Sunday, February 27, 2011

Bestfriend Saya Dah Kahwin!



Tahun 2011 ni ramai sahabat aku yang akan melangsungkan perkahwinan. Bestnya orang lain murah rezeki nak kahwin, aku ni duit simpanan nak kahwin pun tak tahu tahun bila baru cukup. Huhu.

Perkahwinan sahabat aku tahun ni dirasmikan oleh bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah, Suhaida. Lama dah aku kawan dengan dia, sejak kami Darjah 1 Delima kat SK Convent Bukit Nanas 1 (CBN). Seingat aku hanya masa darjah dua kami lain kelas, yang lainnya semua belajar di kelas yang sama.


Aku rapat dengan Suhaida atau Su sebab utamanya sebab dia banyak cakap. Haha. kalau sapa kata dia pendiam memang tak kenal diala. Tapi kami paling rapat sebab kami naik bas sekolah yang sama masa aku darjah 5 dan 6 kerana kebetulan rumah kami sama-sama di area Ampang ni. Pukul 6 pagi dah kena naik bas sekolah untuk ke sekolah bawah Menara KL tu.

Banyak sangat kenangan masa sekolah rendah yang kami kongsi bersama. Biasalah, budak-budak. Main batu seremban, main getah, main baling kasut, dan semua permainan yang budak sekolah perempuan akan main. Haha. Paling kelakar masa darjah 6 kami pernah ada satu group *Sailormoon* yang selalu study sama-sama habis kelas tambahan. (Sebenarnya banyak *study sing* daripada study group kot.) Dalam group ni Su jadi Sailor Mars, aku jadi Sailor Venus. Haha. Gile kanak-kanak masa tu.


*Sailor Venus & Sailor Mars yang masih bekerja. Mungkin yang lain dah bersara kot. Haha*

Friday, February 25, 2011

Muhasabah Cinta - edCoustic


Assalammualaikum dan Selamat Menyambut Hari Jumaat- Penghulu segala hari. Hari ni aku nak kongsi lagu yang menyentuh hati bertajuk Muhasabah Cinta, nyanyian edCoustic.



Tajuk Nasyid : Muhasabah Cinta
Artis : EdCoustic
Album : Sepotong Episode


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff:

Video klip ni adalah gabungan dua filem iaitu filem Syukur 21 dari Malaysia dan Ayat-ayat Cinta dari Indonesia. Dua-dua lagu ni memaparkan keinsafan manusia yang ketika ditimpa kesakitan mereka rasa *dekat* dengan Allah.

Kebetulan malam tadi aku demam dan selsema. Aku tidur tak ingat punya sebab hidung tak selesa. Dalam keadaan sakit tu aku memang ada mengeluh sikit, tapi aku muhasabah diri aku dan ingat, sakit yang Allah beri itu mungkin sebab Allah nak ampunkan dosaku.

Kita sebagai manusia, selalulah muhasabah diri kita. Jangan ingat kesakitan itu saja ujian, tapi kesenangan dan kesihatan kita juga sebenarnya adalah ujian buat kita. Allah tu nak uji, masa senang dan sihat, kita ingat kat DIA tak? Masa kita sihat, kita beribadat untuk dia ke tak? Jadi bila masa sihat tu, jangan lupa buat *amalan extra* untuk DIA, untung-untung DIA ampunkan dosa-dosa kita yang lepas sebab DIA Maha Pemurah, lagi Maha Mengampuni.

Marilah kita *Muhasabah Cinta* kita buat DIA juga. Baiki hati kita yang kadang-kadang alpa dengan kesenangan dunia ni. Cinta milikNYA tiada tandingan, ingat kepadaNYA tiada bandingan dan perlindunganNYA penuh dengan rasa kasihan. Semoga Allah s.w.t. ada dengan kita setiap masa. Insya-Allah.