Tuesday, November 8, 2011

Dia Yang Jauh



Demam rindu orangnya tiada..
Hari kelahiranmu ucapnya dari kejauhan ini..
Mengenangmu titis air sukar ditambat mata...
Tenanglah kamu di sana...
Moga DIA menjagamu..
Dari DIA kamu datang..Kepada DIA juga kamu kembali..
Salam & Al-Fatihah....


P/s: 8.11.2011. Usia 26 tahun tak sempat kau sambut. 
Kau tahu aku rindu. Namun kau pergi dulu... 

Memori:

Orang Jauh~

Friday, November 4, 2011

Emmanuelle Moureaux


Oh, kenapa dan bagaimana nama orang France tiba-tiba boleh muncul menjadi tajuk entri saya pada kali ni? Oh, saya juga terkejut, terkesima dan terpempan tatkala saya menaip entri ini! Mata sejak tadi terpaku di skrin. Teruja lain macam. Huhu.



Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun
(Teruja la tengok bank cantik macam ni. Siang nampak cantik, malam nampak lagi cantik!)

Nawaitu pada malam ini tak mahu tulis entri tentang design. Tadi ada *link hati* dengan si dia yang bertanya, bila saya mahu update blog yang ayu dan kayu ini? Saya kata saya tak punya idea. Dia cadangkan saya tulis tentang proses-proses menulis novel. (Layakkah aku bercakap tentang novel? Gulp!) Ya, saya mengaku kami berdua sekarang sibuk menaip dan mengedit novel yang saya hasilkan lebih 9 tahun lepas. Tapi itu kisah lain. Biarlah jadi rahsia pohon cemara dulu... ^_^


Emmanuelle Moureaux bersama rekaan beliau 'Toge' yang bermaksud 'duri' dalam Bahasa Jepun. Boleh baca sini untuk info lebih lanjut.

Mari bercerita tentang Emmanuelle Moureaux, seorang arkitek kelahiran Paris namun meneruskan kerjayanya di Jepun selepas menamatkan pengajian senibina dari Universiti Bordeaux pada tahun 1995. Pada tahun 2003, beliau telah menerima sijil arkitek tertinggi dari Jepun atau First Class Architect Japanese license yang membuatkan dia membuka syarikat sendiri iaitu Emmanuelle Moureaux Architecture + Design yang berpangkalan di Tokyo. Nak baca anugerah-anugerah yang beliau dah terima, boleh baca di sini.

Siling sangat unik!

Bank Sugamo Shinkin, Tokyo, Jepun

Pintu masuk sebuah Bank. (Perompak pun tak sampai hati nak rompak sebab cantik sangat! Haha.)


Bank Sugamo Shinkin – Cawangan Tokiwadai, Tokyo, Jepun