Saturday, April 18, 2020

Reka Bentuk Dapur Berwarna oleh Ilusi Hafiezd Design


Selama lebih 10 tahun Ilusi Hafiezd Design berkecimpung dalam bidang Reka Bentuk Dalaman, kami sudah arif dalam membuat rekaan dapur yang menarik dengan warna yang unik. Setiap rekaan dapur direka khas mengikut konsep dan permintaan pelanggan kami. Sebab itu, tiada rekaan yang mempunyai design yang sama antara rumah pelanggan-pelanggan kami.

Kami mengambil berat permintaan pelanggan kami daripada segi keperluan mereka dalam merekabentuk ruang dalaman rumah mereka. Dapur terutamanya, adalah ruang yang sangat penting dan perlu diubahsuai mengikut kondisi ruang, konsep, material, bajet dan paling penting warna tema yang menjadi idaman pelanggan kami.

Di sini kami akan kongsikan beberapa reka bentuk dapur berwarna yang kami sudah siapkan untuk pelanggan-pelanggan kami.

1. Reka bentuk Dapur Di Serene Heights, Bangi (Acacia)


Reka bentuk dapur di Serene Heights ini kami baru siapkan pada Mac 2020. Ruang dapur kering dan basah dipisahkan oleh penghadang kaca atau glass divider. Ruang dapur kering mempunyai dapur pulau atau island yang digabungkan terus dengan meja makan. Warna pintu di dapur kering ialah dark turquoise dan materialnya ialah Melamine Panel.





Ruang dapur basah atau wet kitchen ini direka bentuk dengan menggunakan material melamine juga tapi pintunya berwarna biru cerah. Kabinet dapur nampak elegan bila ditambahkan glass backing, permukaan quartz stone kelabu dan lampu halogen di dalam kabinet. Kos kedua-dua dapur ialah lebih kurang 25 Ribu.

2. Reka bentuk Dapur Di Bandar Seri Putra, Bangi.


Dapur untuk banglo di Bandar Seri Putra, Bangi ini adalah antara dapur paling mewah yang kami pernah buat. Material pintu Shaker berwarna coklat ini diperbuat daripada MDF dengan kemasan spray paint.


Permukaan dapur pula menggunakan batu quarza dengan efek marmar atau marble effects quartz stone. Kemasan belakang dinding dapur atau kitchen back splash ialah jubin dengan corak marmar yang hampir sama dengan permukaan atas kabinet. Kos dapur kabinet dapur (tidak termasuk alatan elektrik) adalah lebih 80 Ribu.

3. Reka bentuk Dapur Di Taman Seri Mas, Cheras


Dapur berwarna turquoise green ini juga diperbuat daripada material MDF Spray Paint with black glass. Permukaan atas breakfast table dapur diperbuat daripada white quartz stone. 


Walaupun ruang dapur kering ini nampak kecil tapi dapur ini tetap mempunyai ruang penstoran yang banyak. Di sebalik pintu kaca hitam, ada lampu halogen yang menerangi bahagian dalam kabinet.Kos keseluruhan dapur adalah lebih kurang 18 Ribu.

4. Reka bentuk Dapur Di Sfera Residency, Puchong.


Warna dapur di kondominium ini adalah antara warna unik yang dipilih oleh pelanggan kami. Warna kuning yang minimal digabungkan dengan warna kelabu di pintu dapur diperbuat daripada material melamine.


Ruang dapur yang sempit telah kami ubahsuai menjadi lebih luas apabila menambah kabinet tinggi dan kabinet pulau berhampiran pintu masuk. Kabinet pulau itu sebenarnya adalah gabungan rak kasut dan kabinet penyimpanan dari arah yang bertentangan. Kos keseluruhan dapur adalah lebih kurang 15 Ribu.

5. Reka bentuk Dapur Di Southville City, Bangi.


Rekaan dapur di unit kondominium ini menggabungkan pintu material melamine berwarna biru gelap dan pintu acrylic glass berwarna putih. Besi di rak kami warnakan dengan warna emas manakala permukaan atas kabinet dapur diperbuat daripada marble effects solid surface.


Dapur ini turut dilengkapi dengan aksesori kabinet di bahagian laci. Disebabkan itu, kos keseluruhan dapur adalah lebih kurang 18 Ribu.

6. Reka bentuk Dapur Di Serene Heights, Bangi (Begonia)


Projek rumah ini adalah rumah pertama yang kami berjaya buat Interior Design renovation di kawasan petempatan Serene Heights. Dapur ini direka dengan material pintu berwarna cerah, permukaan quartz tone dengan efek marble bersama tile dengan corak yang hampir sama.


Atas permintaan client, kami telah tambahkan feature wall dengan material veneer brick di dinding dapur. Dapur juga mempunyai glass sliding door di pintu masuk ruang dapur supaya menghalang bau ke ruang lain.

7. Reka bentuk Dapur Di Showroom Ilusi Hafiezd Design, Semenyih


Dapur ini baru 80% siap kerana belum diletakkan kitchen top and kitchen backsplash. Kami telah design unit dapur ini dengan gabungan material 5G glass hitam dan putih bersama pink melamine.


Nantikan reka bentuk dapur ini siap sepenuhnya bila Showroom kami dibuka secara rasmi kelak. Insya-Allah. Disebabkan musim PKP atau virus Covid-19 yang tersebar sekarang, renovasi galeri reka bentuk dalaman ini terpaksa dberhentikan buat sementara waktu. 

Setiap reka bentuk dapur berwarna yang kami hasilkan perlu ada design dan drawings terlebih dahulu. Sebab itu, kami sebagai Interior Designer ada mengenakan charge design fee & consultation untuk pelanggan kami. Hanya pelanggan yang sanggup membayar harga design fee dan mempunyai bajet yang cukup dapat kami bantu untuk menghasilkan dapur yang cantik dan menarik sebegini. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat Reka Bentuk Dalaman atau Interior Design consultation dengan kami bolehlah hubungi kami melalui email ilusihafiezd@gmail.com

Boleh follow Facebook & Instagram Ilusi Hafiezd Design untuk melihat progres dan hasil kerja reka bentuk dalaman kami. Terima kasih.

#IlusiHafiezdDesign
#PerekaDalaman
#InteriorDesigner
#KabinetDapur
#DapurBerwarna
#DapurCantik
#RekabentukDapur
#KitchenDesign











Friday, February 21, 2020

Galeri Rekabentuk Dalaman / Interior Design Showroom 1


Kalau ada sesiapa yang follow my journey as an Interior Designer mesti tahu cita-cita kami nak buka showroom dan ofis Interior Design.


Sejak tahun 2017, hari-hari lalu depan deretan shop lot Setia Ecohill Taipan ni akan doa:

"Dapatlah kami buka ofis / showroom di sini."

Ditakdirkan beberapa bulan lepas my ex-boss yang juga my sifu tiba-tiba decide nak buka showroom di Semenyih. Minggu tu juga hari Ahad dia terus sign rental agreement.


Bila kami datang ukur showroom tu memang rasa sebak dan tak percaya juga. Kami aim shop lot tengah dan tingkat 3 (sewa murah sikit). Boss sewa corner lot, tingkat 1 dan ada lift pula tu!




Boss cakap, inilah 'peluang' dia bagi kat kami. Kami collaborate buka showroom dan ofis tu, tapi at the same time kena bagi bisnes kepada dia juga. Senang nak bawa client tengok design, workmanship & accessories daripada company boss yang kami guna selama ni.


Lokasi showroom ni sangat strategik bila ada kedai Setia / RM2 di bawah, Mr DIY di sebelah dan terbaru Family Mart di hujung block. InsyaAllah tahun depan akan ada shopping mall di belakang showroom (Setia Ecohill Walk), siap ada pawagam MBO lagi tau.

Paling best, showroom ni berada di sebelah kawasan perumahan kami. Hanya 5 minit perjalanan dari rumah, tak perlu hadap tol dan jam. Terus sampai ofis. 😁



Alhamdulillah showroom ni sekarang dah siap hampir 70%. Tapi kali ni kami share pemasangan pasang vinyl flooring dulu. Kos lantai ni kami bayar sebab serba salah bos tanggung cost rental, cabinet, aircond, etc. Nangis juga keluar duit ribu-ribu. Nasib ada supplier bagi murah sikit berbanding harga pasaran. Haha.



Doakan dipermudahkan semua ya. Jemput datang kalau nak buat ID, kalau nak buat kabinet pun boleh cuma bukan under kamilah. Huhu.

Lokasi showroom: 16-2, Jalan Ecohill 1/5A, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor