Akhirnya....
Oh, akhirnya habis juga aku edit gambar-gambar design terbaru salah sebuah rumah client company aku - AVL Living Concept. Rumah client ini terletak di area Villa Manja, Sunway SPK Damansara, Bandar Manjalara, Kuala Lumpur.
Setelah berhempas-pulas design berbulan-bulan, stay di ofis buat kerja lebih masa, akhirnya siap juga rumah client yang baik hati ni. Tak perlulah aku bagitau nama dia. Cuma aku dengan bos dua-dua setuju yang client ni antara client yang terbaik kami pernah dapat - kurang cerewet dan sangat senang melangsaikan bayaran atau easy to complete payment. (Sebab selalu sangat dapat client orang kaya, tapi payment susah nak bayar. Sengal betul!)
*Gallery Area - Design yang tak approve.*
Untuk rumah client ni, aku design hampir 60% daripada keseluruhan ruang dalaman rumah ini. 3 ruang yang aku design awal-awal kena reject jadi ex-officemate aku, Shu Ni yang ambil alih design tu. Uhuk...
*Gallery Area - Siling aku je yang approve. Huhu.*
Inilah realiti designer, takkan semua yang kita design orang suka waima kita suka. Aku paling suka buat rumah ni satu sebab client baik dan yang keduanya bos construct design exactly macam 3D yang aku design. Woaah!
Tak percaya, cuba tengok design di bawah ni ya... ^___^ (Gambar atas 3D, gambar yang bawah yang dah siap atau gambar yang kiri 3D, yang kanan yang dah siap.)
*Dry Kitchen in Acrylic Door & Solid Surface Top*
*Wet Kitchen in Acrylic Door & Solid Surface Top*
*Family Area- TV Cabinet in Melamine Doors*
*Brother's Room - Sliding Door Wardrobe in Sticker Glass & Melamine Door.
Study Table also in Melamine*
*Master Bedroom - Bedhead & Side Table in Laminate & Spray Paint finish*
Dalam banyak-banyak ruang yang aku design aku paling suka design bilik anak perempuan client ni. Aku seronok tengok bilik ni sebab bedhead yang aku design tu bos pilih warna fabrik dan wallpaper yang exactly aku pilih. (Walaupun harga wallpaper tu superb expensive, demi merealisasikan design aku, bos terpaksalah ikut. Huhu.)
*Bedhead in Wallpaper & Fabric. Side table in Melamine & Laminate Finish. Wardrobe in Laminate, Glass & Melamine Door.*
*Study Table in Melamine Top & Spray Paint Doors finish. Book Cabinet in Melamine & Glass Shelves.*
*Study Table in Spray Paint & Aluminium Leg. Book Cabinet in Membrane Press & Glass Door*
Sebagai designer aku sangat happy sebab dapat tengok design hasil idea aku sendiri berjaya dihasilkan walaupun kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku buat ni logik ke tak. Haha. Kerana itu, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada bos aku yang merealisasikan design yang aku buat tanpa mengubah banyak material yang aku proposed dalam 3D aku sebelum ni.
*Muka Designer yang gembira rumah dah siap design. Haha.*
Nak tengok lebih banyak design? Silalah melawat Facebook company aku:
P/s: Tolong *Like* juga ye. Terima kasih. ^____^
KENAPALAH DULU SAYA TAK BELAJAU JADI PEREKA.. MINATLAH.. ;)
ReplyDelete@Fairus
ReplyDeleteJangan dikesali apa yang dah berlalu..kerja di Muzium pun bagus juga..Bukan senang nak kerja Gomen bang oi...
Gud Job lah Kak Aira...suke:)
ReplyDelete@Kimmy Kazuma
ReplyDeleteThanks Ammy.^_^
mmg puas hati la kan, totally mmg sama kot apa yg aira design..gud job dear..sumpah best tgk rumah org yg comel2 ni..geram..bilik anak perempuan dia tu sabo jerlah, kaler pink lagi..
ReplyDelete@Dla
ReplyDeletehaha..Bilik Anak perempuan dia tu mmg *special edition.* Satu sebab anak tunggal, bilik dia memang paling kena bagi design terbaik.
MasyaAllah..cantik n indah sangat..puas hati huni umah gini huhu
ReplyDeleteCantiknya!! saya suka. yang kotak2 atas katil bilik anak pompuan tu wallpaper or bukan?
ReplyDeleteTerima kasih..yg kotak2 tu *fabric padded* bedhead...backing baru wallpaper...
Delete