Sunday, October 10, 2010

SCRABBLE Di Facebook

Hari ni aku nak cerita tentang *game* yang hari-hari aku akan buka setiap kali Log in *Facebook.* Terus-terang, aku ni memang *addicted* to game. Kalau aku dah main satu game tu, jangan harap aku senang nak berhenti. Walau di ofis pun, sebelum mula kerja (Selain membaca Bismillah, Insya-Allah) aku juga akan mula main Scrabble dulu untuk *fresh* kan otak aku. (Konon!) 






Jadi mula-mula nak main SCRABBLE di Facebook ni kenalah register applications ni. Boleh search kat bahagian atas Facebook tu *SCRABBLE Worldwide* dan keluarlah application ni. Heh.







*SCRABBLE Worldwide. Tempat berkumpulnya pemain-pemain Scrabble online di Facebook

Dalam pemainan Scrabble ni, permainan bukan saja ditentukan melalui markah perkataan kita. Tapi juga *masa* atau tempoh kita nak bermain. Contoh kita boleh main 2 minit, 5 minit, satu hari iaitu 24 jam atau 1 minggu! (Berjanggutlah nak tunggu kalau main macam ni. Uish.) Tapi aku paling suka main 2 minit. Sebab cepat sikit. Selain itu, kita juga boleh main dengan berapa ramai pemain kita nak main. Tapi aku paling suka main dua orang je. Sebab kalau main ramai-ramai, sangat lambat nak tunggu orang lain *jalan*. Lepas tu huruf-huruf yang kita dapat pun cepat habis. Kita juga boleh pilih *tahap* atau skill permainan yang kina nak main. Ada beginner, casual, serious atau expert. Selalu ini aku tak pilih. Sebab kadang-kadang kalau lawan dengan *beginner* pun sebenarnya diorang ni markah paling tinggi dah 500 lebih. (Pura-pura *humble* gitu. Uiks.)



*Senarai Pemain-pemain yang nak main selama 2 minit

Jadi selepas dah pilih masa permainan dan orang yang nak main bersama tu, akan keluarlah *papan* atau *game board* kita. Di atas board ni ada 4 warna-warna kotak yang mewakili nilai setiap huruf atau perkataan yang diletakkan di situ. Aku rasa, siapa yang dah biasa main *Sahibba* mesti faham nilai setiap kotak ni. Tapi aku terangkan sekali lagi untuk korang yang tak faham ye.

  • BIRU MUDA / DOUBLE LETTER: Setiap huruf yang diletakkan di atasnya bernilai 2 kali ganda dari nilai asal. Contoh huruf *H* nilai 4. Bila diletakkan jadi 8.
  • BIRU TUA/ TRIPPLE LETTER: Setiap huruf yang diletakkan di atasnya bernilai 3 kali ganda dari nilai asal. Contoh huruf *H* nilai 4. Bila diletakkan jadi 12.
  • MERAH MUDA/ DOUBLE WORD: Setiap perkataan yang diletakkan di atasnya bernilai 2 kali ganda dari nilai asal. Contoh perkataan *HEART* nilai 4+1+1+1+1=6. Bila diletakkan jadi 12.
  • MERAH TUA/ TRIPPLE LETTER: Setiap perkataan yang diletakkan di atasnya bernilai 3 kali ganda dari nilai asal. Contoh perkataan *HEART* nilai 4+1+1+1+1=6. Bila diletakkan jadi 24.


*Nilai setiap kotak-kotak untuk diisi huruf

Ok. Sekarang aku nak cerita benda-benda menarik di SCRABBLE ni yang mana, fungsinya tak sama dengan SCRABBLE yang kita main kat papan luar. Antaranya kita boleh tahu *markah* yang kita akan dapat masa main. Dah tak perlulah kertas-kertas conteng untuk tulis markah kita dan *kalkulator* untuk kira dan darab berapa perkataan yang kita dah buat tadi. (Aku punya Math memang dah lemah sekarang, nasiblah tak perlu kira sendiri!) Selain itu, tak perlu juga *jam masa* untuk kira tempoh setiap permainan kita. Paling menarik, kalau lawan kita tadi mengambil masa lebih dari masa yang sepatutnya, kita boleh *skip* atau tak bagi orang tu jalan sebab lambat sangat. Tapi lagi kejam, kita boleh je *Force Forfeit* dia, supaya menghentikan permainan yang sangat *lembab* itu. Heh. Kita juga boleh *menyerah kalah* atau *Forfeit* diri kita dari bermain kalau kita ada hal penting nak diselesaikan daripada meneruskan permainan tersebut.

*Markah sewaktu awal permainan

Seterusnya, benda-benda lain yang kita dapat buat masa main SCRABBLE di sini juga ialah kita dapat berbual atau *Chat* dengan lawan kita. Sebenarnya fungsi Chat ni aku dah jarang guna sekarang. Kalau orang tegur atau sapa, aku balaslah, "Hi." Cukuplah. Bukan aku kata aku ni sombong, cuma pengalaman aku, banyak kali *gaduh* dengan orang yang mudah kecil hati di Facebook ni. Kalau dah lambat sangat, aku Force Forfeit atau skip, ada pula yang marah. Lagi satu, aku kadang-kadang perasan ada sikit unsur *racist* dalam permainan ni bila *mat salleh* ni kalau tengok perempuan bertudung, terus dia *cancel* atau tak jadi main dengan aku. Benda ni bukan jadi sekali dekat aku. Tapi tak semua macam tu. Ada juga mereka yang peramah, tanya kehidupan kita di Asia dan kongsi cerita hidup mereka di negara Eropah. Selain itu, aku juga berjaya menjalin persahabatan dengan beberapa orang pemain yang kebanyakannya orang Melayu. Contohnya Kak Dewi yang berasal dari Brunei. Ada juga kadang-kadang dia sapa aku di Facebook. (Serius akak ni terror main! Rekod dia tinggi kot.)

*Contoh 'lawan' yang ajak aku berbual di Chat Events

Ha, ni fungsi yang paling menarik yang paling aku suka bila main SCRABBLE di Facebook. DICTIONARY! Semestinya bila kita bermain permainan yang melibatkan *perkataan dan bahasa* kita sentiasa memerlukan *kamus* untuk merujuk sama ada perkataan tersebut wujud atau tidak. Tapi di SCRABBLE di Facebook ini, ada *Dictionary* untuk kita rujuk perkataan yang kita nak letak dan maksudnya sekali. Kita juga boleh tahu senarai perkataan dalam Bahasa Inggeris yang hanya mempunyai 2 huruf melalui dictionary yang telah siap diaturkan di situ untuk kita gunakan semasa permainan. Best tak?

*Dictionary atau kamus di SCRABBLE

Bila kita berjaya menghasilkan perkataan yang bernilai lebih daripada 50, kita juga berpeluang *share* di wall kita di Facebook tentang *kejayaan* kita tu. So far perkataan paling tinggi yang aku berjaya buat ialah *ZINKY* yang bernilai 117 markah. Itu pun dah lama aku tak score lebih daripada 100. Bukan senang ok. Kita juga akan diberi markah bonus kalau kita berjaya gunakan ketujuh-tujuh huruf konsonan yang kita ada. (Tak silap aku, dia bagi *extra 50 markah* kot.)

*Aku berjaya menghasilkan perkataan EX dan XU dengan nilai 50 markah (Sikit je tu!)

Semasa dah di hujung-hujung permainan, huruf pun makin berkurang. Masa inilah kita boleh juga *check* huruf-huruf konsonan yang masih tinggal atau kepunyaan lawan kita. Pada detik ini, kalau kita masih ada lagi huruf-huruf yang nilainya tinggi, kita mungkin dalam bahaya. Sebab kalau lawan kita menang, huruf-huruf yang tinggal itu akan dipotong daripada markah terakhir kita.

*Huruf-huruf yang tinggal di akhir permainan kepunyaan 'lawan'

Perlawanan akan berakhir huruf kita atau lawan sudah habis. Kita juga akan menang atau tewas apabila markah terakhir kita lebih atau kurang daripada pihak lawan.


*Detik kekalahan tipis aku. Beza 5 markah je!

Terus-terang, permainan SCRABBLE ni aku nak cakap tak semestinya bergantung kepada *nilai huruf* yang kita ada je. Kemenangan kita juga ditentukan kalau kita pandai ambil peluang yang ada, susun perkataan dan boleh juga kata *Luck* di situ. Luck maksud aku ialah *rezeki* pemain itu sendiri. Sebab aku pernah lawan dengan seorang budak berbangsa Cina yang merupakan pemenang top 10 permainan SCRABBLE di Malaysia ni. Masa lawan dengan dia, dia asyik *sapu* huruf-huruf yang best je. Terkejut aku! Lepas tu dia memang pandai susun perkataan sebab dia kata, dia hafal setiap perkataan yang dia pernah nampak masa lawan dengan orang lain. Dia juga beritahu aku, kadang-kadang dia sendiri kagum dengan perkataan yang dia lihat sebab perkataan itu macam tak sangka wujud dalam kamus!








*Rekod aku. Masih tak berjaya mencapai 50% rekod kemenangan di situ. Uiks

Sekian saja penerangan atau *bebelan* aku tentang hobi aku yang satu ni. Aku harap entri aku kali dapat memberi manfaat kepada orang lain untuk bermain permainan SCRABBLE ni. Kalau nak ajak aku main dengan korang boleh je, click je perkataan *INVITE* supaya boleh main sama-sama. Bukan apa, permainan macam ni dapat menajamkan kemahiran otak kita dalam menghasilkan perkataan selain memantapkan pengetahuan Bahasa Inggeris kita. Serius kalau ada *Sahibba* kat Facebook macam ni pun aku akan join sebab aku memang suka permainan yang melibatkan Bahasa ni. ^_^

No comments:

Post a Comment

Oh,anda sangat comel bila anda tinggalkan pesanan!