Tuesday, May 24, 2011

Kamera LEGO - Legotron, Mark I



Selepas artikel LEGO Land aku mendapat kunjungan paling ramai dalam blog ni, sekarang aku nak kongsi kegunaan blok-blok LEGO lain yang super duper smart kat dalam blog ni. Memperkenalkan, Legotron, Mark I - sebuah kamera ciptaan jurugambar bernama Cary Norton!




Kalau dah namanya *orang seni*, semua perkara seni yang dilakukan mestilah diiringi dengan daya kreativiti yang tinggi. Bermula pada Ogos 2009, beliau bercadang untuk membuat 4x5 format kamera menggunakan blok-blok LEGO. Seterusnya beliau telah bersungguh-sungguh melukis dan menyediakan spesifikasi  kamera tersebut menggunakan beberapa aplikasi LEGO dalam komputer. 




Beliau tidak mahu model tersebut hanya wujud di layar skrin komputer, sebaliknya mahu model kamera tersebut benar-benar berfungsi. Dengan menggunakan lensa 27mm, kamera tersebut akhirnya berfungsi untuk mengambil potret-potret hitam putih yang sangat klasik!



*Potret hitam putih*

Menurut Cary Norton, projek membuat Legotron, Mark I ini sudah banyak kali bertangguh dan akhirnya mengambil masa setahun lebih untuk dihasilkan.  Akibat bertangguh-tangguh juga, model kamera ini tiada ukuran yang khusus dan saiznya bergantung kepada blok-blok LEGO yang boleh memuatkan bekas filem. Beliau juga menghasilkannya secara suka-suka kerana beliau sangat suka mengambil gambar. Malah, beliau juga bukanlah true fans of LEGO. Uiks!



*Lensa & skrin paparan gambar*

Sunday, May 22, 2011

HIDUP & AJAL


Semalam aku OT (overtime) kat ofis sampai pukul 10 malam. Sibuk-sibuk tunggu render 3D dan main AutoCAD ada orang post kat Facebook pasal kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Berita lebih lanjut di sini.

Aku yang tengah buat kerja pun hilang mood sebab sedih sangat bila baca cerita macam ni. Betul orang cakap, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi ajal yang disebabkan kelalaian manusia sendiri (bina bangunan tepi lereng bukit), perkara begini memang menyentuh hati. Lagi-lagi bila tengok ada mayat-mayat yang tertimbus di bawah runtuhan tersebut. Subhanallah. Sedihnya....

Gambar sumber dari Berita Harian. Klik sini untuk gambar lagi banyak.

Al-fatihah untuk semua yang terbunuh dan takziah buat ahli keluarga mereka juga. Kita sama-samalah doa semoga mereka semua berada di kalangan orang yang beriman. Amin~

Bercakap tentang ajal, sejak akhir-akhir ni memang aku asyik ingat mati je. Masa tengah bawa kereta ingat mati, sebelum tidur ingat mati... Bila-bila rasa nak ingat tu, akan ingat juga. Aku ingat tentang mati bukan sebab aku nak mati cepat. Tapi bila aku ingat tentang mati ni, aku akan rasa nak muhasabah diri aku balik. Aku renungkan balik apa yang aku buat hari-hari, apa yang aku dah buat sepanjang hidup 26 tahun ni. Banyak ke ibadah? Banyaknya dosa dan banyak ke amal kebaikan yang dibuat untuk tebus dosa tu semua?


Malam tadi aku terpanggil untuk baca buku bertajuk "Bawa Hatimu Kepada Tuhan" karya "Amaluddin Mohd Napiah". Dalam buku ni ada tulis tentang pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya:

"Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah engkau tidur. (Namun) seperti mana engkau akan tertidur (juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula kebenaran hari kebangkitan, maka janganlah (sekali-kali) engkau cuba bangun daripada tidurmu (namun nescaya engkau akan terjaga juga daripada tidurmu), maka demikianlah juga hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu."