Hai Blog! Apa khabar? Sunyi sepi je kan? Biarlah sunyi. Kalau bising sangat nanti orang tak mahu singgah tanya khabar. Haha. Ye ke? Pandai-pandai je saya ni. Walhal blog ni akan sentiasa saya buka hari-hari. Cuma hanya lalu melintas. Tak lalu untuk mencoret. Sorry ye...
Hari ni nak membebel puas-puas! Ha, baru kau rasa blog! Terimalah hentakan huruf-huruf keyboard komputer ni! Haha. Padan muka. Ok. Sorry. Saya sayang blog ni. Banyak *khazanah* saya kat dalam ni yang saya tak mampu buang sampai bila-bila. Baru-baru ni blogspot tak boleh buka beberapa hari, tiba-tiba ada 2 komen hilang pun saya dah sedih, apatah lagi hilang semua benda-benda yang saya pernah cerita, coret dan cuit dalam blog ni...Ya blog, saya hargai awak sebagai tempat saya membebel dan berkongsi rasa. Terus tepat perasaan diluah dari hati!
Jadi maafkan saya blog. Awak maafkan saya kan? Saya manusia yang alpa dengan kesibukan dunia. Kesibukan yang kadangkala saya lupa apa hadiahnya. Saya berjuang untuk hidup. Cari duit. Cari rezeki. Cari kegembiraan yang timbul tenggelam. Tapi akhirnya bertemu kesedihan yang melukakan. Manusia. Memang begitu. Sangat senang lupa. Makanya, kata Mahathir tu salah! Bukan hanya "Melayu mudah lupa." Tapi sifat semulajadi manusia itu sendiri, mudah lupa dengan apa yang ada di depan mata.
PENGHARGAAN 1
PENGHARGAAN 1
Saya mencari penghargaan. Penghargaan daripada mereka yang rapat dan dekat. Saya cari semua itu daripada mereka. Saya tiada niat mengungkit. Saya cari penghargaan itu daripada perbuatan. Jangan harap! Orang yang *rapat* dengan saya itu kebanyakannya hanya *rapat dalam hati* tapi nun jauh dari pandangan mata. Jadi saya mengharapkan sekurang-kurangnya ucapan penghargaan itu dengan kata-kata. Tapi akhirnya apa yang saya dapat?