Monday, March 20, 2023

Rekaan Dalaman Warna Hijau/ Green Colour Interior


Warna hijau adalah antara warna kegemaran client Ilusi HafiEzd Design.

Ada yang guna warna hijau sebagai warna kabinet dapur, warna cat bilik & ada juga yang apply as feature walls.

Kabinet dapur dengan warna emerald green untuk client di Hulu Langat.

Warna cat bilik anak dengan warna apple green

Feature wall di ruang makan dengan warna olive green

Apa yang menarik tentang warna hijau ialah kerana tona warnanya ada banyak jenis. Some of the green tones:
- Mint, emerald, sage, teal, olive, pastel, lime, leaf, apple, kiwi, pine, asparagus, celery, etc.

Warna hijau ni consider warna yang 'selamat' diaplikasikan di mana-mana ruang sebab warnanya ada elemen semulajadi yang buat 'sejuk mata memandang'. Gitu.




Daripada segi terapi warna, warna hijau membantu memberi ketenangan & rasa relaks bila berada dalam ruang dengan tema warna tersebut. Jadi kalau nak design klinik atau therapy centres boleh try guna warna hijau ya.

Walau bagaimanapun, nak terapkan warna hijau dalam setiap ruang juga perlu hati-hati. Antara tips nak guna warna hijau dalam ruang:


1. Siling / ceiling
Warna hijau bila digunakan ke atas siling buat ruang nampak 'selamat'. Tapi kalau guna warna yang terlalu terang atau gelap mungkin boleh menyakitkan mata bila dipandang terlalu lama.


2. Dinding
Hijau lembut atau cerah buatkan ruang nampak tenang & sejuk namun bila diaplikasikan terlalu banyak & terlalu gelap juga membuatkan ruang jadi sempit & tak berapa menyenangkan mata. So, please be careful with green walls ok.


3. Lantai
Warna hijau pastel atau lembut berikan suasana yang tenang ke dalam ruang. Tapi warna hijau gelap tidak berapa sesuai diaplikasikan ke atas lantai sebab buat ruang nampak serabut dan tak selesa.

Kesimpulannya pilihlah tona warna hijau yang sesuai untuk ruang dalaman anda. Seeloknya sebelum gabung dengan warna lain, semak dulu 'colour wheel', check sama ada warna yang nak digabungkan tu berada di baris yang sama atau tak dengan warna hijau yang dipilih.

Kalau tak reti juga kenalah hire Ilusi HafiEzd Design as your Interior designer.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

wa.me/60122496649
(Puan Ezdiani)


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!


Friday, March 10, 2023

Cara Elak Ditipu Kontraktor & Interior Designer


Beberapa minggu lepas kecoh kisah artis ditipu kontraktor atau Interior Designer.

Seorang ditipu kontraktor, rumah tak siap & kontraktor tak nak sambung kerja sampai bawa lari barang dari site. Seorang lagi artis kena tipu masa nak renovasi rumah mak ayahnya. Rumah tak siap tapi dah bayar 240K!


Masa saya scroll comments saya terbaca review pelanggan sebuah company ID yang gah namanya. Dah ambil duit 60% dengan amount kira-kira 500K, tapi client baru dapat 3D, site belum ada progress & mereka minta client bersabar tunggu giliran projek.


Saya sangat kecewa bila baca luahan mereka yang ditipu. Lagi-lagi bila tengok amount project yang ID tu dah dapat, tapi mereka boleh ambil mudah 'kepercayaan' client kepada mereka.


Bukan semua Interior Designer senang dapat projek dengan nilai beratus ribu. Sepatutnya bila client dah bayar, jangan sia-siakan duit tu. Kena mulakan projek cepat, pay deposit payment to sub-cons , beli material & susun work schedule sehabis baik.


Salah satu value kami sebagai Interior Designer ialah kami sentiasa pantau keadaan site. Boleh tengok gambar-gambar projek di Residensi Aurora, Cyber Valley, Cyberjaya ni. Walaupun hanya buat kepala katil, tapi kami check QC workmanship dari awal hingga akhir supaya client berpuas hati dengan kerja kami.


Saya selalu cadangkan orang yang nak buat renovation atau assign ID, pastikan ada project manager atau site supervisor di site. Tapi bila saya komen macam ni, ada yang kata 'membazir' bayar kos project manager & consultant. Cari je kontraktor mana-mana, asalkan MURAH.

Jadi saya harap semua yang nak renovate rumah, berhati-hatilah memilih Interior Designer atau kontraktor. Rancang betul-betul renovasi & jangan simply bagi duit kepada orang selagi kerja tak jalan.


Terima kasih kepada semua client Ilusi HafiEzd Design yang percaya kepada kami & hargai kerja-kerja kami. Insya-Allah when client assign us as their ID, we'll take the responsibility to ensure their renovation run smoothly.

Hubungi Ilusi Hafiezd Design melalui emel untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang Reka Bentuk Hiasan dalaman:

ilusihafiezd@gmail.com

wa.me/60122496649
(Puan Ezdiani)


Follow INSTAGRAM kami:


LIKES 

Facebook Ilusi HafiEzd Design untuk lebih Tips Hiasan dalaman!