Tuesday, April 25, 2017

Pemasangan Kertas Dinding / Wallpaper di Alam Impian, Shah Alam



Setelah lama menanti akhirnya kami berkesempatan untuk memasang Kertas Dinding atau wallpaper yang paling unik dan cantik! Wallpaper bercorak geometrik ini dinamakan Grandeco Botanical Moroccan Tile Pattern. 

  *Warna yang dipilih*



 *Warna lain*


 *Warna lain*

Wallpaper ini telah dipasang di rumah pelanggan kami di Alam Impian, Shah Alam. Pelanggan kami ingin menerapkan konsep *Moroccan* di Ruang Famili beliau. Jadi kami cadangkan wallpaper berwarna terang ini untuk menaikkan seri ruang tersebut.


Tinggi dinding ini adalah lebih 20 kaki maka kami terpaksa menyewa Scalfolding sekali untuk memasang wallpaper tersebut. Huhu. Sebanyak lebih kurang 6 rolls wallpaper diperlukan untuk dinding tersebut dan bila dicampur kos pemasangan dan scalfolding lebih kurang RM2700 SAHAJA. Murah ke tak murah?


 *Corak lain yang dipasang*

Jika anda berminat untuk memasang wallpaper ini sila hubungi kami di ILUSI HAFIEZD DESIGN ya.

 *Hasilnya!*

Wednesday, April 12, 2017

Rekaan Dalaman Kedai Bunga / Florist Shop


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya nak kongsikan rekaan kedai bunga yang saya pernah buat suatu ketika dahulu. Design ini berkonsepkan Geometrical Ambience sesuai dengan nama kedai bunga tersebut, Ambienze Florist & Gift.



Design untuk kedai bunga di Sunway Putra Mall ini telah dilakukan beberapa kali pertukaran. Hal ini disebabkan lokasi kedai yang tidak tetap di dalam pusat beli-belah tersebut ditambah pusat beli belah tersebut sedang dalam proses ubahsuai.





Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat rekaan dalaman untuk kedai bunga boleh hubungi kami. Kami akan jadikan kedai bunga anda becantik dan praktikal. Insya-Allah.

#Ilusihafiezd
#kedaibunga




Tuesday, April 4, 2017

Rekaan Dalaman dan Dekorasi Perpustakaan Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni saja nak kongsi salah satu projek dekorasi Perpustakaan yang Ilusi Hafiezd Design dah buat pada tahun lepas. Projek ni boleh dikatakan antara projek dekorasi komersial pertama yang kami berjaya siapkan. Paling tak sangka, hanya kami suami isteri uruskan projek ni berdua dalam tempoh waktu sebelum bersalin dan selepas bersalin. Huhu.



Perpustakaan Shizuoka atau Shizuoka Library terletak di MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE, Beranang, Semenyih. Perpustakaan ini merupakan bangunan 2 tingkat yang terdiri daripada ruang masuk, lobi, kawasan tangga, makmal komputer, bilik perbincangan, ruang kelas, pejabat pustakawan dan ruang perpustakaan di tingkat dua. Selain itu kami juga diminta untuk upgrade Bilik Mesyuarat berdekatan perpustakaan tersebut.

Sebelum memulakan proses dekorasi, kami telah membuat beberapa research terutama tentang konsep rekaan Jepun atau Japanese Concept. Rekaan asal perpustakaan tidak banyak ciri-ciri Jepun, jadi kami bantu menjadikan ruang nampak ada identiti Jepun dan mengaplikasikan warna-warna yang lebih menarik untuk membuatkan perpustakaan nampak lebih ceria!






Hasil daripada research tersebut juga, kami telah berjaya mengubah setiap ruang di dalam perpustakaan tersebut dengan imej dan identiti Jepun yang lebih menarik. Boleh tengok gambar-gambar transformasi perubahan perpustakaan di bawah ini.

*Ruang Tangga Masuk - Sebelum*

*Ruang Tangga Masuk - Selepas*

Di ruang tangga masuk kami telah diminta untuk menyediakan landskap kecil berkonsepkan Zen. Lanskap ini dilengkapi pokok buluh renek dan lampu pagoda selain rumput artificial.


*Ruang Lobi - Sebelum*




 *Ruang Lobi - Selepas*

Ruang lobi juga telah diubah apabila di ruang masuk kami telah menambah tirai pintu masuk atau Noren Curtain. Di atas Noren curtain kami lukiskan sendiri perkataan Yosoko yang bermaksud "Selamat Datang" dalam Bahasa Jepun. Kami juga mengubah dekorasi lobi dengan menukar bidai kepada warna biru lembut, menambah karpet, meja kopi, kerusi dan sedikit barang-barang tembikar Jepun bagi menjadikan ruang nampak lebih moden dan eksklusif.


 *Ruang Tangga - Sebelum*


  *Ruang Tangga - Selepas*

Ruang di bawah tangga menjadi tempat lepak favorite student. Kami ubah ruang yang asalnya berwarna merah menjadi warna pink. Sweet kan? Haha. Lantai yang flat kami tambahkan tatami mat dan kerusi Jepun - Zaisu Chair. Kami juga menghias dinding ruang tersebut dengan poster klasik Jepun selain menukar rak buku yang lama kepada yang lebih moden.


*Ruang Perpustakaan - Sebelum*




 *Ruang Perpustakaan - Selepas*

Ruang perpustakaan yang asalnya berwarna suram telah diceriakan dengan perubahan warna dinding iaitu biru, merah jampu dan kelabu. Lebih istimewa setiap tiang kami telah balut dengan wallpaper yang betul-betul diimport dari Jepun! Ruangan tangga ke tingkat atas juga kami tambahkan gambar pemandangan Jepun dan payung ala-ala Jepun supaya bila student menaiki tangga mereka dapat fefeeling Jepun gitu!

 *Ruang Kelas - Sebelum*

 *Ruang Kelas - Selepas*

  *Makmal Komputer - Sebelum*

 *Makmal Komputer - Selepas*

  *Bilik Perbincangan - Sebelum*

  *Bilik Perbincangan - Selepas*

   *Bilik Mesyuarat - Sebelum*


   *Bilik Mesyuarat - Selepas*

Kami turut mengubahsuai ruang Bilik Mesyuarat dengan menukar skirting baru untuk meja mesyuarat. Bilik yang pada asalnya tidak mempunyai banyak source power point kami tambahkan dengan sistem power point mudah alih - Eubiq system.

Alhamdulillah kami berjaya mengubahsuai keseluruhan Perpustakaan Shizuoka dengan imej yang lebih moden dan menarik apabila menggunakan skema warna yang tepat dan bersesuaian dengan perpustakaan tersebut. Untuk melihat hasil keseluruhan perpustakaan anda boleh klik link ini.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Shizuoka, MJII terutama kepada Pustakawan bernama Puan Hidayah kerana memilih kami untuk melaksanakan dekorasi perpustakaan tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengubahsuai pejabat atau perpustakaan, boleh email kami di ilusihafiezd@gmail.com. Terima kasih.