Showing posts with label Hiasan Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Hiasan Dalaman. Show all posts

Friday, July 8, 2022

Projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman Rumah - Aman Putri, Sungai Buloh

Assalamualaikum.

Minta maaf baru berkesempatan untuk update blog. Hidup sangat sibuk sejak Malaysia dah takde PKP. Alhamdulillah masih ada projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman atau Interior Design yang company kami dapat.

Kali ni nak kongsikan projek ID di Aman Putri, Sungai Buloh. So far ini projek ID paling jauh kami pernah buat. Kebetulan client ni ialah junior saya di UIA. Jadi disebabkan hubungan baik kami sebagai junior & senior, saya usaha sehabis baik siapkan projek ni hingga selesai.

Rekaan dalaman rumah ni sangat unik sebab ada banyak 'features' atau elemen menarik di ruang yang berbeza. Disebabkan client kami ni memang belajar Interior Design sama macam saya, jadi beliau sukakan sesuatu yang lain daripada lain supaya 'fit' with her designer's taste.

Ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih

Client sukakan stail industrial & rustic, jadi beliau mahu gunakan ventilation block di kawasan balkoni & ruang penghadang mesin basuh atau laundry area. Raw element  daripada stail tersebut juga ditambah di bahagian batu-bata yang tidak perlu plaster, cuma dicat dengan warna putih supaya tekstur bata kelihatan jelas dari luar.

Laundry Area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih

Pemandangan dari luar ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih

Pemandangan dari belakang laundry area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih

Laundry Area / Ruang Dobi

Satu lagi elemen atau karektor unik dalam rumah ini ialah tingkap ram atau folding louvers yang kami pasang di bahagian depan tingkat bawah. Louvers windows ini kami gabungkan dengan grille dengan rekaan floral yang client pilih coraknya sendiri. Hasilnya memang menarik kerana louvers yang nampak seperti kayu sebenarnya diperbuat daripada besi.


Window Louvers digabungkan dengan grille bercorak florak dari pandangan luar

Window Louvers dibuka & dilipat separuh dari pandangan dalam ruang tamu

Window Louvers ditutup penuh dari pandangan dalam ruang tamu

Sebenarnya sebelum menghasilkan semua rekaan ini, kami telah menyediakan 3D Visual untuk beberapa ruang di dalam rumah seperti Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur & Bilik Tidur Utama. Jadi daripada 3D Visual tersebut client dapat visualize design rumah terlebih dahulu & kami juga sertakan Interior Design Drawings sebagai rujukan kontraktor & carpenters sebelum memulakan renovasi rumah.


3D Visual Living Area/ Ruang Tamu


3D Visual Kitchen Area/ Ruang Dapur


Hasil rekaan Ruang Dapur yang hampir sama dengan 3D Visual

Design yang paling mencabar untuk rumah ini semestinya ialah Ruang Dapur kerana ruangnya yang tidak begitu luas & hanya muat untuk dapur kering atau Dry Kitchen. Namun mujurlah client gemar memasak menggunakan Thermomix, maka client tidak memerlukan dapur yang terlalu besar untuk memasak.


Jubin bercorak di Ruang Dapur

Rekaan dapur juga sangat menarik disebabkan corak jubin yang dipilih oleh client. Jubin dengan corak ini diaplikasikan di ruang lantai dan sedikit di bahagian backsplash dapur. Kabinet dapur pula menggunakan material pintu melamine yang digabungkan dengan quartz kitchen top berwarna putih. Hasilnya memang mengagumkan kerana corak jubin digabungkan dengan tona warna kabinet dapur yang cerah nampak ringkas & kemas.






Aksesori Corner Revolving Saucer

Bilik Tidur Utama juga direka dengan almari baju & meja solek. Nak bagi lebih berseri, kami turut menambah wallpaper atau kertas dinding di bilik tidur utama & bilik anak perempuan.





Kami nak ucapkan terima kasih kepada client kami Ku Shazwani yang sangat baik & mudah untuk berkomunikasi sepanjang proses menyiapkan ID rumah beliau. Tambahan projek ini mengambil tempoh yang terlalu lama disebabkan kilang carpenter kami terlalu sibuk menyiapkan tempahan yang tertangguh disebabkan PKP.


Kami sentiasa berdoa untuk dapat client yang baik hati & mempunyai kewangan yang kukuh untuk buat Interior Design di rumah mereka. Kami memang terpaksa memilih client yang betul-betul mampu buat ID supaya dapat membayar pekerja-pekerja dan suppliers yang terlibat dalam setiap projek ID syarikat kami.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


























Thursday, January 27, 2022

Kompilasi Rekaan Bangku / Bench Design oleh Ilusi Hafiezd Design


Bangku pasang siap atau bench sangat sesuai dijadikan perabot tambahan di dalam ruang rumah. Antara ruang yang boleh ditambah bangku ialah ruang bawah tangga, ruang pintu masuk rumah, ruang dapur, bilik tidur, balkoni dan juga di tepi bahagian tingkap.

Bench with storage cabinet at entrance. (Projek TTDI Grove, Kajang)

Bangku atau bench ini juga boleh dijadikan tempat duduk tambahan dalam ruang-ruang tersebut. Boleh tambahan kusyen dengan ketebalan sekurang-kurangnya 3" supaya bangku selesa untuk diduduk.

Bench at Dry Kitchen. (Projek 1080 Residence, Kajang)

Rekaan bench ini juga boleh digabungkan dengan kabinet lain seperti kabinet kasut dan meja belajar. Selalunya di bawah bench akan ada tempat penyimpanan lain supaya bench lebih praktikal dan kemas.

Bench at Staircase (Taman Sri Mas, Hulu Langat)

Tahun 2015 kami pernah buat 3 jenis bangku yang berbeza untuk projek di Sunway Cheras. Bench di dapur design lain, family area & master bedroom semua konsep lain-lain.

Bench at Master Bedroom in White Spray Paint (Projek Sunway Cheras)

Bench at Kitchen in Melamine, Fabric Cushion, Veneer Brick & custom lighting. (Projek Sunway Cheras)

Bench at Family Area in Melamine (Projek Sunway Cheras)

Kami ada 3 projek rumah teres di Serene Heights, Bangi. Semua 3 rumah kami buat bench di bahagian kabinet kasut di Foyer. Semua design hampir sama cuma lain material fabrik dan warna.

Bench with Shoe & Display Cabinet at Foyer (Projek Serene Heights - Begonia)

Bench with Shoe Cabinet at Foyer (Projek Serene Heights - Acacia)

Bench with Shoe & Display Cabinet at Foyer (Projek Serene Heights - Acacia)

Bench paling besar kami buat adalah di Elmina Green, Shah Alam pada tahun lepas. Bench ni semua structure bawah tangga dan stor pakai melamine. Di belakang bench ada ruang untuk display barang dan di sebelahnya pula adalah ruang stor. Cushion pun kami tempah besar, nak baring pun boleh.


Kami juga pernah buat bench di bahagian outdoor balcony, di D'pines Condo, Ampang. Bench ni rustic sikit sebab gabungan kayu, cement & vent block. Client gunakan area ni untuk buat Barbique atau jamuan keluarga.


Latest project kami buat bench untuk ruang makan di 1080 Residence, area Dry Kitchen. Tapi client tak letak lagi meja area tu so nampak macam pelik bench tu di Dry Kitchen.


Kami memang suka buat bench sebab selain ada tempat duduk tambahan, boleh ada extra storage underneath the bench. Lepas tu nak buat bench ni perlukan sekurang-kurangnya 2 sub-cons. Carpenter & kena tempah orang lain buat kusyen.

Bench with Book Cabinet at Foyer (Projek Pelangi Heights, Mantin)

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Wednesday, June 2, 2021

12 Tahun sebagai Pereka Dalaman

Assalamualaikum & Hi.

Alhamdulillah. Tanggal 1 Jun 2021 semalam genaplah 12 tahun saya berkerja sebagai Pereka Dalaman atau Interior Designer. Saya pernah bekerja di beberapa syarikat ID sebalum memulakan perniagaan sendiri sejak tahun 2014.

Bila melihat semula semua hasil projek oleh syarikat saya dan suami, Ilusi Hafiezd Design terus terimbau kembali segala kenangan kami menguruskan projek reka bentuk dalaman untuk pelanggan-pelanggan kami.

Setiap projek adalah hasil design & drawings kami berdua dan tak terikat kepada satu jenis konsep. Kami juga mampu menghasilkan reka bentuk yang versatil dan kekal lama atau 'timeless'. Pengalaman kami menguruskan setiap projek, monitor site, dealing with clients, buat deko dan segala hal berkaitan membuatkan kami belajar banyak tentang bisnes ID.

Saya sangat gembira bila melihat kebanyakan design kami berwarna-warni, praktikal dan menepati kehendak client. Ramai client yang senang dengan khidmat ID kami dan berpuas hati dengan hasil design rumah mereka Alhamdulillah.

Jadi di blog ini saya akan share sedikit info mengenai setiap projek yang kami hasilkan sejak 2014 hingga 2021.



1. Sunway Cheras Project
Projek ini adalah projek pertama company kami yang hasilkan pada tahun 2014. Projek rumah teres 3 tingkat ini merangkumi ubahsuai keseluruhan satu rumah. Apa yang menarik tentang projek rumah ini ialah setiap tingkat mempunyai Kabinet TV & Bangku atau Bench dengan design dan konsep yang berbeza. Tingkat paling atas yang merupakan bilik tidur utama direka dengan konsep Inggeris atau English Concept dimana setiap kabinet menggunakan material spray paint dan digabungkan dengan wall panelling & wallpaper.



2. TTDI Groove, Kajang Project
Projek ini adalah projek yang kami hasilkan pada tahun 2015. Projek rumah teres 2 tingkat corner lot ini juga merangkumi ubahsuai keseluruhan satu rumah. Untuk rekaan rumah ini kami banyak design bahagian siling dengan rekaan yang 'grand' dan eksklusif. Rekaan siling di ruang makan sangat tinggi dan direka dengan lapisan siling bersama lampu gantung yang berjuntaian jatuh ke bawah. Menariknya baru-baru ini client sekali lagi panggil kami untuk makeover atau deko semula rumah dengan rekaan yang baru supaya menampakkan kelainan setelah 5 tahun tinggal di rumah tersebut.


3. D'Pines Condominium, Ampang
Projek yang dihasilkan pada tahun 2016 ini adalah projek kondominium pertama oleh Ilusi Hafiezd Design dan projek paling mahal yang kami pernah buat. Rekaan rumah sangat unik, siling bercorak hexagon, ruang balcony direka dengan bench dan planter box dan setiap ruang mempunyai kabinet pasang siap yang lengkap. Rumah ini juga pernah tersiar di Majalah Impiana dan menjadi cover depan majalah tersebut.


4. Taman Jati Indah, Shah Alam
Rumah ini sebenarnya ialah rumah mak saya sendiri yang kami siapkan pada tahun 2016. Rumah ini adalah rumah satu tingkat yang mempunyai banyak penambahbaikan kerana kondisi rumah yang banyak kerosakkan dan terlalu lama. Rekaan exterior atau luar rumah dihasilkan oleh suami saya dengan idea kami bersama. Mak saya turut merancang sendiri susun atur rumah supaya menepati kehendak beliau. Kami juga menemani beliau memilih barang construction sendiri seperti tiles, aksesori bilik air dan langsir supaya beliau berpuas hati dengan rekaan rumahnya. Selain ubahsuai rumah, kami juga terpaksa menguruskan proses submisson drawings kepada pihak majlis yang sangat sukar dan mencabar akibat sikap birokrasi pihak PBT. Alhamdulillah kini mak saya bahagia dan sudah mendiami rumah ini lebih 5 tahun sejak pencen daripada menjadi Guru Besar.


5. Dayang Beauty Secret Office Showroom Project
Projek Dayang Beauty Secret Office Showroom ini antara projek komersial yang kami hasilkan. Konsep design sangat feminin, sesuai dengan identiti dan perwatakan pemilik jenama Dayang Beauty Secret sendiri, Puan Tun Nurul Huda. Kombinasi warna merah jambu dan emas dijadikan warna tema reka bentuk dalaman office showroom ini. Projek ini siap pada tahun 2017 dan kami turut membantu client membuat dekorasi tambahan untuk setiap ruang ofis.


6. Vista Mahogani, Kajang Project
Konsep rekaan dalaman untuk projek kondominium ini adalah tema Inggeris atau English concept namun digabungkan dengan warna biru laut yang lembut. Warna biru laut dijadikan elemen tambahan disebabkan pemilik rumah merupakan pengumpul cengkerang dari laut dalam. Kabinet TV direka khas bersama ruang pamer atau display yang dijadikan tempat meletakkan barang-barang perhiasan mengikut saiz barangan itu sendiri. Selain mengubahsuai ruang tamu dan ruang makan, kami juga menambah kabinet di ruang dapur basah yang sempit di belakang. Kami seronok membuat deko untuk rumah ini kerana berpeluang shopping perabot, barang deko dan lukisan sendiri mengikut bajet yang client sediakan.

7. Bandar Tun Hussein Onn Project
Projek ubahsuai ini pada asalnya hanya melibatkan ruang keluarga dan bilik tidur utama sahaja. Namun setelah memasang lantai vinyl dan wallpaper di tingkat atas, client berminat untuk memasang material yang sama dengan corak yang berbeza di tingkat bawah pula. Projek ini agak menarik kerana kabinet yang dihasilkan mempunyai dwi-fungsi. Storage cabinet di Family Area ini juga dijadikan study table dan book cabinet, manakala TV cabinet di Master Bedroom juga berfungsi sebagai kabinet menyangkut pakaian.


8. Taman Kelab Ukay, Ampang Project
Ini adalah salah satu projek dekorasi yang kami hasilkan beberapa minggu sebelum hari raya pada tahun 2018 untuk rumah yang sudah didiami di Ampang. Client mempunyai masalah dalam space planning rumah disebabkan 'terbeli' dua buah sofa yang agak besar dan tidak menepati saiz ruang sedia ada. Jadi selain membuat deko dan memasang wallpaper, kami juga membantu client menyusun semula ruang sedia ada dengan perabot lain. Kami telah menambah designer chair, designer lamp, designer rug dan beberapa item dekorasi yang lain supaya menjadikan ruang nampak lebih bergaya dan kemas.


9. Bandar Seri Putra, Bangi Project
Proses design dan ubahsuai rumah banglo ini mengambil masa selama setahun untuk siap. Kami hanya mereka bentuk bahagian dalaman rumah, membuat kabinet dan beberapa bahagian ID lain manakala bahagian renovasi lain diuruskan oleh kontraktor yang dilantik oleh pemilik rumah. Kos renovasi mencecah sehingga RM250 ribu, antara kos tertinggi renovasi yang kami dapat walaupun job scopes kami hanya bahagian ID. Antara ruang menarik di rumah ini selain dapur yang berharga lebih RM80 ribu ialah ruang bilik kucing. Boleh baca artikelnya dengan klik di sini.



10. AVL & Ilusi Hafiezd Design Showroom Project
Setelah bertahun-tahun bekerja dari rumah, akhirnya kami berpeluang mempunyai pejabat dan showroom sendiri. Alhamdulillah kami telah diberi peluang berkolaborasi dengan ex-boss saya di AVL Interior untuk membuka Interior Design Showroom di Setia Ecohill Taipan, Semenyih. Showroom ini direka bentuk oleh kami dan melibatkan idea daripada pihak AVL juga. Terdapat 3 set dapur, dapur pulau, 2 set almari pakaian dan 2 kabinet TV di dalam showroom yang menggunakan pelbagai material. Apa yang best, kos kabinet dan deposit sewa dibiayai oleh boss dan kami hanya perlu menanggung beberapa item tambahan dalam kos renovasi. Walau bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19, showroom ini belum siap sepenuhnya tapi insya-Allah selepas habis PKP, anda boleh datang jika berminat untuk buat ID dengan kami ok. Boleh baca perjalanan renovasi showroom di lik ini & ini.



11. Acacia Serene Heights, Bangi Project
Rumah ini adalah rumah keempat yang kami berjaya ubahsuai di kawasan perumahan Serene Heights, Bangi. Selain client sangat baik, projek ini sangat menarik kerana konsep warna tema yang berbeza di aplikasikan di setiap ruang dalam rumah. Ruang tingkat bawah bertemakan warna biru, turquoise dan warna neutral. Bilik tidur utama pula dengan tema biru dan kelabu. Bilik anak bertemakan warna kegemaran anak client iaitu hijau manakala satu lagi bilik bertemakan warna merah jambu. Walaupun rumah hanya dijadikan sebagai weekend house, tapi client sanggup melaburkan wang untuk membuat dekorasi keseluruhan rumah bersama-sama dengan kami. Hasil ubahsuai dan deko rumah ini bagi kami sangat menarik dan elegan, lantas menjadi antara projek yang menjadi kegemaran kami.


12. Taman Tasik Semenyih Project
Di celah-celah keributan pandemik Covid-19, kami berjaya menyiapkan projek ubahsuai rumah di Taman Tasik Semenyih ini dalam tempoh lebih kurang 3 bulan iaitu dari bulan Ogos 2020 hingga Oktober 2020. Sebaik PKP 1.0 berakhir, kami cepat-cepat memulakan proses renovasi rumah Semi-D yang berusia 7 tahun ini dan hasilnya agak memuaskan. Antara rekaan yang menarik adalah Kabinet TV yang turut dijadikan penghadang atau divider antara ruang tamu dengan ruang makan. Selain mendapat kerjasama yang baik daripada pihak client, alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan renovation tanpa banyak masalah yang crucial. Boleh tengok di Facebook kami bagaimana kami makeover rumah ini daripada rumah lama dan menjadikannya lebih praktikal dan cantik.



13. Elmina Green Project
Projek ubahsuai rumah ini bermula sebaik PKP 2.0 berakhir dan baru siap sebelum bulan puasa 2021. Rumah ini adalah rumah rakan sekolah rendah saya di SK Convent Bukit Nanas 1 dahulu. Kebanyakan idea design adalah daripada rakan saya sendiri dan suaminya seorang graduan senibina. Tema warna rumah kelabu bersama wainscoting dan wallpaper di bahagian ruang tamu dan ruang makan menjadikan ruang nampak elegan dan moden. Ruang dapur pula telah direka dengan gabungan material melamine bertekstur textile dan kayu gelap, diterangi pula lampu LED Strips bersama kitchen porcelain top.




I'm proud with all my design, I'm thankful to all my clients that keep their trust to hire me as their designer, I appreciate the people that support me & thanks to Allah swt for HIS blessings & guidance towards this journey.

Terima kasih atas sokongan anda semua. More Interior Design project coming soon by Ilusi Hafiezd Design. Insya-Allah 💜