Showing posts with label Tips-Tak Tipu Tau. Show all posts
Showing posts with label Tips-Tak Tipu Tau. Show all posts

Tuesday, April 25, 2017

Pemasangan Kertas Dinding / Wallpaper di Alam Impian, Shah Alam



Setelah lama menanti akhirnya kami berkesempatan untuk memasang Kertas Dinding atau wallpaper yang paling unik dan cantik! Wallpaper bercorak geometrik ini dinamakan Grandeco Botanical Moroccan Tile Pattern. 

  *Warna yang dipilih*



 *Warna lain*


 *Warna lain*

Wallpaper ini telah dipasang di rumah pelanggan kami di Alam Impian, Shah Alam. Pelanggan kami ingin menerapkan konsep *Moroccan* di Ruang Famili beliau. Jadi kami cadangkan wallpaper berwarna terang ini untuk menaikkan seri ruang tersebut.


Tinggi dinding ini adalah lebih 20 kaki maka kami terpaksa menyewa Scalfolding sekali untuk memasang wallpaper tersebut. Huhu. Sebanyak lebih kurang 6 rolls wallpaper diperlukan untuk dinding tersebut dan bila dicampur kos pemasangan dan scalfolding lebih kurang RM2700 SAHAJA. Murah ke tak murah?


 *Corak lain yang dipasang*

Jika anda berminat untuk memasang wallpaper ini sila hubungi kami di ILUSI HAFIEZD DESIGN ya.

 *Hasilnya!*

Saturday, February 11, 2017

3D dan Realiti - Rekabentuk Dalaman


Salah satu cara Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer membentangkan design kepada pelanggan adalah dengan menggunakan imej 3D Visual. Kalau dahulu, Perekabentuk Dalaman menunjukkan design melalui hand sketch atau lakaran. Tapi sekarang, kebanyakan designer perlu tahu menggunakan perisian 3D atau 3D software supaya hasil perbentangan lebih jelas dan menarik.
3D visual dapat menunjukkan efek warna, material, pencahayaan dalam ruang dan yang paling penting, susun atur dalam ruang dalaman tersebut. Antara software 3D yang selalu digunakan oleh pereka dalaman atau Interior Designer ialah 3D Studio Max, SketchUp dan InteriCad.

Alhamdulillah kebanyakan 3D visual yang Ilusi Hafiezd Design hasilkan berjaya menjadi realiti. Client pun puas hati sebab apa yang mereka nampak daripada 3D visual boleh jadi 75% sama di site.
Tips menghasilkan 3D visual yang boleh menjadi realiti:

1. Perlu faham construction dan carpentry works. Kena tahu sama ada apa yang kita design itu LOGIK atau boleh tak dihasilkan oleh contractor atau carpenter. Dalam situasi ini, kita perlukan pengalaman di site semasa proses construction dan cabinet installation dijalankan.

2. Pilih material dan perabot yang betul-betul ada di pasaran dan apply ke dalam 3D. Ada banyak jenis material di Malaysia dan kita boleh dapatkan imej material (dalam JPEG), download daripada website atau minta daripada supplier material dan kemudian apply ke dalam 3D.
Untuk perabot pula, pilih model designer furniture sebagai perabot dalam 3D. Kebanyakan 3D model perabot boleh download daripada website 3D model secara percuma. Jika client mahu menggunakan perabot mereka yang sedia ada, hormat pilihan mereka dan cuba sebaik mungkin modelling semula perabot itu ke dalam 3D.


3. Perlu faham penggunaan jenis lampu dan pencahayaan dalam 3D visual. Basic lightings yang kami gunakan ialah downlight, concealed lighting dan sun light. Kalau boleh, dapatkan arah matahari sebenar di site sebelum mengaplikasikan sun light.
Untuk downlight dan concealed lighting pula, pilih ambience sama ada white, warm white atau yellow. 3 jenis ambiences ini akan menentukan effect ruang dalaman sebenar nanti.

4. Pilih contractor atau carpenter yang faham cara kerja kita dan dapat bekerjasama dengan kita. Komunikasi dengan contractor dan carpenter adalah sangat penting supaya mereka faham apa yang kita mahukan. Selain itu, dua orang penting ini juga perlu faham 3D visual dan drawings kita supaya apa yang kita visualisasikan dapat menjadi realiti.


Pengalaman dalam industri Rekabentuk Dalaman ini mengajar kami bahawa 3D Visual dan drawings sangat penting demi memastikan proses renovasi berjalan lancar. Kami sentiasa perlu meyakinkan client supaya invest sedikit untuk 3D Visual dan drawings demi mendapatkan design yang berkualiti dan boleh menepati citarasa mereka.

Monday, August 15, 2016

Hiasan Dekorasi Kondominium (Pre-deco)


Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi proses Hiasan Dekorasi untuk Kondominium D'pines, Ampang. Insya-Allah hari Khamis ni team Majalah Impiana nak datang photoshoot. Sebab tu excited sangat nak share!

Sebenarnya kami dah buat pre-deco sebelum hari raya yang lalu. Tapi client kami nak buat house warming minggu ni, jadi alang-alang kita photoshoot sekali. Doakan berjaya ya.

Cik Abang tolong susun bunga. Melentik jari! Haha

Susunan Bingkai gambar (belum lengkap!)

Jadi mari kami kongsikan gambar-gambar menarik untuk tatapan semua. Nanti hari photoshoot kita share lagi!

Bingkai lukisan yang dibeli dari Paris!

Susunan Bingkai gambar.

Hiasan Meja Konsol

Sebenarnya dalam proses dekorasi ni, kita tak boleh deko suka-suka. Perlu dititik beratkan juga jenis-jenis barang dekorasi, skema warna, susunan perabot dan jarak susunan barang-barang dekorasi. Kami juga memilih item-item *designer* atau pilihan pereka untuk mendapatkan sentuhan ruang yang eksklusif dan bergaya. Jadi apa yang membezakan antara pereka hiasan dekorasi dengan mak-mak yang buat deko ialah *professionalisme*!

Cantik tak dapur ni?

Breakfast Table design seperti dalam  3D visual!

Ruang tamu dengan Designer Rug dan designer chair mengikut skema warna!

Jika anda memerlukan sentuhan dekorasi rumah yang nampak lebih professional boleh hubungi kami di email ilusihafiezd@gmail.com . Insya-Allah kami akan cuba merealisasikan impian rumah idaman anda dengan bajet anda. Terima kasih!



Tuesday, July 26, 2016

Dapur Designer


Alhamdulillah dah siap renovation untuk rumah mak di Shah Alam. Terutama renovasi dapur baru!
Walaupun buat dapur untuk rumah mak sendiri, kami masih mengekalkan ciri-ciri *designer kitchen* untuk design dapur di Dry Kitchen dan Wet Kitchen. Nak tau apa perbezaan Designer Kitchen dengan *typical kitchen*?


1. Instead of using concrete table top (usually proposed by contractor), we are using QUARTZ Stone table top. Daya ketahanan sama, kos berbeza dan semestinya Quartz stone lagi cantik. Hehe.

2. Walaupun menggunakan material Melamine untuk pintu kabinet, bucu melamine dibalut ABS edging yang kemas berbanding aluminium edging. Selain itu, kami juga tak suka handle jadi kami sorok handle dengan memotong 45 darjah bucu panel melamine.

Bucu Melamine dipotong 45 darjah

3. Designer Kitchen must be equipped with Kitchen Accessories! Alhamdulillah boss sudi sponsor aksesori untuk Tall Unit - Tandem Pull-out Basket, Pull-out basket & Dishrack. Semua aksesori ni anda boleh beli dari GLANZ . Barulah dapur nampak *grand*! 






😁
Kadang-kadang orang tak faham kenapa perlunya berhabis duit buat kabinet pasang siap (baik beli IKEA je? LOL). Tapi sebenarnya kabinet dapur pasang siap ni adalah salah satu pelaburan penting bila beli / renovate rumah. Nak masak, nak simpan barang dan jaga kebersihan rumah kenalah ada tempat simpan barang yang bersih kan? Tambahan kabinet dapur pasang siap lagi tahan lama berbanding kabinet biasa.

Jika ada pertanyaan tentang kabinet dapur boleh email ke email: ilusihafiezd@gmail.com. Kita tolong bagi tips apa yang termampu. Tapi nak bagi diskaun harga tu bukan kerja kita ya. Sebab kita designer, bukan tukang buat kabinet. 
😂

Tuesday, July 19, 2016

Instagram for Designers


Dalam banyak-banyak social media yang ada, Instagram adalah salah satu apps yang paling aku suka. Instagram bukan hanya berfungsi untuk selfie, edit gambar jadi cantik dan *stalk* selebriti tapi sebaliknya boleh membantu dalam mengembangkan bisnes dan untuk designer, boleh explore design satu dunia!

Aku ada dua akaun Instagram, satu akaun personal untuk share benda personal dan follow orang tertentu. Satu lagi ialah Instagram untuk company Ilusi Hafiezd Design. Dulu Instagram tak benarkan untuk buka dua akaun dalam satu masa tapi sekarang alhamdulillah boleh tukar-tukar akaun mana nak view dalam satu masa. (Tak perlu login banyak kali)

Ini tips untuk Designer macam mana nak explore Instagram sama ada untuk tengok design atau kembangkan bisnes.

1. Buka satu akaun Instagram khas untuk *Design Portfolio* anda. JANGAN campur adukkan akaun personal dengan portfolio. Aku tengok ada sesetengah designer letak gambar anak, gambar makanan tapi dalam masa yang sama nak promote design sampai kena public kan semua aktiviti personal. Tak bagus tu. Bila ada akaun khas untuk design portfolio, anda boleh gunakan akaun itu untuk follow hanya akaun Instagram designer lain dan Instagram tu akan jadi sangat menarik bila scroll

2. Gunakan *hashtag* yang sesuai dengan topik carian anda. Contoh kalau anda 3d Visualizer, gunakan ‪#‎3d‬ ‪#‎3dvisual‬ ‪#‎sayajual3d‬. Kalau Graphic Designer ‪#‎grafik‬ ‪#‎graphicdesign‬. Kalau Interior Designer ‪#‎interiormalaysia‬‪#‎hiasandalaman‬ ‪#‎rekabentukdalaman‬. Seeloknya gunakan ejaan Bahasa Melayu sebab target Client orang Malaysia. Bukan Australia atau Uganda. Heh.

3. Nak save gambar tanpa print screen? Senang je. Install apps lain bernama *Instasave*. Dulu ada apps yang best ni icon warna coklat, tapi apps tu dah takde. 

 Jadi ada satu lagi apps icon warna biru nama InstaSave juga. Nak save atau download gambar tak perlu copy link, hanya perlu *Likes* gambar di Instagram, pergi ke apps dan download gambar-gambar yang kita dah Likes tu. Senang sangat!
4. Jangan Spam Instagram orang! Macam kita tengok manusia-manusia gedik dalam Facebook yang tak habis-habis spam bahagian komen dengan produk atau barang jualan, samalah macam Instagram. Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang tag kita kat gambar yang takde kena-mengena. Block je terus akaun-akaun ni!

Apa yang akak tak suka Instagram ni ramai sangat manusia hipokrit yang nak kejar followers sampai sanggup follow-unfollow akaun orang. Jangan pelik kalau hari ni followers kita 1000, esok jadi 999 pulak. Haha.

Kesimpulannya jangan kejar followers tapi kita perlu target tepat kepada sasaran Client yang betul dan akaun Instagram yang betul-betul berminat dengan servis atau bisnes kita. Caranya? Gunakan ‪#‎hashtag‬!

Harap tips-tips ni membantu. Sambil tu silalah follow instagram @ilusihafiezd yang dah ada 1000 lebih followers tu. Haha. Boleh klik: 

Wednesday, November 6, 2013

Realiti Perkahwinan - Pasangan Terbaik


Selamat Menyambut Tahun Baru Muharam 1435 Hijrah.

Sekejap je kan dah tahun baru. Tahun ni berlalu dengan begitu pantas dan sekejap je dah setahun aku kahwin. Oh, lepas tu dah ada anak! (Hooray!) Sekejap je aku dah kerja di company yang aku baru kerja tahun lepas, dan minggu lepas aku dah berhenti.(Erk) Seriously, macam banyak sangat benda dah jadi dalam tempoh setahun kan?

*Our Family.1 Year Wedding Anniversary* 

Aku malas nak cerita panjang pasal pekerjaan aku. (Because now I'm jobless. Quite *freaking out* but I know Allah's plan's better. Right?) Disebabkan aku seronok dah kahwin lebih setahun jadi aku nak taip panjang-panjang pasal life perkahwinan yang *real* punya, untuk aku kongsi dalam blog aku ni.

Realiti perkahwinan sangatlah berbeza dengan kehidupan dalam drama atau novel. (Terutama novel terbitan Alaf 21 yang jalan ceritanya hampir sama je - Pasangan kahwin *terpaksa*, pastu suami atau isteri *ego*, pastu kisah cintan-cintun suami atau isteri masa nak pikat pasangan masing-masing. Hello, where are the reality of marriage, exactly?) Aku dah lama banned novel-novel macam tu sebenarnya tapi baru-baru ni terlayan cerita *Love You Mr. Arrogant dengan mak aku. Pastu mak aku suruh aku baca novelnya. Erm... Aku rasa drama lagi best daripada novel kot sebab aku suka cara pelakon tu berlakon kot... So, enough said...



Realiti perkahwinan sebenarnya bergantung kepada pasangan masing-masing. Semua orang tahu, pasangan kita bukanlah sempurna dan takde perkahwinan yang *perfect* dalam dunia ni. Jadi aku nak kongsi ciri-ciri pasangan yang patut best, kalau-kalau korang nak cari calon suami atau isterilah. Kalau nak cari... Hihi...

Menjaga Agama


Well, aku rasa ni benda basic. Semua orang nak pasangan yang menjaga agamanya. Tahu solat, jaga aurat, etc. Terus-terang suami aku dan aku sendiri taklah *sempurna* dalam hal ni. Nak kata solat jemaah hari-hari memang taklah. Lagi-lagi bila ada anak ni. Nak solat dan makan pun selalu kena ikut turn. Erk. 

But alhamdulillah, suami aku jenis yang mengingatkan aku solat. Kalau pagi, waktu subuh dia kejut dan tarik tangan aku perlahan-lahan, takut anak terjaga lagi. Pastu kalau tudung aku tersingkat sikit dia tolong tarikkan kasi labuh tutup dada. Dia tolong ingatkan aku, aku tolong ingatkan dia kalau aku alpa. Itu sudah cukup bagi aku. Insya-Allah.

Jadi aku tak rasa kita patut cari atau kahwin dengan golongan *ustaz* saja, untuk jaga agama kita kan?

Penyokong Terbaik (Good Supporter)

Sejujurnya, orang yang hidup sekeliling aku memang tak ramai yang selalu support apa aku buat. Even mak aku pun kadang-kadang kurang yakin dengan aku. Boleh ke anak dia ni masak, boleh ke anak dia ni bawa kereta dan yang paling latest, boleh ke anak dia ni dapat kerja? Aku tak salahkan mak aku sebab dia yang lahirkan dan kenal kita sejak kecil, kan? Dia yang ajar kita jalan, nampak kita jatuh pastu cedera kat lutut dan kita nangis. Mungkin sebab tu confident level mak aku untuk menyokong penuh tindakan aku tu *kureng* sikit la kot.

Tapi suami aku... Dia memang penyokong terbaik. Bila aku kata aku nak berhenti kerja, nak buat kerja freelance, dia bagi sokongan 100%. Bila aku tak dapat kerja lepas pergi 2 interview dia bagi kata-kata semangat beserta doa supaya aku tak down lama sangat. Tambahan lagi, suami aku juga yang bagi sokongan kat aku supaya masak untuk dia hari-hari. Seronok je dapat buatkan sarapan untuk dia sebelum dia pergi kerja macam pagi tadi. (Senyum) 

Aku memang suggest korang cari suami atau pasangan yang dapat bagi confident level korang tinggi. Walaupun dah jatuh tapi dia macam tolong *sambut* balik supaya tak jatuh terus. Pasangan yang boleh jadi supporter dan motivator buat kita bukan saja boleh baiki mood kita malah boleh jadikan kita terus positif untuk meneruskan kehidupan yang sangat mencabar sekarang ni. Huhu. 

Boleh Bekerjasama

Pasangan suami isteri mesti boleh bekerjasama dalam melakukan banyak benda supaya perkahwinan tu nampak seimbang. Bila tinggal satu rumah, macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama. Aku tak boleh bayangkan kalau aku dengan suami aku terpaksa hadap *PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh* macam sesetengah pasangan lain. Kadang-kadang memang aku serba-salah sikit ajak suami aku pindah dan kerja di KL. Tapi aku rasa, kalau kami jauh dan jumpa hari minggu je lagilah payah. So, aku sangat bersyukur kami dua-dua ni bekerja dalam sektor swasta dan tak terikat dengan mana-mana company hingga kena PJJ. (Semoga yang PJJ tu bertabahlah ye... erm)

Seronok sangat bila dapat buat kerja rumah bersama dengan pasangan kita tau. Bila pasangan kita ringan tulang tolong kita buat kerja rumah sikit taklah kita rasa terbeban nak hadap semua. Rasanya selepas kahwin ni terlalu banyak benda yang aku buat dengan suami aku sama-sama. Sidai kain, masak, mandikan dan jaga anak, pasang kabinet dan meja, shopping, layan movie online, etc. 

Lebih bagus bila kami dapat bekerjasama dalam bisnes *ILUSI-HAFIEZD* kami. Alhamdulillah selepas setahun lebih kami kahwin dah lebih 5 projek kami handle sama-sama dan berjaya collect lebih 10 ribu untuk belanja tambahan kami. Kalaulah kami tak bekerjasama buat freelance ni, memang tak dapatlah kami bayar deposit rumah yang kami baru sewa dan beli barang-barang keperluan asas macam peti sejuk dan mesin basuh. Huhu.

Susah Senang Bersama

Like I said before, married life isn't always perfect. Kehidupan berkeluarga sekarang cabarannya agak berbeza dengan zaman dulu. Rasanya dulu memang ok kalau isteri jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi sekarang ni bila tengokkan keadaan ekonomi yang tak stabil, isteri yang dulunya suri rumah pun dah kena buat part time jaga anak orang atau jual barang online. Erk. Lagi-lagi selepas pilihanraya, kami yang kononnya kuat *membangkang* ni terpaksalah hadap juga tempias harga *Barang Naik* akibat ada orang kurang cerdik pergi undi *BN* tu. Pfft... Susah dan mencabar sungguh bila harga barang makin naik, gaji je yang tak naik-naik!

Maka kehidupan suami isteri mestilah boleh ditempuh jika sanggup bersusah senang bersama. Jika korang mendapat pasangan yang memang sejak lahir anak orang kaya, pastu belajar oversea, pastu lepas grad terus kerja di company besar, agak-agak boleh ke dia kenal erti kesusahan untuk *survive*? Yup, marriage is also about two person that have to survive in real life. Demi menjadi survivor anda berdua mestilah rela dan redha untuk susah senang bersama


Aku harap suami aku tak kesah makan apa saja yang aku masak, waima hanya sebiji telur. Tak kesah bawa kereta Viva aku yang dua-dua pintu dah cedera, satu kena spray, sebelah lagi calar kena tiang parking kat Vivahome. Tak kesah dapat balik Melaka sebulan sekali, sebab kadang-kadang bajet tak cukup. Aku harap dia tak kesah hidup dengan aku yang selalu susahkan dia juga... Erm...

Penyabar

Kalau kita adalah seorang yang *angin* atau *baran*, carilah pasangan yang penyabar. Semestinya ini amat penting! Seperti perumpamaan, "api tak boleh bertemu api, jika tak makin maraklah nyalaannya. Namun seeloknya biarlah api bertemu air, supaya terpadamlah panasnya." (Sorry, berbelit sikit ayat perumpamaan aku. Inilah akibat dah lama sangat tak menulis!)

Kita memerlukan pasangan yang penyabar terutamanya bila anak kita menangis atau ajak main pukul 1 pagi. (Sengih-sengih pulak tu!) Lalu pasangan kita yang dah tidur kenalah bersabar tolong dukung anak kita sampai dia nak tidur. Pasangan kita juga perlu bersabar bila kita *angin*, roti jala tak berapa nak jadi jalanya sebab api kuat sangat. Sampai pasangan kita tu lambat makan sarapan dan tengah hari. (Pengalaman yang menguji kesabaran suami semalam. Kui kui.)


Asam garam dalam kehidupan rumah tangga, jatuh naik, ujian datang tak pernah diduga, yang penting perlu sama-sama kuat dan selalu berdoa kepada yang Esa, agar dipermudahkan semuanya. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman dan realiti kehidupan aku sendiri. Takde niat nak menunjuk ke apa. Kalau orang nak baca, bacalah. Kalau tak nak takpe. Sebab ni blog aku, in the future mungkin aku boleh jadikan bahan bacaan sebab kenapa aku boleh berjaya kahwin dengan suami aku lebih setahun. Hihi.

Last but not least, aku nak share quotes yang aku reka sendiri sejak subuh tadi. Haha.


Hadapilah realiti, teruskan berdoalah moga hari-hari yang mendatang lebih baik berbanding hari-hari yang kelam di masa silam. Wassalam

Friday, December 14, 2012

Perbezaan antara Interior Designer dan Interior Decorator


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang senyap bertapa selama beberapa purnama ini. Tuan punya blog macam biasa sangat sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Tambahan bila dah ada *orang baru* ni. Hihi.

Entri tentang Perbezaan antara Interior Designer dan Interior Decorator ni memang dah lama aku nak tulis. Disebabkan sekarang ni ramai yang menghubungi aku tak kira melalui email atau panggilan telefon dan SMS untuk bertanyakan tentang servis Interior Design yang aku tawarkan. Ada yang nak tanya pendapat tentang susunan perabot, design bilik kanak-kanak, material dapur dan banyak lagilah. Ada juga yang bila nak gunakan khidmat interior design consultant atau penasihat pereka dalaman mereka, cakap punyalah pung-pang-pung-pang (bunyi kompang bertalu), demand nak buat itu ini. Semua nak glamour. Bila sebut harga terus kata mahal dan ada yang *senyap membisu* terus. Macam-macam kerenah orang ramai ni. Sabar ajela. Maka di dalam blog ni aku terangkan dengan lebih jelas mengenai bidang kerjaya aku - Interior Designer atau Pereka Dalaman dan perbezaannya dengan Interior Decorator atau Penghias Dalaman.


*Perbezaan jelas Interior Designer dan Interior Decorator. Klik untuk imej lebih besar*

Sebenarnya ramai yang guna istilah Interior Designer tapi mereka tersalah faham bahawa kerja Interior Designer ni hanya menghias rumah, susun perabot dan pasu-pasu bunga, pilih cat, gantung lampu, etc. Aku tak salahkan korang sebab salah faham tentang bidang ni. Kadang-kadang puncanya ialah media massa macam rancangan TV - Deco Bersama Eric, Casa Idaman, etc. Bila tengok rancangan tu macam *senang* je kerja Interior Designer ni kan. Sampai aku pergi hospital, aku sakit dan stress sebab kerja, doktor yang rawat aku boleh tanya, "Sibuk sangat ke kerja Interior Designer ni?" Erk???

Inilah masalah masyarakat yang hanya tahu tentang kerjaya sendiri je lantas menyebabkan mereka ni macam tak hormat atau respect kerjaya orang lain. Aku tak kata semua macam tu. Ada sesetengah golongan yang bekerja dalam bidang professional memang rasa kerja merekalah yang paling hebat dan sibuk dalam dunia! (Siapa kata kerja cikgu senang? Aku pernah jadi guru ganti sebulan tau...Erk... Tiba-tiba...)

Secara jelas Rekaan Dalaman atau Interior Design adalah:


"Seni dan sains dalam memahami tingkah laku manusia untuk mewujudkan ruang yang berfungsi dalam bangunan."

*Interior Design Consultation*

Manakala Dekorasi Dalaman atau Interior Decoration adalah:

"Penyediaan perabot dan bahan-bahan atau menghiasi ruang dengan perkara-perkara yang bergaya atau cantik". 

*Interior Decorator Advice*



Baiklah, di bawah ni aku senaraikan perbezaan antara kerja Interior Designer dan Interior Decorator.


Taraf Pendidikan


Interior Designer atau Pereka Dalaman adalah bidang kerjaya yang memerlukan kami mempunyai taraf pendidikan tertentu dan latihan formal sebelum dapat masuk ke dalam bidang ini. Sebelum ini aku pernah tulis artikel tentang Belajar Bidang Seni Reka Dalaman (Interior Design). Jadi kepada sesiapa yang nak belajar bidang ni boleh rujuk di dalam artikel tersebut.

Di Malaysia, Interior Designer memerlukan sekurang-kurangnya Diploma untuk bekerja di ID firm atau Syarikat Pereka Dalaman. Hal ini disebabkan kerana kerjaya ini memerlukan kepakaran dalam space planning (susun atur dalam ruang), drawings (lukisan pelan bangunan, detail perabot, pelan siling dan lampu, etc), pemilihan material seperti fabrik dan wallpaper, rekaan perabot, construction atau pembinaan dan banyak lagi.Taraf pendidikan ini juga penting kerana semasa belajar, Interior Designer telah dilatih supaya melakukan kajian, analisis dan menggabungkannya dengan kreativiti yang mereka ada dan dilatih dengan pelbagai kemahiran sebelum boleh masuk ke dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

*Ada ilmu membaca plan dan drawing!*

Interior Designer perlu mengaplikasikan kreativiti dan penyelesaian teknikal mereka kepada pengubahsuaian struktur supaya berfungsi dengan baik, menarik, selesa dan berguna kepada orang yang mendiaminya. Rekabentuk dan ubahsuai tersebut juga perlu mematuhi undang-undang yang dikenakan terhadap pemilik bangunan atau premis (selalunya untuk projek komersial) dan bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut.

Selain itu, kerjaya Interior Designer memerlukan kami tahan *lasak* (tahan kena marah, tahan debu, tahan mata tengok site kelam-kabut, dll) dan mempunyai banyak kemahiran untuk bertahan lama dalam bidang ini. Tambahan sekarang ini syarikat-syarikat amat mementingkan kepakaran dalam menggunakan komputer kerana banyak kerja kami mahu kami reti guna software untuk design macam 3Ds Max dan AutoCad. Terus-terang, kalau anda tak banyak skill memang susah sangat nak survive dalam bidang ni ditambah kesungguhan dan kerajinan untuk belajar sesuatu yang baru. (Contohnya - Turun ukur site, present design depan client, kenal material, dll)


Sebaliknya, Interior Decorators atau Penghias Dalaman tidak memerlukan apa-apa kursus atau latihan formal kerana Interior Decorators lebih terarah menjadikan sesebuah ruang itu nampak cantik dan *sedap mata memandang*. Namun, ada juga kursus-kursus pendek yang Penghias Dalaman boleh ambil seperti kursus pembuatan perabot dan jahitan untuk menambahkan skil mereka. 

Interior Decorators juga tidak terbabit dalam renovations atau ubahsuai ruang atau structural planning atau perancangan struktur dalam ruang bangunan. Selalunya Interior Decorators hanya boleh mula *bekerja* setelah semua kerja Interior Designer dah habis dan mereka akan mula melakukan dekorasi demi mencantikkan ruang tersebut.



Kelayakan


Di sesetengah negara, golongan professional perlu lulus dalam peperiksaan dan berdaftar dengan persatuan atau pertubuhan sebelum mereka layak bergelar professional. Begitu juga di Malaysia, golongan professional seperti doktor, jurutera, arkitek dan lain-lain perlu mengambil peperiksaan sebelum mendapat gelaran seperti Dr. , Ir. dan Ar. Setahu aku, Pereka Dalaman atau Interior Designer di Malaysia telah diangkat sebagai bidang professional sejak tahun 2006. 

Walau bagaimanapun, Pereka Dalaman atau Interior Designer yang ingin mendapat taraf professional kalau tak silap aku kena ada pengalaman lebih 10 tahun dan berdaftar dengan pertubuhan rasmi Interior Designer di Malaysia. Dua pertubuhan besar Pereka Dalaman tersebut ialah Malaysian Society of Interior Designers (MSID) yang telah bergabung dengan Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia (IPDM) menjadi Malaysian Interior Industry Partners Association (MIID) atau Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (PPDM).

Lain halnya dengan Interior Decorators yang langsung tidak memerlukan apa-apa kelayakan atau sijil untuk menjalankan bisnes mereka. Sayangnya kebanyakan orang masih menganggap kelayakan Interior Designer adalah sama dengan Interior Decorators tanpa memahami perbezaan ketara kedua-dua bidang ini.

Skop Bidang Kerja


Skop bidang kerja antara Interior Designer dan Interior Decorator mempunyai sedikit persamaan namun skop kerja Interior Designer beribu kali lebih luas berbanding Interior Decorators. Skop kerja Interior Designer merangkumi susun atur pelan lantai yang membantu mereka bentuk dan mengubahsuai ruang dalaman bangunan. Bermula daripada merangka pelan lantai hinggalah meletakkan susun atur bahan-bahan untuk mencantikkan ruang semuanya dilakukan oleh Interior Designer . Di sini boleh dilihat bahawa kerja Interior Designer  bukan hanya mencantikkan sesebuah ruang itu malah mereka juga menjadikan sesebuah ruang itu berfungsi dengan baik.