Wednesday, December 28, 2011

Bulan Perkahwinan


Bulan November dan Disember ni memang boleh digelar sebagai *Bulan Perkahwinan*. Boleh dikatakan setiap minggu aku terpaksa ambil cuti pada hari Sabtu sebab nak datang kenduri dan ada juga yang terpaksa ditolak jemputannya sebab terlalu banyak majlis dalam satu hari.

Bermula akhir November, dua orang budak sekolah menengah aku kebetulan kahwin pada hari yang sama. Kebetulan juga dua-dua kahwin di Negeri Sembilan jadi aku terpaksa menggunakan *driver import* dari Melaka untuk teman aku ke sana. Memang banyak ujian masa nak pergi tu dan salah satu ujiannya ialah tayar aku pecah masa kat Jalan Kuala Pilah. Sabar jela. Alhamdulillah masa nak balik tu perjalanan ok dan dapat satu pengajaran yang tak diduga... (Pengajaran apa? Adala... Hihi. ^_______^)

*Nurul Nadiah dan Saiful Hisham*
(26 November 2011)

Majlis Perkahwinan pertama ni ialah majlis kahwin sahabat baik aku masa sekolah menengah - Nadiah. Dulu kami berkawan baik 4 orang tapi sekarang tinggal 3 orang je sebab seorang lagi dah MIA. Haha. Walaupun terpaksa menempuh ujian sepanjang perjalanan, (kebetulan masa sampai hujan lebat pula, habis baju basah!) Tapi alhamdulillah dapat juga datang kenduri dia sebab Nadiah ni memang sahabat yang setia dengan aku. Walaupun jarang jumpa, tapi tak pernah lost contact dan kalau contact tu memang banyak cerita boleh dikongsi. Apa-apa pun tahniah Nadiah. Memang eloklah jodohnya orang Kuala Pilah, lepas tu bertugas di Hospital Kuala Pilah bersama-sama pula. Orang kata apa, 'jodoh orang dekat'? Heh.


*Geng kembar- Laila dan Laily bersama pengantin - Mashitah*
(26 November 2011)


Mashitah atau Machit ni kawan satu kelas dan satu dorm dengan aku di sekolah menengah aku dulu. Memang ramai budak sekolah aku kahwin pada hari yang sama hari tu tapi aku baik dengan dua orang ni je. Takde kerja aku nak tawaf satu Negeri Sembilan nak pergi majlis semua orang. Haha. Machit ni rajin pergi kenduri kahwin semua orang dan boleh dikatakan dia ada connection dengan kebanyakan budak sekolah kami. Mungkin sebab itulah majlis dia paling ramai orang datang. Kot. ^_~

*Sempat bergambar dengan Aina dan bakal ibu- Farhana / Paan*


*Pasangan Erni Dekritawati Yuliana dan Khamarul*
(4 Disember 2011)


Perkahwinan pada bulan Disember pertama yang aku hadir ialah Majlis Perkahwinan Rita atau Erni (masa sekolah kami panggil dia Erni) dan Khamarul. Rasanya sesetengah orang tahu siapa Erni ni. Aku tak mahu ulas panjang pasal background family dia sebab aku kenal dia masa sekolah rendah di Convent Bukit Nanas 1 dulu sebagai kawan sekelas. Nak kata rapat tu bolehlah juga sebab walau aku dah pindah sekolah menengah lain pun Friendster dan Facebook dia aku ada. Dia ni memang langsung tak sombong dan happy-go-lucky masa aku kenal dia dulu. Alhamdulillah dia dah jumpa jodoh yang terbaik dan harap dapat jaga dia lepas ni. Amin~


*Antara CBNer yang aku sempat jumpa hari tu. 
Kredit gambar: Hanim*

Apa yang seronok pasal wedding Erni ni ialah aku dapat jumpa kawan-kawan sekolah rendah aku yang aku dah lama tak contact. Wah, happy sungguh! Aku ingat aku ni dah tak dikenali sebab aku sekolah sampai darjah 6 je kat CBN tu. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang ingat aku. *Wink wink*. Seronok sangat sebab dapat jumpa Farhana, Hanim, Ain Razlin, Liyana Borhan dan Suhaida yang aku memang baik juga masa sekolah rendah dulu. Memori sungguh!


*Perkahwinan Amanina dan Zul Akmar*
(11 Disember 2011)

Amanina atau Nina ni lagi seorang bestfriend aku masa kat CBN dulu. Alhamdulillah dengan dia pun tak lost contact. Mungkin sebab kami memang rapat sangat kot masa sekolah dulu. Kalau nak diingat balik banyak jugalah kenangan-kenangan manis kami masa sekolah dulu. Tak sangka sekarang dia dah jadi isteri orang. Huhu. Semoga jodohnya dan Zul kekal hingga ke syurga. Amin~

*Perkahwinan Nasrul dan Hafsah*
(17 Disember 2011)

Oh, sebenarnya bulan Disember ni abang aku kahwin juga! Sebab tulah aku sibuk tak pasal-pasal takleh update blog. (Huh, alasan semata-mata! Hihi.) Abang aku nikah dan resepsi sebelah perempuan di Merlimau, Melaka pada 10 haribulan manakala majlis pihak lelaki dia Dewan MPAJ, Kuala Lumpur. 

Pada hari majlis abang aku tu juga dikejutkan dengan kehadiran anak saudara aku yang baru. Tak sangka sehari sebelum tu kakak aku yang sarat mengandung punyalah sibuk tolong sediakan doorgift dan tup tap tup tap esoknya dia lahirkan seorang anak lelaki bernama Adam Muhammad. Syukur alhamdulillah. Happy sungguh mak aku, dapat menantu dan cucu pada bulan yang sama. Ewah...

*Saya bersama anak saudara baru dan lama - Adam dan Hani.*


*Perkahwinan Asyraf dan Aswasimah*
(23 Disember 2011)

Majlis Asyraf dan Aswasimah atau As ni ialah majlis perkahwinan terakhir aku pergi pada bulan Disember 2011 ni kot. Memandangkan As ni *sahabat dunia akhirat* aku (baca entri ni untuk tahu kisah lanjut) maka aku dengan bersungguh-sungguh telah menaiki kereta api dari KL Sentral ke Butterworth. Lepas tu As ambil aku dan kawan-kawan balik ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah. Memang tabah menaiki kereta api sebab waktu pergi kami tak dapat naik koc *katil*, kenalah duduk selama lapan jam dalam kereta api tu. Tapi masa balik memang best la bila dapat tidur lena atas katil. (Siapa tak pernah naik kereta api silalah cuba ya. ^_^)

*Bunga di atas hantaran ni ialah hasil tangan saya. Last minute punya kerja alteration kot. Haha*


Sebenarnya ada juga rasa sayu dan terharu bila As kahwin. Huhu. Maklumlah, dah lebih 6 tahun kami bersahabat. Dulu masa kat UIA ada benda nak kongsi selalu datang bilik dia atau dia datang bilik aku. Kami juga pernah sebilik semasa tahun pertama di UIA Gombak. Dari Taaruf Week di matrik hinggalah tahun akhir kami belajar Degree dia rapat dengan aku. Walau dah bekerja ni pun, boleh dikatakan tap-tiap bulan aku telefon dia. Haha. Tak sangka dia dah jadi *isteri* orang dah! Cepat sungguh masa berlalu. Huhu.

*Bersama Roommates pertama di UIA Gombak - Nazihah, As dan Lyn*

Untuk pengetahuan semua, As dan Asyraf ni bertemu jodoh lebih kurang disebabkan *pilihan keluarga*. Memang comel pasangan ni sebab dua-dua malu-malu lepas nikah. Haha. Mesti seronok diorang ni bila *bercinta* selepas kahwin dan aku doakan juga perkahwinan mereka penuh dengan limpahan rahmat daripadaNYA dan kekal hingga ke syurga. Amin~

Aku doakan semua sahabat-sahabat aku yang berkahwin sepanjang tahun ni berbahagia hingga ke syurga. Amin.. (Bukan setakat anak cucu je tau. Huhu.) Di kesempatan ni juga, nak minta maaf kalau ada kenduri yang tak dapat datang. Tahun depan pun terpaksa limit nak pergi kenduri kahwin orang. Sebab utamanya nak simpan cuti dan satu lagi nak jimat duit. Haha. Al-maklumlah, tahun depan giliran aku pula. Insya-Allah. ^_____^


Doakan kami murah rezeki nak nikah tahun depan. Kami dua-dua tengah usaha buat freelance dan kerja extra nak cari duit sekarang ni. (Pasrah je buat freelance orang tipu, tak bayar. Uhuk.)

Sekian saja entri blog saya pada hari ini. Wassalam.




21 comments:

  1. jgn lupa jemput bila buat kenduri...Insya Allah kak syima doakan yg terbaik utk ezd ok...AMIN...

    ReplyDelete
  2. TAHUN DEPAN NAK NIKAH YE.. PILIHLAH 12.12.12 ;)

    ReplyDelete
  3. oh, tahun depan :). Bagitau awal2 ek, org jauh kalau waktu mengizinkan, nk pegi jugak :)

    ReplyDelete
  4. wah banyak betul kenduri. amy rasa kita ni sebaya la sbb bila aira kata aira sama kelas dengan salah seorg pengantin kat atas ni, amy tau dah. Nanti bila time Aira, jangan lupa jemput amy tau:)

    ReplyDelete
  5. kak ez!! cepat la kawen!! nak jadi pengapit, hahahaha!

    ReplyDelete
  6. @kak Syima
    amin~
    tq Kak Syima..Insya-Allah Kak syima mesti masuk list tetamu punya.dont worry.

    ReplyDelete
  7. @fairus
    12.12.12.
    tu hari Rabu la bang...takdenya nak nikah tgh2 minggu..haha

    ReplyDelete
  8. @one two..
    Insya-Allah...kalau sampai kad tu,kalau sempat datang ok...

    ReplyDelete
  9. @Kimmy Kazuma
    Oh,ye ke?selama ni kita sebaya ke?haha..insya-Allah..nanti kita kahwin kita jemput ya..huhu

    ReplyDelete
  10. @Wanita Bertudung Hitam
    haha..Sorryla Dye..dah ada calon lain jd pengapit..jd *pengepit* leh?haha

    ReplyDelete
  11. pengepit pon tade hal la..haha! ala gurau je, sapa la sy nak register jadi pengapit akak...tu pic ngan cik abg yg last tu, amboi muka dia, penuh konfiden ala2 doktor gitu

    ReplyDelete
  12. wahhhhh..banyaknye jemputan..rita tu pun kwn aira rupanya..dla dah berkurangan dah kot jmputan sbb ramai yg dh kawen..hehe..InsyaAllah, nt turn aira pulak..Amin^^

    ReplyDelete
  13. cuti sekolah kan... =)

    selamat tahun baru dik..

    ReplyDelete
  14. @d_LA
    TQvM dear..Kite pun doakan jodoh d_LA pun dipermudahkan..amin~

    ReplyDelete
  15. @Pondok Usang

    Selamat Tahun baru Bang. ^_^

    ReplyDelete
  16. muka korg sama! ezd ng hafizsham..

    ReplyDelete
  17. memanggggg bulan perkahwinaaaannn la sgt hahahah...

    ada org yang beria sgt ni nk kawin...

    eh salah tu dh bln january hahah :P

    ReplyDelete
  18. Mcmana nak hubungi sis? Mine 012-2609699

    ReplyDelete
  19. Saya perlukan khidmat nasihat ttg dekorasi rumah. Harap sis blh bantu.tq-rafidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya contact sis atau sis boleh email saya di ilusihafiezd@gmail.com

      Delete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!