Ramai masih tak faham kenapa penting ada Interior 3D Visual Design & Detail Drawings sebelum renovate rumah atau buat Interior Design Renovation. Pentingnya design & drawings ni ada sebelum renovate rumah supaya proses renovasi dirancang betul-betul dan lukisan boleh dijadikan rujukan oleh pihak contractors, carpenter & electricians.
Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design
Ada pemilik rumah yang tak sanggup bayar design fee untuk design & drawings walaupun kos tu untuk bagi clear design dan bagaimana rupa ruang atau kabinet mereka akan dapat. Tapi kalau pemilik rumah jenis yang betul-betul well-planned, confirm mereka mahukan design & drawings ni sebagai rujukan untuk mereka juga.
Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design
Lukisan 3D Visual / 3D Visual Design
Untuk projek rumah di Setia Eco Glades, Cyberjaya yang lepas, client kami memang seorang yang particular dan tahu keperluan atau requirements for her home, especially for her kitchen. Boleh tengok gambar di bawah, beliau lukis sendiri apa beliau nak letak di kabinet dapurnya. Detail kan?
Kami sebagai Interior Designer sedaya upaya memenuhi permintaan beliau dengan menyediakan susun atur atau space planning dalam setiap ruang rumah. 3D Visual Design disediakan untuk tunjuk gambaran dapur, warna kabinet, efek lampu & material yang beliau pilih.
Kitchen design in MDF with PU Spray Paint, Quartz Stone Top & Subway Tiles Backing
Ruang Penyimpanan yang banyak untuk menyimpan barang di dapur
Lukisan kabinet atau Cabinet Detail Drawings pula menunjukkan saiz dan ruang penyimpanan atau storage yang beliau akan dapat berdasarkan saiz dapur rumahnya. Setiap bahagian kabinet direka mengikut kehendak dan keperluan client, sambil mengambil kira saiz peralatan elektrik yang akan digunakan di dapur.
Lukisan Kabinet / Cabinet Detail Drawings
Antara ruang penyimpanan khas yang kami perlu sediakan untuk client ialah ruang menyimpan barang pembersihan seperti vacuum dan mop. Kami juga sediakan display cabinet untuk client display produk kesihatan yang mereka jual. We added lightings at the display cabinet to enhanced the product looks.
Cleaning Tools Storage Compartment
Display Cabinet for Product Display
Selain itu, kami juga kena sediakan lukisan elektrik untuk bahagian dapur. Lukisan elektrik tersebut menunjukkan di mana plug point, control switch (hood), point untuk dishwasher, Coway dan juga point lampu.
Lukisan Elektrik / Electrical Drawing
Cabaran nak reka bentuk dapur ini ialah bahagian plumbing. Sebab selain plumbing di bawah sink, kami juga perlu sediakan plumbing untuk dishwasher dan paip untuk coway. Complicated sangat tau.
Alhamdulillah client berpuas hati dengan hasil reka bentuk dan perkhidmatan reka bentuk dalaman kami. Apa yang penting reka bentuk dapur memenuhi keperluan dan kehendak client dan client dapat gunakannya dengan cara mereka tersendiri.
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat Reka Bentuk Dalaman atau Interior Design consultation dengan kami bolehlah hubungi kami melalui email ilusihafiezd@gmail.com
Boleh follow Facebook & Instagram Ilusi Hafiezd Design untuk melihat progres dan hasil kerja reka bentuk dalaman kami. Terima kasih.
Sumber Gambar Daripada Client
Instagram: stayathomefamilylife_my
#IlusiHafiezdDesign
#InteriorDesigner
#PerekaDalaman
#RekabentukDapur
#KitchenDesign
#SetiaEcoGladesProject
#3DVisual
#InteriorDrawings
#CabinetDrawings
#DetailDrawings
#ElectricalDrawings