik client. Kami perlu reka kabinet mengikut ukuran saiz helmet supaya helmet boleh diletakkan cantik ke dalam kabinet.

*Client menunjukkan design yang ingin diubah berdasarkan 3D yang diberi*

Semua saiz rangka kabinet dilukis dalam lukisan kabinet dan perlu sama dengan design kabinet sebagai rujukan carpenter dan installer cabinet. Saiz kabinet perlu diukur tepat dan kod material perlu diletakkan di dalam lukisan kabinet tadi sebelum diserahkan kepada carpenter.

*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian pintu kabinet kasut & kedudukan lampu*


*Lukisan kabinet yang menunjukkan pembahagian rangka atau bahagian dalaman kabinet kasut*

Selain itu, material kabinet juga ditukar sesuai dengan warna tema rumah. Pada asalnya tema rumah ialah warna biru gelap, namun di saat akhir, warna dinding berhadapan ditukar kepada warna turqoise gelap.

*Warna kabinet kasut yang telah ditukar dalam 3D*

Demi menonjolkan barang perhiasan dalam kabinet, kami tambahkan lampu halogen yang dipancarkan terus di dalam kabinet. Disebabkan itu, satu sumber lampu atau lighting point perlu ditarik dari atas siling untuk menghubungkan suis dan lampu ke dalam kabinet.

*Lighting point yang ditarik dari atas siling*

Kabinet kasut dan perhiasan ini tambah menarik bila kami tambahkan aksesori rak kasut berwarna rose gold. Aksesori rak kasut ini sangat praktikal dan fleksibel kerana dapat memuatkan banyak kasut di atasnya.


Kerana proses rekaan yang rumit inilah kami sukar untuk bagi 3D Visualizer luar buatkan design kabinet untuk kami. Kami perlu pastikan material yang dipilih dari supplier mana, kedudukan point lampu, saiz kabinet sesuai dengan aksesori, dan macam-macam lagi. Selain itu, bila client minta tukar design, kami boleh tukar bila-bila masa. Tak perlu tunggu orang lain buatkan dan kena extra charge untuk tukar design.

*Hasil rekaan kabinet kasut & perhiasan*

*Ruang penstoran yang sangat banyak dalam kabinet kasut dan perhiasan, best kan?*

Kami juga tak dapat buat kabinet yang direka oleh designer lain kerana kami perlu follow setiap proses design ini supaya apa yang direka menjadi realiti di site. Jadi diharap designer lain faham kenapa kami terpaksa tolak untuk buatkan kabinet you all sebab kami hanya dapat buat design kabinet kami mengikut aturan design yang kami dah buat bertahun-tahun.

Semoga apa yang dikongsi ini berguna. Kalau menarik boleh share. Doakan Ilusi HafiEzd Design dapat menghasilkan rekaan kabinet yang lebih menarik di masa akan datang!



Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com



Jangan lupa untuk melihat design portfolio kami:




Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!