Wednesday, May 25, 2011

Hadiah Terbaik

Hadiah Terbaik

Kepada KAWAN :
Kesetiaan

Kepada MUSUH:
 
Kemaafan

Kepada KETUA:
Khidmat

Kepada yang MUDA
Contoh terbaik

Kepada yang TUA:
Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada PASANGAN:
 
Cinta dan ketaatan

Kepada MANUSIA:
 
Kebebasan

Kepada ALLAH S.W.T.:
Ibadah yang ikhlas keranaNYA.

*Tiada HADIAH yang lebih berharga selain daripada NASIHAT yang baik..*

Tuesday, May 24, 2011

Kamera LEGO - Legotron, Mark I



Selepas artikel LEGO Land aku mendapat kunjungan paling ramai dalam blog ni, sekarang aku nak kongsi kegunaan blok-blok LEGO lain yang super duper smart kat dalam blog ni. Memperkenalkan, Legotron, Mark I - sebuah kamera ciptaan jurugambar bernama Cary Norton!




Kalau dah namanya *orang seni*, semua perkara seni yang dilakukan mestilah diiringi dengan daya kreativiti yang tinggi. Bermula pada Ogos 2009, beliau bercadang untuk membuat 4x5 format kamera menggunakan blok-blok LEGO. Seterusnya beliau telah bersungguh-sungguh melukis dan menyediakan spesifikasi  kamera tersebut menggunakan beberapa aplikasi LEGO dalam komputer. 




Beliau tidak mahu model tersebut hanya wujud di layar skrin komputer, sebaliknya mahu model kamera tersebut benar-benar berfungsi. Dengan menggunakan lensa 27mm, kamera tersebut akhirnya berfungsi untuk mengambil potret-potret hitam putih yang sangat klasik!



*Potret hitam putih*

Menurut Cary Norton, projek membuat Legotron, Mark I ini sudah banyak kali bertangguh dan akhirnya mengambil masa setahun lebih untuk dihasilkan.  Akibat bertangguh-tangguh juga, model kamera ini tiada ukuran yang khusus dan saiznya bergantung kepada blok-blok LEGO yang boleh memuatkan bekas filem. Beliau juga menghasilkannya secara suka-suka kerana beliau sangat suka mengambil gambar. Malah, beliau juga bukanlah true fans of LEGO. Uiks!



*Lensa & skrin paparan gambar*

Sunday, May 22, 2011

HIDUP & AJAL


Semalam aku OT (overtime) kat ofis sampai pukul 10 malam. Sibuk-sibuk tunggu render 3D dan main AutoCAD ada orang post kat Facebook pasal kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Berita lebih lanjut di sini.

Aku yang tengah buat kerja pun hilang mood sebab sedih sangat bila baca cerita macam ni. Betul orang cakap, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi ajal yang disebabkan kelalaian manusia sendiri (bina bangunan tepi lereng bukit), perkara begini memang menyentuh hati. Lagi-lagi bila tengok ada mayat-mayat yang tertimbus di bawah runtuhan tersebut. Subhanallah. Sedihnya....

Gambar sumber dari Berita Harian. Klik sini untuk gambar lagi banyak.

Al-fatihah untuk semua yang terbunuh dan takziah buat ahli keluarga mereka juga. Kita sama-samalah doa semoga mereka semua berada di kalangan orang yang beriman. Amin~

Bercakap tentang ajal, sejak akhir-akhir ni memang aku asyik ingat mati je. Masa tengah bawa kereta ingat mati, sebelum tidur ingat mati... Bila-bila rasa nak ingat tu, akan ingat juga. Aku ingat tentang mati bukan sebab aku nak mati cepat. Tapi bila aku ingat tentang mati ni, aku akan rasa nak muhasabah diri aku balik. Aku renungkan balik apa yang aku buat hari-hari, apa yang aku dah buat sepanjang hidup 26 tahun ni. Banyak ke ibadah? Banyaknya dosa dan banyak ke amal kebaikan yang dibuat untuk tebus dosa tu semua?


Malam tadi aku terpanggil untuk baca buku bertajuk "Bawa Hatimu Kepada Tuhan" karya "Amaluddin Mohd Napiah". Dalam buku ni ada tulis tentang pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya:

"Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah engkau tidur. (Namun) seperti mana engkau akan tertidur (juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula kebenaran hari kebangkitan, maka janganlah (sekali-kali) engkau cuba bangun daripada tidurmu (namun nescaya engkau akan terjaga juga daripada tidurmu), maka demikianlah juga hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu."

Friday, May 20, 2011

PENGHARGAAN



Assalammualaikum w.b.t.

Hai Blog! Apa khabar? Sunyi sepi je kan? Biarlah sunyi. Kalau bising sangat nanti orang tak mahu singgah tanya khabar. Haha. Ye ke? Pandai-pandai je saya ni. Walhal blog ni akan sentiasa saya buka hari-hari. Cuma hanya lalu melintas. Tak lalu untuk mencoret. Sorry ye...

Hari ni nak membebel puas-puas! Ha, baru kau rasa blog! Terimalah hentakan huruf-huruf keyboard komputer ni! Haha. Padan muka. Ok. Sorry. Saya sayang blog ni. Banyak *khazanah* saya kat dalam ni yang saya tak mampu buang sampai bila-bila. Baru-baru ni blogspot tak boleh buka beberapa hari, tiba-tiba ada 2 komen hilang pun saya dah sedih, apatah lagi hilang semua benda-benda yang saya pernah cerita, coret dan cuit dalam blog ni...Ya blog, saya hargai awak sebagai tempat saya membebel dan berkongsi rasa. Terus tepat perasaan diluah dari hati!



Jadi maafkan saya blog. Awak maafkan saya kan? Saya manusia yang alpa dengan kesibukan dunia. Kesibukan yang kadangkala saya lupa apa hadiahnya. Saya berjuang untuk hidup. Cari duit. Cari rezeki. Cari kegembiraan yang timbul tenggelam. Tapi akhirnya bertemu kesedihan yang melukakan. Manusia. Memang begitu. Sangat senang lupa. Makanya, kata Mahathir tu salah! Bukan hanya "Melayu mudah lupa." Tapi sifat semulajadi manusia itu sendiri, mudah lupa dengan apa yang ada di depan mata.


PENGHARGAAN 1

Saya mencari penghargaan. Penghargaan daripada mereka yang rapat dan dekat. Saya cari semua itu daripada mereka. Saya tiada niat mengungkit. Saya cari penghargaan itu daripada perbuatan. Jangan harap! Orang yang *rapat* dengan saya itu kebanyakannya hanya *rapat dalam hati* tapi nun jauh dari pandangan mata. Jadi saya mengharapkan sekurang-kurangnya ucapan penghargaan itu dengan kata-kata. Tapi akhirnya apa yang saya dapat? 



Wednesday, May 11, 2011

Konsert Opera Hidup Wings - Acoustica Bersama Superfriends


Kalau tanya kumpulan rock WINGS, siapa yang tak kenal, jangan duduk Malaysialah ye. Hihi. Selain kumpulan Search, kumpulan WINGS merupakan salah sebuah kumpulan Rock yang menjadi lagenda dalam industri muzik tempatan. Awie (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum) sama-sama mendaki puncak kegemilangan mereka bermula dengan album kedua bertajuk Hukum Karma yang dipasarkan pada penghujung tahun 1988. 1988 ialah tarikh Encik Hafiz lahir. Maka mungkin masa dalam perut mak dia, dia dah mula nyanyi lagu WINGS. Haha.


Memang niat sebenar untuk pergi ke Konsert Opera Hidup Wings ni semata-mata nak temankan Hafiz tengok secara live kumpulan kegemarannya. Sebenarnya aku pun minat juga lagu-lagu WINGS macam Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Di Ambang Wati, etc. Tapi aku rasa Hafiz lagi kenal lagu-lagu WINGS yang ada lebih 20 buah album sepanjang penglibatan mereka selama 25 tahun. Dasyat kan?

*Antara album yang best- Bazooka Penaka (Ada lagu 'Di Ambang Wati & Bernafas Dalam Lumpur)*

Kami pergi tonton konsert tersebut pada pukul 3 petang di Istana Budaya. (Nampaknya aku dah kena demam asyik pergi IB selepas Lat Kampung Boy - Sebuah Muzikal bulan lepas. Haha.) Sebelum konsert kami sempat usha-usha motor keluaran Harley Davidson kat lobi IB. Kalau dapat sebijik yang warna purple ni kan best. Hihi.

*Motor purple*


*Bergambar dengan motor-motor*

Bila dah masuk dalam dewan baru sedar yang konsert pada petang itu bukan Konsert Opera Hidup Wings - Rockestra atau konsert yang diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sebaliknya, konsert yang kami tonton tu ialah Konsert Opera Hidup Wings - Acoustica bersama Superfriends!

Nak tahu siapa Superfriends? Tengok jela poster kat bawah ni.



Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Mak!


Selamat Hari MAK, untuk Mak saya. Saya tak panggil 'Ibu', tapi panggil 'MAK'. Jadi esok hari istimewa untuk mak saya. ^_^

Kelebihan MAK Saya.
1. Ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak seorang diri. 5 daripada kami semua berjaya masuk ke universiti.
2. Menjadi Guru sejak dari tahun 1979. Bermakna sudah 32 tahun menjadi pendidik dan bakal menyambut Hari Guru juga pada 16 Mei ini. ^_^
3. Lahir pada 14 Februari 1955 dan setiap tahun akan dapat banyak hadiah daripada anak-anak, guru-guru dan anak-anak murid yang menyenangi beliau.
4. Sangat pandai membuat kek dan kuih-muih. Malah, menjadikan perniagaan menjual kek dan kuih sebagai pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan diri sendiri dan anak-anak. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah akan mengadun kek coklat, kek Carrot atau muffin yang ditempah pelanggan. 
5. Sangat sabar dan tabah, sangat rajin, sangat periang dan sangat suka bermain dengan cucu!


Terima kasih buat MAK kerana tabah membesarkan kami adik-beradik dan tak pernah sekali pun mengalah biarpun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan di dunia ini. Semoga Allah s.w.t. merahmati hidupnya dan menggolongkan dirinya di kalangan penghuni syurga. Amin~



Akhir sekali, saya tujukan lagu *Kasih Tak Bersyarat* ini untuk semua ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, dan semua yang pernah melahirkan, membesarkan dan menjaga anak-anak tanpa bersyarat. Selamat Hari Mak! ^_^