Wednesday, April 13, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal


Aku suka baca komik atau majalah humor. Masa aku kecik aku dibesarkan dengan majalah humor seperti Gila-Gila, Ujang dan kalau ada sisipan kartun di bahagian surat khabar, aku takkan terlepas baca. Antara otai-otai kartunis yang famous zaman dulu yang aku suka baca ialah Rejabhad, Ujang, Reggie Lee, Cabai dan semestinya Dato' Lat

Disebabkan sukanya aku dengan kartun-kartun *Buatan Malaysia* ni, masa studio projek 3rd Year, aku buat Muzium Lat. Masa itula aku kaji tentang latar belakang Lat dari beliau kecil sampailah beliau berjaya menjadi kartunis terkenal. Memang enjoy buat project museum ni sebab sambil buat research, sempat aku baca kartun-kartun Lat terutama kartun Kampung Boy, yang buat aku gelak sorang-sorang masa baca ceritanya.



*Haha. Tolong jangan gelak. Kerja time student ni.*

Jadi bila aku tau kartun Lat akan diangkat menjadi teater, aku yang tengok teater setahun sekali ni bersemangat memandu ke Istana Budaya untuk beli tiket. (Sampai sesat-sesat!) Sebelum pementasan bermula aku dah aim hari nak pergi tengok, iaitu 3 April, pukul 3 petang. Mula-mula aku nak beli tiket harga RM75 tapi belum mula teater, tiket dah habis dan hanya tinggal tempat duduk yang tak berapa nak best. Jadi aku beli tiket RM40 tapi tempat duduk dia betul-betul di tengah dan memang clear la dapat tengok. Huhu.


*Tu dia tiket dan buku cenderahati berharga RM15. (Yang aku mampu beli)*


Aku pergi dengan ex-studiomate aku- Lyn, officemate aku- Shu Ni, ex-schoolmate aku- Sarah dan teman lelaki dia, Farid. Tak pasal-pasal diorang ni kena saling berkenalan sebab ikut aku tengok teater. Haha.


*Dari kiri, Lyn, aku, Shu Ni & Sarah. (Farid tolong ambil gambar ya. ^_^)*

Pementasan teater yang mengambil masa 3 jam lebih ni memang best! Memang tak rugi tengok! Semua pelakon memainkan watak masing-masing dengan cemerlang. Awie memang sesuai jadi Lat sebab loghat Perak dia tu boleh pakai gakla. (Sebab baru lepas berlakon Hantu Kak Limah kan.) Atilia yang berlakon jadi isteri Lat, Faezah suara dia masa menyanyi sumpah superb! Aku pun tak sangka vokal dia mantap camtu.

Antara babak yang paling aku suka ialah bila Mrs. Hew lakonan Sandra Sodhy, menyokong minat Lat menjadi kartunis. Dia siap tolong tampal lukisan Lat kat dinding kelas. Dia juga berpesan kepada anak-anak didiknya - "Do what you love, love what you do" (DWYL & LWYD). Bagusnya ada cikgu yang menyokong minat anak-anak murid dan sebab itulah, Lat tak pernah lupakan gurunya itu.


*Dato' Lat menjemput 'Mrs. Hew' yang sebenar ke atas pentas.*

Satu lagi watak yang memberi kesan kepada pementasan teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ialah watak bapa kepada Lat lakonan Jalil Hamid. Bapa Lat adalah orang pertama yang paling menyokong Lat untuk menjadi kartunis. Sejak kecil bapa Lat menggalakkan Lat melukis dengan membawa pulang kertas untuk Lat sebab Lat suka conteng lantai dan dinding rumah! Haha. Memang asyik ketawa bila tonton babak anak beranak tu. Namun penonton bertukar emosi bila Lat mendapat tahu pemergian bapanya. Sedih je masa tu.. Uhuk..


*Para pelakon yang terbabit dengan pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal*


Ternyata teater arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar ni memang tak rugi ditonton dan kalau ada lagi sekali, mungkin aku akan ajak *geng-geng* lain pula tengok. Huhu. Props pentas sangat comel (macam dalam komik) dan lagu-lagu yang diiringi orkestra secara live buat kita yang menonton rasa nak menari. Haha.

Oh, kat luar dewan pula ada banyak kartun-kartun Lat yang boleh dijadikan latar untuk bergambar. Sempat gakla aku posing satu dua. Hihi.


*Comelkan rumah ni? Hihi.*


*Boleh baca kartun Lat juga kat luar ni.*




*Sempat bergambo kat poster Lat Kampung Boy.*

Aku memang tabik kat Dato' Lat kerana menghasilkan kartun Lat Kampung Boy kerana beliau jujur memaparkan rupa *masyarakat Malaysia* yang sebenar. Bukan semua kartunis di Malaysia yang berjaya tunjukkan realiti kehidupan rakyat Malaysia sebagaimana Lat berjaya mengintrepretasikan di dalam komik-komiknya. Teater Kampung Boy Lat Sebuah Muzikal bukan saja bahan humor atau teater untuk bergelak tawa tetapi juga pentas pertunjukan yang membantu kita memotivasikan diri dan menjadi yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan. 


*Gambar Dato' Lat yang diambil dari jauh. Nak bergambo dekat-dekat segan.*


Nak tengok gambar lagi? Klik Sini. ^_^

16 comments:

  1. @Fairus
    Kat Melaka ada pementasan teater?kalau ada teater muzikal elok g tgk.

    ReplyDelete
  2. ingatkan awak ni jenis orang serius rupanya gila gila hahaha

    ReplyDelete
  3. eeeee.bestnye dapat tengok...
    Sabah tade istana budaya. uhuk

    ReplyDelete
  4. @Naz
    Haha.Alhamdulillah saya tak gila,cuma gila-gila bersertakan *idea*,mungkin...huhu

    ReplyDelete
  5. @lemongrassbeam
    datang KL moh tgk teater.Bulan September Cuci the Muzikal pula.^_^

    ReplyDelete
  6. ouh.. designer??? great!! cita2ku suatu ketika dahulu :')

    ReplyDelete
  7. wah Gerarrd pun pergi gak, tp hari lain..patut x nampak u :P

    ReplyDelete
  8. @Gerrard
    Wah,pergi gak ke?mesti beli tiket mahal ni..hihi

    ReplyDelete
  9. aira...jelesnyaaaaaaa...nak gi gakkk...

    ReplyDelete
  10. @Dla
    lpas ni kat penerbit Teater Lat Kampung Boy kata mungkin akan buat pementasan satu Malaysia.Kalau ada kat Terengganu Dla pergilah ok.^_~

    ReplyDelete
  11. Saya menulis komen ini setelah lebih satu abad anda post pengalaman menarik ni. Saya juga peminat Dato' Lat. 3 komiknya saya beli semasa saya masih belajar. Hari ini saya search kartun2 Dato Lat untuk saya abadikan pada booth raya yang berlatarkan ilustrasi rumah Dato'Lat. Walaupun booth unit2 lain menggunakan pelbagai gambar2 canggih, saya tiba2 terpanggil untuk buat booth yang simple, fun dan ada mesej...dari Dato' Lat. Menang atau kalah nanti, saya tak kisah. Yang pasti saya dapat share mesej insan anak tempatan yang hebat ini dengan seramai mungkin rakyat Malaysia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, terbaik! Sorry saya baru baca komen ni. Memang lama dah saya tulis artikel ni. Alhamdulillah masih ada yang membaca.

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!