Sunday, October 18, 2020

Tips Reka Bentuk Dalaman (Bahagian II)

Tips Reka Bentuk Dalaman

Sempena 11 tahun saya bergelar Pereka Dalaman atau Interior Designer, saya kongsikan pautan artikel-artikel tentang Reka Bentuk Dalaman yang telah saya tulis di laman Facebook saya - Ezd Airaniez (Nur Ezdiani)


𝗗𝗲𝗸𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗮𝗽𝘂𝗿 / 𝗞𝗶𝘁𝗰𝗵𝗲𝗻 𝗗𝗲𝗰𝗼𝗿



𝗪𝗮𝗿𝗻𝗮, 𝗖𝗼𝗿𝗮𝗸 & 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗥𝗲𝗸𝗮𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻



𝗥𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗽𝘂𝗿 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗺𝗯𝘂 / 𝗣𝗶𝗻𝗸 𝗞𝗶𝘁𝗰𝗵𝗲𝗻 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻



𝗦𝘁𝗮𝗶𝗹 𝗥𝗲𝗸𝗮 𝗕𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 / 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗼𝗿 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗦𝘁𝘆𝗹𝗲



𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗖𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗢𝗺𝗯𝗿𝗲 / 𝗢𝗺𝗯𝗿𝗲 𝗪𝗮𝗹𝗹 𝗣𝗮𝗶𝗻𝘁



𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗗𝗲𝗸𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗠𝗲𝗷𝗮



𝗗𝗲𝗸𝗼 𝗕𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶 𝗚𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 / 𝗙𝗿𝗮𝗺𝗲 𝗗𝗲𝗰𝗼𝗿


𝗕𝘂𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵



𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗧𝗩 & 𝗠𝗲𝗷𝗮 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻


Follow juga PAGE: Ilusi HafiEzd Design & Airaniez's Life Blog untuk lebih banyak design portfolio, gambar & tips reka bentuk dalaman.

Berminat untuk mendapatkan khidmat reka bentuk dalaman boleh hubungi kami melalui email & message Facebook Ilusi Hafiezd Design. (Please don't pm my personal FB for professional ID service) 

FREE Interior Design consultation through EMAIL ONLY : ilusihafiezd@gmail.com

Boleh SHARE ilmu-ilmu dalam setiap artikel. Diharap apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah. Aamiin

#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#TipsRekabentukDalaman
#TipsDekorasi
#RekabentukDalaman
#InteriorDesign
#InteriorDecor




Thursday, September 24, 2020

Kepentingan 3D Visual Design & Detail Drawings Sebelum Renovate Rumah


Ramai masih tak faham kenapa penting ada Interior 3D Visual Design & Detail Drawings sebelum renovate rumah atau buat Interior Design Renovation. Pentingnya design & drawings ni ada sebelum renovate rumah supaya proses renovasi dirancang betul-betul dan lukisan boleh dijadikan rujukan oleh pihak contractors, carpenter & electricians.

Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design

Ada pemilik rumah yang tak sanggup bayar design fee untuk design & drawings walaupun kos tu untuk bagi clear design dan bagaimana rupa ruang atau kabinet mereka akan dapat. Tapi kalau pemilik rumah jenis yang betul-betul well-planned, confirm mereka mahukan design & drawings ni sebagai rujukan untuk mereka juga.

Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design

Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design

Untuk projek rumah di Setia Eco Glades, Cyberjaya yang lepas, client kami memang seorang yang particular dan tahu keperluan atau requirements for her homeespecially for her kitchen. Boleh tengok gambar di bawah, beliau lukis sendiri apa beliau nak letak di kabinet dapurnya. Detail kan?


Kami sebagai Interior Designer sedaya upaya memenuhi permintaan beliau dengan menyediakan susun atur atau space planning dalam setiap ruang rumah. 3D Visual Design disediakan untuk tunjuk gambaran dapur, warna kabinet, efek lampu & material yang beliau pilih.

Kitchen design in MDF with PU Spray Paint, Quartz Stone Top & Subway Tiles Backing



Ruang Penyimpanan yang banyak untuk menyimpan barang di dapur

Lukisan kabinet atau Cabinet Detail Drawings pula menunjukkan saiz dan ruang penyimpanan atau storage yang beliau akan dapat berdasarkan saiz dapur rumahnya. Setiap bahagian kabinet direka mengikut kehendak dan keperluan client, sambil mengambil kira saiz peralatan elektrik yang akan digunakan di dapur.



Lukisan Kabinet / Cabinet Detail Drawings

Antara ruang penyimpanan khas yang kami perlu sediakan untuk client ialah ruang menyimpan barang pembersihan seperti vacuum dan mop. Kami juga sediakan display cabinet untuk client display produk kesihatan yang mereka jual. We added lightings at the display cabinet to enhanced the product looks.

Cleaning Tools Storage Compartment

Display Cabinet for Product Display



Selain itu, kami juga kena sediakan lukisan elektrik untuk bahagian dapur. Lukisan elektrik tersebut menunjukkan di mana plug point, control switch (hood), point untuk dishwasher, Coway dan juga point lampu. 

Lukisan Elektrik / Electrical Drawing

Cabaran nak reka bentuk dapur ini ialah bahagian plumbing. Sebab selain plumbing di bawah sink, kami juga perlu sediakan plumbing untuk dishwasher dan paip untuk coway. Complicated sangat tau.

Alhamdulillah client berpuas hati dengan hasil reka bentuk dan perkhidmatan reka bentuk dalaman kami. Apa yang penting reka bentuk dapur memenuhi keperluan dan kehendak client dan client dapat gunakannya dengan cara mereka tersendiri.


Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat Reka Bentuk Dalaman atau Interior Design consultation dengan kami bolehlah hubungi kami melalui email ilusihafiezd@gmail.com

Boleh follow Facebook & Instagram Ilusi Hafiezd Design untuk melihat progres dan hasil kerja reka bentuk dalaman kami. Terima kasih.

Sumber Gambar Daripada Client
Instagram: stayathomefamilylife_my
#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#RekabentukDapur
#KitchenDesign
#SetiaEcoGladesProject
#3DVisual
#InteriorDrawings
#CabinetDrawings
#DetailDrawings
#ElectricalDrawings