Friday, July 13, 2018

Rekaan Lampu Terkini / New Lighting Design


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Di hari Jumaat yang mulia ni marilah akak kongsikan rekaan lampu yang terkini untuk anda semua. Mana tahu perkongsian ni boleh bantu anda beli lampu untuk rumah banglo masing-masing nanti. Aamiin


Kebetulan beberapa bulan lepas kami habiskan hampir RM700 beli lebih 10 lampu untuk rumah client di House of Lighting, Puchong. Kedai ni memang famous dengan harga lampunya yang sangat murah, tapi nak dapat parking agak bercinta juga. Heh.



*Kedai Lampu House Of Lighting, Puchong*


So kalau nak beli lampu ni kenalah rancang bajet anda. Kalau rumah baru, check berapa lighting point yang ada, jenis ceiling, jenis ruang dan warna lampu apa yang kita nak.


*Lihatlah betapa banyak lampu di kedai ini. Rambang mata dibuatnya. Heh*

Contohnya kalau nak pasang downlight, kalau ada plaster ceiling boleh beli downlight yang jenis tanam dalam ceiling. Kalau concrete slab, belilah yang exposed atau terkeluar daripada ceiling.


*Jenis-jenis downlight. Standard size selalunya orang guna 4"*


Boleh pilih nak warna yellow, warm white atau cool white. Atau boleh pilih yang jenis 3 colours ni. Petik sekali warna yellow, tutup, petik balik jadi warm white dan begitulah seterusnya. Kiranya kita akan dapat 3 ambience dalam satu ruang. Best kan? Harga lampu 3 colour ni minimum RM21 dan kalau beli downlight seeloknya beli harga RM20 ke atas. (Yang lagi murah cepat rosak, so kena beli satu set baru.)


*Modern Pendant Light - Suitable for Living & Dining*


Ok, masuk hal pendant light pula, kena pandai pilih yang moden dan praktikal. Zaman sekarang orang dah tak pakai lampu ceiling mounted (Boleh tengok gambar yang akak share.) Sebabnya yang ceiling mounted tu susah nak bersihkan dan serangga senang masuk. Pilihlah lampu yang mentolnya murah, senang dibeli dan ditukar.


*Jenis Ceiling Mounted - Lampu yang agak sukar ditukar*

*Design Pendant Lamp yang terkini. Sesuai untuk Dining atau Breakfast Table area*




Lampu Chandelier pula jangan beli kalau rumah kita silingnya rendah dan bukan konsep English atau glam. Lagipun lampu Chandelier ni susah nak bersihkan melainkan anda ada orang gaji tolong gosok hari-hari. Heh.


*Boleh pilih pendant lamp begini untuk menggantikan Chandelier. Lebih mudah dibersihkan dan up to date.*


Lampu dinding atau wall light pula janganlah pilih yang ada casing kaca corak bunga-bunga. Nak moden, pilih yang simple dan mentolnya senang ditukar. Maklumlah lampu di tangga, kena bijak pilih ya. (Boleh tengok gambar-gambar design lampu yang updated & outdated.)


*Design Wall Light yang terkini. Ada ciri-ciri Hipster sedikit*


*Design Wall Light yang juga boleh dijadikan deco di dinding.*


*Design Wall Light yang outdated*

Sekali lagi disyorkan, kalau ada bajet lebih, upahlah Interior Designer untuk buatkan Lighting Plan supaya anda dapat merancang berapa biji lampu yang perlu dibeli dan merangka susunan lampu, kipas dan aircond dalam rumah.

*Contoh Reflected Ceiling Plan atau Lighting Plan yang kami sebagai Interior Designer Buat*

Semoga apa yang dikongsi memberi manfaat. Doakan bisnes Ilusi HafiEzd Design terus maju dan ekonomi Malaysia ok lepas pilihanraya ni. Aamiin

#ilusihafiezddesign
#InteriorDesigner
#LightingTips
#DesignerLighting

No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!