Beberapa hari ni, mood malas aku nak buat kerja makin bertambah. Padahal semalam dah genap setahun bekerja kat company ni. Sengal aku ni. Mungkin satu sebab pembukaan minggu ni agak tak best untuk aku. Ohps! (Ejaan Oh + Ops= Gedik!) Minggu aku bermula pada hari Selasa. Sebab aku masuk kerja hari Isnin pukul 1, so tak kira sangatlah hari Isnin tu. Huhu.
Apa aku bebel panjang ni? Sorry. Seperti yang dijanjikan, di sini aku menceritakan kisah Pinjaman PTPTN dan Ujrah yang agak *hot* dibicarakan di FB aku hari Selasa yang lalu. Sebelum mengutuk menceritakan dengan lebih lanjut, sesiapa yang nak baca ayat skema daripada PTPTN pasal Ujrah, boleh klik sini.
Ok, secara ringkas dan jitu aku terangkan, Ujrah ni ialah cara pembayaran balik pinjaman yang mengurangkan kos pentadbiran atau upah 3% bayaran kepada 1% daripada jumlah pinjaman PTPTN kita dahulu. Kiranya PTPTN nak buat baik kat kitalah. Dulu kita kena bayar 3% *bunga*, sekarang bayar upah diorang *ikhlas* bagi pinjaman 1% je. (Selamba aku beritahu, 3% dan 1% tu lebih kepada *bunga* daripada *upah* sebab dah kata pinjaman daripada kerajaan, takyahlah nak caj lebih. Uiks.)