Assalamualaikum.
Minta maaf baru berkesempatan untuk update blog. Hidup sangat sibuk sejak Malaysia dah takde PKP. Alhamdulillah masih ada projek Reka Bentuk Hiasan Dalaman atau Interior Design yang company kami dapat.
Kali ni nak kongsikan projek ID di Aman Putri, Sungai Buloh. So far ini projek ID paling jauh kami pernah buat. Kebetulan client ni ialah junior saya di UIA. Jadi disebabkan hubungan baik kami sebagai junior & senior, saya usaha sehabis baik siapkan projek ni hingga selesai.
Rekaan dalaman rumah ni sangat unik sebab ada banyak 'features' atau elemen menarik di ruang yang berbeza. Disebabkan client kami ni memang belajar Interior Design sama macam saya, jadi beliau sukakan sesuatu yang lain daripada lain supaya 'fit' with her designer's taste.
Ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih
Client sukakan stail industrial & rustic, jadi beliau mahu gunakan ventilation block di kawasan balkoni & ruang penghadang mesin basuh atau laundry area. Raw element daripada stail tersebut juga ditambah di bahagian batu-bata yang tidak perlu plaster, cuma dicat dengan warna putih supaya tekstur bata kelihatan jelas dari luar.
Laundry Area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah sebelum dicat putih
Pemandangan dari luar ruang balkoni dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih
Pemandangan dari belakang laundry area dipasang dengan ventilation block & batu bata merah selepas dicat putih
Laundry Area / Ruang Dobi
Satu lagi elemen atau karektor unik dalam rumah ini ialah tingkap ram atau folding louvers yang kami pasang di bahagian depan tingkat bawah. Louvers windows ini kami gabungkan dengan grille dengan rekaan floral yang client pilih coraknya sendiri. Hasilnya memang menarik kerana louvers yang nampak seperti kayu sebenarnya diperbuat daripada besi.
Window Louvers digabungkan dengan grille bercorak florak dari pandangan luar
Window Louvers dibuka & dilipat separuh dari pandangan dalam ruang tamu
Window Louvers ditutup penuh dari pandangan dalam ruang tamu
Sebenarnya sebelum menghasilkan semua rekaan ini, kami telah menyediakan 3D Visual untuk beberapa ruang di dalam rumah seperti Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur & Bilik Tidur Utama. Jadi daripada 3D Visual tersebut client dapat visualize design rumah terlebih dahulu & kami juga sertakan Interior Design Drawings sebagai rujukan kontraktor & carpenters sebelum memulakan renovasi rumah.
Design yang paling mencabar untuk rumah ini semestinya ialah Ruang Dapur kerana ruangnya yang tidak begitu luas & hanya muat untuk dapur kering atau Dry Kitchen. Namun mujurlah client gemar memasak menggunakan Thermomix, maka client tidak memerlukan dapur yang terlalu besar untuk memasak.