Kalau tanya kumpulan rock WINGS, siapa yang tak kenal, jangan duduk Malaysialah ye. Hihi. Selain kumpulan Search, kumpulan WINGS merupakan salah sebuah kumpulan Rock yang menjadi lagenda dalam industri muzik tempatan. Awie (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum) sama-sama mendaki puncak kegemilangan mereka bermula dengan album kedua bertajuk Hukum Karma yang dipasarkan pada penghujung tahun 1988. 1988 ialah tarikh Encik Hafiz lahir. Maka mungkin masa dalam perut mak dia, dia dah mula nyanyi lagu WINGS. Haha.
Memang niat sebenar untuk pergi ke Konsert Opera Hidup Wings ni semata-mata nak temankan Hafiz tengok secara live kumpulan kegemarannya. Sebenarnya aku pun minat juga lagu-lagu WINGS macam Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Di Ambang Wati, etc. Tapi aku rasa Hafiz lagi kenal lagu-lagu WINGS yang ada lebih 20 buah album sepanjang penglibatan mereka selama 25 tahun. Dasyat kan?
*Antara album yang best- Bazooka Penaka (Ada lagu 'Di Ambang Wati & Bernafas Dalam Lumpur)*
Kami pergi tonton konsert tersebut pada pukul 3 petang di Istana Budaya. (Nampaknya aku dah kena demam asyik pergi IB selepas Lat Kampung Boy - Sebuah Muzikal bulan lepas. Haha.) Sebelum konsert kami sempat usha-usha motor keluaran Harley Davidson kat lobi IB. Kalau dapat sebijik yang warna purple ni kan best. Hihi.
Bila dah masuk dalam dewan baru sedar yang konsert pada petang itu bukan Konsert Opera Hidup Wings - Rockestra atau konsert yang diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sebaliknya, konsert yang kami tonton tu ialah Konsert Opera Hidup Wings - Acoustica bersama Superfriends!