Apakah kereta idaman aku? Sebenarnya selepas kereta yang aku ada sekarang, Viva, aku nak beli Vios dan yang terakhir ialah Volkswagen Beetle! Pagi tadi aku drive belakang kereta ni aku terfikir seorang diri, bilalah aku mampu dapat sebiji Volkswagen ni. (Paling best kalau dapat yang warna *purple*. Pergh!)
Aku kenal kereta Volkswagen ni sejak aku kecil. Tapi dulu orang panggil kereta ni, *kereta kodok* sebab orang nampak dia macam *katak* daripada beetle atau *kumbang*. Masa aku kecil, abah aku ada sebiji kereta Volkswagen lama yang aku selalu main *gelongsor* kat bahagian depan dia. Untuk pengetahuan orang yang tak tahu, Volkswagen lama bahagian depannya ialah bonet manakala belakang ialah enjin. Paling best kereta tu atas dia ada tingkap kecil. Bila buka boleh keluar kepala dan lambai-lambai kat atas. Heh. Tapi aku dah hilanglah gambar kereta tu. Kalau aku jumpa aku tunjuk ya.
*Lebih kurang design kereta Volkswagen Beetle Lama abah aku*
Nak dijadikan cerita, masa awal-awal Project Semester Degree aku untuk ID, aku pernah kena design Automotive Showroom. Memang agak mencabar project ni sebab masa tu awal-awal lagi jadi budak ID, terus kena buat *commercial design spaces.* Semasa proses design, aku kena buat research pasal Volkswagen punya brand dan semua jenis kereta yang mereka ada. Masa tu jugalah aku tahu, Volkswagen bukan hanya keluarkan Volkswagen Beetle, tapi juga kereta jenis *Sedan* atau Passat, Golf, MPV atau namanya Touareg dan yang tengah promote sekarang iaitu *Polo*. Link sini.
*Presentation Board yang aku buat secara 'manual'.*
*Model yang aku buat. (Jgn comment part workmanship! Hancus!)*
*Ciri-ciri 'pintu utama' Showroom Volkswagen di serata dunia. Tema kuning-putih-kelabu bersama logo di atas*
*Weames VW- Showroom Volkswagen di Jalan Ampang (Dulu asalnya showroom Volvo)*
Kenapa aku suka Volkswagen? Sebab utama mestilah design dia. Aku juga suka *identiti* kereta ni yang lain daripada konsep kereta lain. Kalau baca *history* atau *timeline* ni boleh tengok setiap kemajuan yang dilakukan ke atas kereta-kereta mereka dan ternyata semua kereta sentiasa di*upgrade*. Punyalah upgrade brand Volkswagen ni sampai dulu masa aku buat projek semester *tagline* mereka “Aus Liebe zum Automobil,”(2003) atau maksudnya “For the love of the automobile.” Tiba-tiba baru-baru ni aku tengok tagline dia dah dipendekkan jadi “Das Auto,” atau maksudnya dalam Bahasa German “The Car.”
*Logo Paling Baru VW sesuai dengan Tagline 'Das Auto'*
Apa-apa pun, tolonglah doakan aku dapat sebiji Volkswagen Beetle ni ok. Harga dia last update aku check *murah* je:
VOLKSWAGEN NEW BEETLE 1.6 – 139,888.00
*Tapi Berbaloi kan untuk yang ni?*
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Dealer atau Volkswagen Malaysia boleh pergi ke website ini: http://www.volkswagen.com.my/ ^_^
Oh, sebagai hiburan, tengoklah *video* ni. Serius kelakar!
Sources
No comments:
Post a Comment
Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!