Wednesday, January 24, 2018

Kedai Jubin Murah dan Cantik


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ada banyak kedai jubin atau tiles yang menjual pelbagai jenis jenama tiles di Malaysia ni. Ada yang suka beli tiles yang berjenama, ada yang nak murah dan cantik.

Kami nak kongsi salah satu kedai menjual tiles kegemaran kami iaitu Super Ceramic Tiles & Design Sdn Bhd yang terletak di Semenyih. Kebetulan kedai ni dekat dengan rumah kami dan memudahkan kami memilih dan ambil direct stock (angkut pakai Viva je ok) dari gudang mereka di sana.

*Tiles yang kami beli untuk Projek Ofis Dayang Beauty Secret*

Apa yang best pasal kedai ni sebab ada banyak sangat tiles yang cantik-cantik dan harga murah. Bayangkan tiles bersaiz 2' x 1' boleh dapat kurang RM10. Manakala ada juga corak yang cantik-cantik, harga kurang daripada RM5. Kalau kita selalu beli dari sana, akan ada diskaun sebagai pelanggan tetap.




Selain ada jual tiles pelbagai jenama, gudang dua tingkat ni juga ada jual barangan sanitari (paip, WC, sink, etc), perkakas elektrik macam kipas, water heater, barang-barang pembinaan, wallpaper dan lantai vinyl di tingkat bawah.


Kami memang selesa shopping di sini sebab kedai ada air cond dan siap ada escalator untuk naik ke atas. Tak lah macam typical kedai tiles yang murah, berhabuk dan laluan sempit. Nak pilih tiles pun tak selesa. Huhu.




Walau bagaimanapun terpulang kepada preference masing-masing. Ada banyak brand tiles kot. Kami cuma bagi review sebab suka pergi sana. Haha. Tak dibayar ok.


Boleh tengok gambar-gambar kedai dan tiles yang kami dah gunakan untuk projek ID Ilusi HafiEzd Design . Semoga bermanfaat!

*Tiles yang digunakan untuk backsplash Projek Dapur di Cheras.*




Thursday, January 18, 2018

Jenama Barangan Elektrik / Electrical Appliances Brand


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni akak kongsikan brand barangan elektrik yang terbaik berdasarkan research atau review yang kami buat dan pelanggan Ilusi HafiEzd Design selalu pilih. Apa yang kami kongsikan ini berdasarkan pengalaman hampir 9 tahun kami dalam bidang Interior Design dimana kami membantu client membeli semua barangan elektrik ni, sama ada teman beli di kedai atau exhibition.


Penghawa Dingin / Air Cond
1. Daikin.
2. York.
3. Panasonic


- Brand Daikin pernah berada dalam company York sekejap, tapi lepas tu mereka keluar balik. Jadi jangan confius kalau orang kata York dan Daikin tu sama.
- Berdasarkan pakar aircond, gunakan Air cond yang ada Inverter untuk ruang yang menggunakannya lebih daripada 8 jam sahaja. Contohnya bilik tidur. Ruang tamu kalau jarang guna boleh guna air cond non-inverter.



*Air Cond panasonic kami cover dengan kayu jadi tak berapa sejuk sangat.*



Kipas / Fan
1. Deka
2. Alpha / Arvio
3. Panasonic
4. KDK


- Bagi kami harga kipas DEKA lagi affordable dan certain design is not bad. Tambahan, saiz bilah kipas DEKA ada pelbagai dan lebih banyak berbanding yang lain.
- Brand Alpha & Arvio pula supplier di bawah satu syarikat. Arvio harganya premium sikit dan design cantik. Saiz bilah Alpha juga ada banyak berbanding Arvio.
- Kipas Panasonic kalau nak beli check sama ada nak pasang kena ada hook atau kena tembak slab. Sebab ada pengalaman client kami beli, tak pasal-pasal kena korek balik plaster ceiling. Adeh.


*Kipas Brand DEKA. Ada banyak size bilah. Dari bilah kecil hingga besar. Tapi speed kipas limited sikit untuk sesetengah design.*


 
*Kipas jenama Arvio. Salah satu Designer Fan yang cantik dan premium.*

Cooker Hood & Hob
1. Fujioh
2. Electrolux
3. Pacifica
4. Fotile


- Bila nak beli cooker hood atau hob, pastikan sesuai dengan masakan Asia atau Asian Cooking.
- Dari dulu Fujioh / Fujihome adalah brand Jepun yang paling bagus tapi harganya agak mahal berbanding brand lain.
- Belilah hood yang menyedut asap, bukan serap minyak. Bila dah sedut asap, jangan lupa tebuk dinding buat lubang ducting nak lalu. (Selalu kalau buat dapur IKEA sendiri mesti exposed bahagian ni. Haha)


*Hood jenama Electrolux. Nampak solid dan exclusive.*



Oven / Microwave:
1. Khind
2. Hanabishi Electric Oven
3. Electrolux


- Dapat list best cooker oven daripada website ni: http://bakingclassmalaysia.com/mini-oven/
- Sorry lama tak baking, rasanya siapa yang biasa baking boleh suggest brand yang lebih ok. Tapi client kami memang selalu beli Electrolux oven.



Peti Sejuk / Fridge
1. LG
2. Panasonic


- Pengalaman beli dua brand peti sejuk Toshiba & Hitachi tak sampai 2 tahun dah rosak. Haha.
- Mak aku guna LG bertahun-tahun tahan. So, rasanya LG bagus berbanding brand lain.
- Jangan lupa daftar warranty online / di kedai anda beli. Nanti susah nak betulkan, lagi-lagi peti sejuk yang ada inverter, etc



Pemanas Air / Water Heater
1. Joven
2. Alpha
3. Deka


- Joven memang brand no 1 Malaysia. Bising sikit tapi tahan lama.
- Alpha harga murah sikit tapi ada orang kata cepat panas. Wallahualam
-Check sama ada perlukan water pump atau tak masa nak beli water heater sebab sesetengah rumah, tekanan airnya rendah.


*Pemanas air Joven. Masa awal-awal beli ni terpaksa beli di Shah Alam / Ibu Pejabat Joven. Haha. Sebab design ni tak ramai orang guna. Ada rain shower mahal sikit.*

Jika apa yang kami kongsikan ini bermanfaat bolehlah SHARE. Sekali lagi, kami tak dapat komisen pun untuk review ni. Haha. Cuma nak membantu anda semua membuat pilihan yang tepat semasa hendak membeli barangan elektrik.


Selamat membeli!


#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#TipsBeliBarangElektrik
#SharingIsCaring