Showing posts with label premium wardrobe. Show all posts
Showing posts with label premium wardrobe. Show all posts

Tuesday, February 4, 2020

Rekabentuk Almari Pakaian oleh Ilusi Hafiezd Design


Ramai orang masih keliru perbezaan khidmat Perekabentuk Dalaman atau Interior Designer dengan Pakar Kabinet atau Wardrobe Specialist. Disini kami nak tekankan, kami adalah Interior Designer yang menyediakan rekabentuk atau design sesebuah ruang dan BUKAN buat kabinet atau almari sahaja.

Mengapa rekabentuk atau design Almari Pakaian oleh Ilusi Hafiezd Design berbeza dan lebih eksklusif rekaannya berbanding rekaan almari pakaian biasa?

1. Rekabentuk oleh Perekabentuk Dalaman / Interior Designer


Kebanyakan almari pakaian biasa dengan harga yang rendah dihasilkan oleh pakar kabinet atau wardrobe specialist yang tidak mempunyai kepakaran dalam rekabentuk dan design.

Sebagai Perekabentuk Dalaman yang berpengalaman lebih 10 tahun, kami merekabentuk almari pakaian khas untuk client kami dengan harga yang premium.

Rekabentuk almari pakaian yang kami hasilkan perlu disertakan dengan 3D Visual design dan proper Wardrobe detail drawings yang disediakan oleh pihak kami sendiri.


Setiap rekabentuk almari direka berdasarkan research dan panduan idea gambar daripada pihak kami dan client sendiri. Rekabentuk almari juga direka mengikut spesifikasi atau keperluan client dimana client berhak memilih cara susun letak rak atau pembahagian kabinet dalam almari pakaian.


2. Jenis Pintu Almari yang berbeza


Kami telah menghasilkan pelbagai jenis almari dengan jenis pintu almari yang berbeza seperti swing door, sliding door, open wardrobe dan walk-in wardrobe.




Setiap rekaan pintu ini mempunyai harga yang berbeza dan dipilih oleh client bersesuaian dengan saiz ruang dalaman rumah client sendiri.

3. Gabungan fungsi Almari Pakaian dengan Kabinet lain



Rekabentuk almari pakaian nampak berbeza bila digabungkan dengan kabinet lain seperti meja solek, meja belajar, handbag display, towel cabinet atau tempat menyimpan seterika.


Ada juga bahagian kabinet mempunyai hidden light atau lampu. Jadi kami akan menyediakan point lampu dan memasang lampu yang berbeza dalam kabinet bersesuaian dengan ruang dalaman rumah pelanggan.


4. Material dan Warna yang unik





Walaupun kebanyakan rangka dalam almari kami diperbuat daripada material melamine, namun pintu almari pakaian dihasilkan menggunakan pelbagai material.

Antara material yang digunakan dalam rekabentuk almari pakaian ialah Black Glass, Mirror atau Cermin, MDF Spray Paint and Glass with laminate.

Terbaru, kami telah menghasilkan decorative door menggunakan pintu MDF bercorak dan kemudian dicat spray paint. Pintu ini menjadikan rekabentuk almari pakaian nampak menarik kerana corak setiap pintu adalah berbeza berbanding yang lain.



Warna kabinet juga dipilih bersesuaian dengan konsep, jenis ruang dan pilihan client sendiri. Semua warna sesuai mengikut warna tema ruang berdasarkan colour palette or colour wheels.

5. Aksesori Almari yang Unik






Kebanyakan almari pakaian kami direka dan ditambah dengan aksesori yang sangat praktikal dan unik. Kebanyakan aksesori ini mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya sesuai dipasang pada bahagian tertentu almari pakaian.



Rangka almari pakaian perlu direkabentuk bersesuaian dengan saiz aksesori yang dipilih. Disebabkan itu, sebagai Interior Designer kami akan menyediakan Wardrobe Detail Drawing sebelum almari pakaian dibuat di rumah client.


Anda boleh hubungi pakar kabinet atau wardrobe specialist untuk membuat almari pakaian yang mempunyai rekabentuk biasa dengan bajet yang rendah. Minta maaf, kami sebagai Interior Designer TIDAK BUAT ALMARI DENGAN REKABENTUK SIMPLE & BAJET RENDAH.

Jika mahu menggunakan khidmat kami sebagai Interior Designer dan mahukan rekabentuk almari pakaian dengan design khas dengan gabungan pelbagai material, direka berdasarkan keperluan anda, mempunyai bajet yang tinggi (sekurang-kurangnya RM10K untuk satu ruang atau satu set almari) dan dilengkapi aksesori almari terkini, anda boleh hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui email:

ilusihafiezd@gmail.com

LIKES Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Rekabentuk Dalaman!