Thursday, January 27, 2022

Kompilasi Rekaan Bangku / Bench Design oleh Ilusi Hafiezd Design


Bangku pasang siap atau bench sangat sesuai dijadikan perabot tambahan di dalam ruang rumah. Antara ruang yang boleh ditambah bangku ialah ruang bawah tangga, ruang pintu masuk rumah, ruang dapur, bilik tidur, balkoni dan juga di tepi bahagian tingkap.

Bench with storage cabinet at entrance. (Projek TTDI Grove, Kajang)

Bangku atau bench ini juga boleh dijadikan tempat duduk tambahan dalam ruang-ruang tersebut. Boleh tambahan kusyen dengan ketebalan sekurang-kurangnya 3" supaya bangku selesa untuk diduduk.

Bench at Dry Kitchen. (Projek 1080 Residence, Kajang)

Rekaan bench ini juga boleh digabungkan dengan kabinet lain seperti kabinet kasut dan meja belajar. Selalunya di bawah bench akan ada tempat penyimpanan lain supaya bench lebih praktikal dan kemas.

Bench at Staircase (Taman Sri Mas, Hulu Langat)

Tahun 2015 kami pernah buat 3 jenis bangku yang berbeza untuk projek di Sunway Cheras. Bench di dapur design lain, family area & master bedroom semua konsep lain-lain.

Bench at Master Bedroom in White Spray Paint (Projek Sunway Cheras)

Bench at Kitchen in Melamine, Fabric Cushion, Veneer Brick & custom lighting. (Projek Sunway Cheras)

Bench at Family Area in Melamine (Projek Sunway Cheras)

Kami ada 3 projek rumah teres di Serene Heights, Bangi. Semua 3 rumah kami buat bench di bahagian kabinet kasut di Foyer. Semua design hampir sama cuma lain material fabrik dan warna.

Bench with Shoe & Display Cabinet at Foyer (Projek Serene Heights - Begonia)

Bench with Shoe Cabinet at Foyer (Projek Serene Heights - Acacia)

Bench with Shoe & Display Cabinet at Foyer (Projek Serene Heights - Acacia)

Bench paling besar kami buat adalah di Elmina Green, Shah Alam pada tahun lepas. Bench ni semua structure bawah tangga dan stor pakai melamine. Di belakang bench ada ruang untuk display barang dan di sebelahnya pula adalah ruang stor. Cushion pun kami tempah besar, nak baring pun boleh.


Kami juga pernah buat bench di bahagian outdoor balcony, di D'pines Condo, Ampang. Bench ni rustic sikit sebab gabungan kayu, cement & vent block. Client gunakan area ni untuk buat Barbique atau jamuan keluarga.


Latest project kami buat bench untuk ruang makan di 1080 Residence, area Dry Kitchen. Tapi client tak letak lagi meja area tu so nampak macam pelik bench tu di Dry Kitchen.


Kami memang suka buat bench sebab selain ada tempat duduk tambahan, boleh ada extra storage underneath the bench. Lepas tu nak buat bench ni perlukan sekurang-kurangnya 2 sub-cons. Carpenter & kena tempah orang lain buat kusyen.

Bench with Book Cabinet at Foyer (Projek Pelangi Heights, Mantin)

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!

Tuesday, December 14, 2021

Reka Bentuk Hiasan Dalaman Surau Dalam Rumah


Assalamualaikum & Hi.

Hujung-hujung tahun ni baru ada masa sikit untuk post sesuatu dalam blog. Tahun ni walaupun kita terpaksa bercuti panjang akibat Covid-19, tapi kami bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki buat ID untuk rumah client kami.


Alhamdulillah. Akhirnya siap reka bentuk hiasan dalaman surau untuk rumah client di 1080 Residence, Kajang. Projek ini bermula pada bulan Mac 2021 tapi hanya berjaya disiapkan pada November 2021 akibat PKP yang terlalu lama.



Interior Design surau ni kami buat simple saja tapi praktikal. Macam selalu kami lebih mengutamakan keselesaan dalam ruang berbanding ruang hanya nampak cantik tapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selalu ramai orang suka letak 'feature wall' macam kubah atau wallpaper untuk tunjukkan karektor ruang itu sebagai 'surau'. Tapi adakah praktikal feature wall tersebut?






Apa yang istimewanya surau ni ialah kabinet sejadah, telekung dan kitab yang kami reka khas untuk client. Ada banyak ruang untuk simpan barang supaya ruang nampak kemas untuk solat berjemaah. The cabinet door are design in Islamic Geometric Pattern to highlight the purpose of the room. Sejadah & telekung boleh disidai dalam ruang tertutup dan ada pengudaraan di celah-celah pintu C&C tu.








Warna dinding biru kami gabungkan dengan langsir warna kelabu. Ruang nampak lebih 'sejuk' dan tenang bila kita terapkan warna latar biru dinding. Barulah dapat solat kusyuk kan, insya-Allah.


Kami tak buat kabinet sampai aras siling sebab bilik ni takde plaster ceiling. Ceiling jadi sangat tinggi dekat 4 meter & bilik ni terletak di tingkat bawah.

Syukur akhirnya dapat juga buat surau dengan design yang praktikal & not too typical. Sesiapa yang berminat nak ada rekaan surau yang praktikal boleh contact Ilusi HafiEzd Design through email / pm Facebook kami ya.