Showing posts with label Interior Designer Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Interior Designer Shah Alam. Show all posts

Tuesday, May 27, 2025

Tips Interior Designer - Pindah Masuk Rumah Baru


Tips Interior Designer - Pindah Masuk Rumah Baru.
Baru dapat kunci rumah? Tak tahu nak buat apa? 

As Interior Designer saya suggest ni:
1. Buat defect check rumah
2. Buat space planning/ Furniture Layout Plan.
3. Buat mood board/ kumpul gambar idea
4. Kira kos Renovation, furniture, electric appliances, etc
5. Elakkan cari kontraktor rumah yang murah supaya tidak ditipu.


1. Buat defect check rumah
Boleh hire Defect Check Inspector atau check defect sendiri.
Pastikan Defect Check Inspector yang dilantik betul-betul ada ilmu tentang building & construction. Cuba test mereka ada solution/ cadangan tak macam mana nak solve defect yang mereka periksa. Kalau mereka hanya tahu 'tampal sticker', maka mungkin anda tersalah bayar orang.Kalau nak check sendiri ok je. Caranya buat list defects ikut ruang & tampalkan sticker. Lepas tu boleh serahkan list tadi/ key-in di Website Developer.

2. Buat space planning/ Furniture Layout Plan
Space planning atau susun atur ruang ni sangat penting untuk tahu apa yang kita nak letak dalam rumah kita.
Contoh sofa jenis L-shape/ 3 seater. Ada satu jenis dapur atau 2 (dry & wet kitchen). Kedudukan fridge & oven di mana. Katil jenis King/Queen.Lepas tu barulah kita dapat tahu keperluan & barang-barang yang kita ingin ada di rumah baru.Kami Ilusi Hafiezd Design ada menawarkan servis membuat pelan susun atur/ Furniture Layout Plan. Boleh Whatsapp kalau nak ya. 😉
3. Buat mood board/ kumpul gambar ideaKalau anda nak buat Interior Design rumah baru, kena buat research dulu idea design yang anda nak. Kaji warna, material, layout, lampu, perabot & apa konsep yang anda betul2 suka.Kumpul semua gambar & create mood board by area. Elakkan design atau decor ikut trend sebab sampai satu masa, trend itu akan buatkan anda 'bosan'.Be realistic. Tak salah 'berangan' tapi kena pastikan juga design & decor yang anda suka tu, sesuai dengan 'kemampuan' anda atau tak ok.
4. Kira kos Renovation, furniture, electric appliances, etc.Sebelum memulakan renovasi rumah, pastikan anda dah dapat quotation harga kerja-kerja renovasi sepenuhnya daripada Interior Designer atau kontraktor-kontraktor yang anda bakal upah.
Antara kerja renovasi yang terlibat:
- Pemasangan lampu, kipas & aircond
- Built-in cabinet (Kitchen, Wardrobe, TV)
- Room extension/ wall hacking
- Plaster Ceiling
- Wall paint/ feature walls
- Floor tiling/ wood flooring
- Door & window grilles
- Curtain/ blinds
Antara senarai barangan rumah:
- Perabot (Sofa, katil, meja makan, meja kerja)
- Barangan Elektrik (Fridge, stove, washing machine, etc)
- Lampu, Kipas, Aircond & Water Heater
- Bathroom accessories (penyidai tuala, cermin, etc)
- Cleaning utilities (Penyapu, sabun basuh lantai, mop, etc)
Seeloknya buat kira-kira untuk semua kos barang-barang diatas sebelum memulakan renovasi supaya budget anda tidak 'burst'.
5. Elakkan cari kontraktor rumah yang murah supaya tidak ditipu.Kos renovasi rumah jarang ada yang 'bajet' atau 'murah' kerana kos ini melibatkan tenaga pekerja & barang-barang pembinaan yang berlainan harganya.Sebelum upah kontraktor, check background & portfolio mereka. Upah kontraktor mengikut kepakaran mereka. Contoh:
Wet Work Contractor - Bina dinding, pasang tiles, ceiling, etc
Carpenter - buat kabinet dapur & almari pakaian.
Electrician - buat kerja2 elektrik, pasang kipas, lampu, etc

Kesimpulannya, nak pindah rumah baru bukanlah perkara yg mudah sebab melibatkan duit & masa yg banyak. Rancang, buat research & doa banyak2 bila nak pindah rumah baru ok.Sebelum tu nak beritahu, saya adalah Interior Designer yang ada lebih 15 tahun pengalaman dalam ID. Company saya Ilusi HafiEzd Design dah beroperasi lebih 10 tahun. Kami ada banyak design portfolio & boleh check di link media sosial kami. 👇🏻linktr.ee/ilusi…
Nak buat Interior Design Rumah?
Whatsapp/ Click link: wa.me/60122496649

Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#InteriorDesign
#TipsRekabentukDalaman
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerCyberjaya
#InteriorDesignerShahAlam
#InteriorDesignerPutrajaya
#InteriorDesignerBangsar
#InteriorDesignerPuncakAlam
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerSeriKembangan
#InteriorDesignerPuchong
#IDConstructionDrawings
#IDDrawings

Tuesday, September 24, 2024

Susah ke renovate rumah lama?



Susah ke renovate rumah lama?

Tahun 2016 kami ada pengalaman renovate rumah mak sendiri di Shah Alam. Rumah ni dibina awal tahun 1980-an. Mak beli masa awal kerja jadi cikgu tapi hanya dapat tinggal lepas pencen jadi Guru Besar.

Rumah mak ni jenis single-storey corner lot. Kami renovate extend sebelah kiri tepi, tambah 1 bilik tidur, besarkan dapur dan ubah kedudukan bilik air.


Rupa rumah sebelum renovate

Sebelum mula renovation, as Interior Designer wajib ada 3D Visuals as design references ya. Exterior view suami saya buat guna sketchup. Tapi 3D Interior saya yang buat. (Kualiti design 8 tahun lepas ya)

Kami juga yang uruskan drawings submission to MBSA. Nak approved ambil masa berbulan-bulan ok.Kenapa lama sangat? Hanya yang pernah deal dengan authority tahu. Huhu.

Exterior/ Facade 3D

Interior 3D Visuals

Selain renovate & buat extension, kami juga ubahsuai bahagian dalam rumah yang dah rosak teruk ni. Kami tukar bahagian bumbung, buat wiring baru, plumbing, cat semua dinding, tukar tiles & pasang lantai vinyl di bahagian bilik tidur.

Untuk kabinet, hanya tambah built-in kitchen cabinet & TV Cabinet saja. Lain banyak pakai loose furniture. Boleh tengok keadaan asal rumah dalam gambar & keadaan selepas renovate.

House extension & renovation

Pemasangan Vinyl flooring &  Kabinet Dapur

Antara cabaran makeover atau renovate rumah lama ialah: 

1. Drawings Submission to authority & permission to extend house. 

2. Membuang barang-barang sedia ada dalam rumah. 

3. Tukar bumbung yang dah lama. 

4. Baiki dinding yang dah lama & berlumut. Cat susah nak apply walaupun dah apply banyak layers. 

5. Buat wiring baru. Sampai sekarang wiring selalu 'tripped' walaupun dah ganti DB baru. 

6. Kos yang tak terjangka sebab ada banyak bahagian kena tukar baru.




Masa buat rumah mak ni kami masih belum banyak pengalaman renovate rumah lama. Banyak yang kami belajar semasa proses renovasi berlangsung terutama menghadap 'stress' & tekanan daripada ahli keluarga yang lain.

Tapi kami tahu kami dah cuba yang terbaik. Kami monitor kerja2 di site. Teman mak beli tiles, curtain, bathroom accessories, beli lampu kipas & banyak lagi. Kami juga yang check workmanship sub-cons di site sepanjang pemasangan kabinet & vinyl flooring.



Jumlah keseluruhan renovate rumah lama ni tahun 2016 ialah RM200K ++. Of course, harga makeover rumah sekarang lebih tinggi disebabkan kos barang construction sudah meningkat.

Sebab tu kena rancang renovasi rumah dulu. Hire Interior Designer yang boleh bagi design & harga secara detail supaya tak over budget.

Satu lagi, kos ubahsuai rumah lama lagi tinggi berbanding bina rumah baru, sebab job scopes hampir tak sama ok. So jangan ambil je harga kontraktor tanpa ada proper drawings. Ingat tu!


Hasil Kabinet Dapur & Kabinet TV

Alhamdulillah akhirnya mak dapat pindah ke rumahnya sendiri. Dah 8 tahun tinggal di sana. Rumah juga dijadikan tempat berkumpul kami sekeluarga terutama pada hari raya & family events.

Semoga Mak saya terus sihat & gembira tinggal di rumahnya. Aamiin


Nak buat makeover rumah lama? 
Boleh Whatsapp:

Follow Facebook, Instagram & YouTube Channel kami. Terima kasih!
www.facebook.com/ilusihafiezd
www.instagram.com/ilusihafiezd
https://www.youtube.com/@ilusihafiezddesign


#RenovateRumahLama
#MakeoverRumah
#Rumah
#HouseRenovation
#InteriorDesignerSemenyih
#InteriorDesignerBangi
#InteriorDesignerKajang
#InteriorDesignerAmpang
#InteriorDesignerShahAlam