Wednesday, October 6, 2010

Tip-tip Bersahabat Dengan Lelaki/Perempuan





Tengah bosan petang-petang macam ni. Bos takde jadi sambil *main 3Ds Max*, aku terfikir nak bagi tips kat semua orang yang masih *tak tahu, samar-samar atau takut* nak bersahabat dengan sahabat yang berlainan *jantina*. Aku bagi tips ini berdasarkan pengalaman yang aku ada selama aku bersahabat dengan kaum lelaki atau pengalaman orang lain yang pernah cerita kat aku.

AMARAN: Tips ini tidak sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin. Sudah ada suami & isteri, sahabat terbaik anda ialah pasangan anda itulah okay. (^_-)

Untuk LELAKI
1. Kalau nak bersahabat dengan perempuan, kenalah pandai jaga hati perempuan tu. Sebab perempuan ni *mudah sensitif*. Kalau nak menyakat pun kena berpada-pada. Takut ada sentuh benda-benda yang boleh menjadi salah faham antara satu sama lain. (Contoh: Mencarut atau bercakap perkara lucah)
2. Kalau anda sudah punya kekasih, pastikan anda tidak menyembunyikan hubungan anda itu daripada sahabat perempuan anda ini. Sekali-sekala selitkan ayat, “Gf aku tadi belanja aku makan ice-cream.” Tujuan ayat itu disebut bukanlah sebab nak *menunjuk* anda ada kekasih. Tapi supaya sahabat anda itu tak salah faham yang anda hanya hubungi dia bila Gf anda tak layan anda. (Supaya perempuan tidak rasa *digunakan* atau *dicari* semasa sunyi .)
3. Jangan ceritakan hal-hal buruk tentang kekasih anda kepada dia. Kalau nak minta pendapat, boleh tapi janganlah sampai membuka aib kekasih anda itu. Tak baik. Perempuan yang dengar pun akan terasa kalau kata-kata anda tentang kekasih anda itu ada persamaan dengan sahabat anda itu. Jadi berpada-padalah ya.
4. Sentiasa tekankan perkataan *kawan, sahabat atau teman* kepada mereka dalam perbualan. (Contoh: “Kaulah kawan aku yang paling baik!”) Jadi bila anda selalu sebutkan perkataan itu, tak berlakulah salah faham. Lagi-lagi perempuan yang senyap-senyap menaruh perasaan terhadap anda. Mungkin lepas ni dalam hati dia akan kata, “mamat ni anggap aku *kawan* dia saja.”
5. Jangan beri harapan kepada sahabat perempuan itu. Jangan suka *mengayat*, contoh ayat: “Apa kata kau jadi awek aku je?” Lambat-laun perempuan itu akan rasa anda menaruh perasaan kepadanya. Buatnya tiba-tiba anda bertunang dengan orang lain, mungkin sahabat anda itu akan *frust* tak berlagu..huhu.
6. Seeloknya, bahasakan diri aku-kau dengan mereka. Bahasa diri aku-kau menunjukkan rapat sepasang *sahabat*. Mungkin agak kasar, tapi itu yang sebaiknya. Sebab bila bahasakan diri sebagai saya-awak, dikhuatiri saya-awak itu akan menjadi *sayang-awak* pula. (Heh, macam ada pengalaman pula. =P )
7. Untuk kedua-dua jantina. Jangan hubungi sahabat anda itu terlalu kerap atau hari-hari. Kalau anda anggap dia sahabat sahaja, cukuplah bertanya khabar sekali-sekala. Kalau hari-hari itu mesti ada makna tersembunyi…Erm…

Untuk PEREMPUAN
1. Persahabatan yang terjalin antara perempuan dengan lelaki mestilah dengan menjaga adab dan aib diri sendiri. Perkataan yang disebut mesti berpada-pada. Jangan gedik sangat. Takut sahabat itu *lari* pula daripada anda. (Apo, kono pompuan ni?)
2. Jika anda punya kekasih, elakkan mengadu hal pasangan anda dengan sahabat laki anda itu. (Sama seperti di atas). Tapi akibat berbeza kalau sahabat lelaki itu ada perasaan kepada anda. Selalunya lelaki macam ini akan *menghasut* anda supaya tinggalkan kekasih anda tu terus! Mereka akan berusaha *melayan* luahan anda sampai anda rasa, “baiknya dia ni layan aku. Bf aku tak layan aku sebaik ini.”
3. Cuba cari topik yang menarik untuk dibualkan dengan sahabat lelaki anda itu. Contohnya tentang *bola sepak, F1, politik, software, muzik, isu semasa, etc* supaya persahabatan anda itu menjurus kepada *ilmu atau minat* yang sama antara satu sama lain. Persahabatan begini akan kekal lama sebab anda punya alasan kukuh untuk berkawan dengannya tanpa diselitkan dengan *perasaan* yang lain itu…
4. Jangan ada niat tersembunyi untuk bersahabat dengan lelaki itu. Contohnya hanya untuk ambil kesempatan terhadapnya. “Dia ada kereta, boleh aku tumpang.” Tak baik macam tu tau. Cuba bersahabat ikhlas. Kalau sahabat itu perlukan pertolongan kita tolong juga. Barulah ada *give & take*.
5. Kalau anda menaruh perasaan kepada sahabat lelaki anda itu tapi malangnya dia sudah *berpunya*, sila positifkan diri anda supaya berpegang kepada prinsip- “Tak dapat kahwin dengan dia takpe, dapat kawan dengan dia pun dah ok.” Sebabnya kalau dapat jadi kawan pun dah kira ok apa. Jadi redhalah. Mungkin *suami* anda nanti lebih baik daripada sahabat anda itu. Yakinlah kepada kuasa Allah s.w.t. itu. Tapi kalau anda seorang yang susah nak hilangkan *perasaan itu*, baik anda lupakan sahaja persahabatan yang terjalin itu. Tapi jangan putus terus. Mungkin lagi dua tiga tahun, add lah dia balik kat Facebook sebab masa tu anda mesti dah ada *suami* yang lagi *kacak* daripada dia. Masa tu anda hanya akan *gelak* dan berkata, “Macam manalah aku boleh minat kat mamat ni dulu?” Haha.
Aku harap tip-tip yang aku bagi ni bergunalah untuk anda semua. Sebab aku tengok ramai tak pandai bersahabat dengan berlainan jantina ini *putus kawan* terus kalau tak berjaya *upgrade* hubungan yang ada. Jagalah adab susila dalam persahabatan, tak salah bersahabat, tapi janganlah sampai kita lupa agama kita. Tapi yang paling penting, ikhlaslah bersahabat kerana persahabatan yang ikhlas itu mungkin akan membawa kita ke syurga. Insya-Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

11 comments:

  1. ezd... :'( pedihnyer...melalui mende yg same lagi...

    ReplyDelete
  2. ooh..suka yg no 6: Seeloknya, bahasakan diri aku-kau dengan mereka.

    hik3..saya bahasakan diri aku-kau dgn tunang saya. sekian. hihi..

    ReplyDelete
  3. muna- oh,tidak! Jangan alaminya lagi...aku bagi tips ni...supaya ko amik skit info k..

    huda: sila praktis cpt,at least 2 minggu sblm kahwin panggil nama yang lagi baik ya..huhu

    ReplyDelete
  4. best of friends are always best of buddies.. but silently the boundary changes though you put controls in place.. tapi what you do and how you react makes things a lot different.. btw.. topic yg menarik

    ReplyDelete
  5. "best of friends are always best of buddies"...

    yup..thnks...

    always put your heart to the limit when in friendship to the opposite...^_^

    ReplyDelete
  6. useful. i'll keep that in mind.

    ReplyDelete
  7. hurm..mmg tk dapat nk dinafikan..sush nk kwn ngn laen jantina ni..this thing is happening to me now...tk tau dia anggap ape..kadng2 mcm kawn..kdg2, enth la..

    ReplyDelete
  8. @Dark Chocolate
    Apa2 pun dalam persahabatan kena ikhlas.Tak salah kawan dengan lain jantina.Apa yang penting,batas agama terpelihara.Insya-Allah

    ReplyDelete
  9. baguslah artikel nih... banyak salah faham berlaku dalam persahabatan yang terjalin bagi yang x pandai handle bab perhubungan..

    ReplyDelete
  10. @Zowie
    Betul.salah faham berlaku bila salah seorang tak reti ctrl feeling.huhu

    ReplyDelete
  11. pada pandangan noor..biasa berkawan lain jantina memang akan ada perasaan kasih-sayang ..tapi jika ada yang istimewa memang patut guna tip di atas supaya jangan di salah-sangka persahabatan kita itu..kecuali kita bersahabat itu memang allah jodohkan lebih pada sahabat,tunang,suami..kalau jodoh kita ia akan mudah perjalanan ke arah perkahwinan..bila sampai hujung solat istikhorah dan berbincang dengan serius orang yang bijaksana dan keluarga yang sayang pada kita..wallaahualambisowab..sebab cinta itu buta

    ReplyDelete

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!